Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 30, 2010

Memorable video

Godek punya godek lappy akhirnya terjumpa this video.
Ni laki aku la punya keje. Tapi this video memang a memorable one.
Lagipun ini je copy yang ade.. Original tak tahu kat mana.

[video ni masa aku preggy kan si Aleeya..gambo dia kena kuarantin pun ade lagi... so touching!]

-make sure korang punya speaker on ye.. baru la ade feel...-




Walaupun video ni hanyalah seminit je tapi sangat bermakna for the rest of my life...


[ops... ade sorang baby gemuk di saat2 terakhir tu.. itu bukan Aleeya ye... itu cousin hasben aku yang tua 2 bulan dari Aleeya...]

Friday, January 29, 2010

Untuk 18sx sahaja

Entry hilangkan boring di petang Jumaat...

Camni pun boleh????

Road tax terlampau

Tengah bengang dengan bos kitaorang ni.... Staff takde increment tak de bonus tapi bos pulak senang hati tukar kereta baru. Kereta dah ade 4-5 bijik pun ade hati nak beli kereta baru. Bukan calang2 tau...BENTLEY lagi... Asal tanya nak increment/bonus selalu bos kata kompeni tak untung. [Aik??? tak untung??? Aku yang buat akaun takkan aku tak tau.. ye dak??] Ceh.. tu semua alasan bos2 la tu... Nak kenyang sorang2.. Mencik!!!

Aku  ni jahil sikit bab2 kereta mewah ni... Ye la kan aku kan golongan marhaen je (bak kata MR)... so tak interested nak ambik tahu pun. So pagi tadi saje la google pasal kereta BENTLEY tu. [ Nak tahu gak la cemana rupa kereta yang mahal nak mampos tu]. Search punya search jumpa la gambo2 ni. Kredit tu malaysianbikers.com.my.

Road tax Bentley
[kalau macam ni makin tak untung la kompeni... mahal weh....]


Road tax Lamborghini



Road tax je dah berbelas ribu. Tu belum insurans lagi...Amacam?? Ade berani?? Pengsan nak bayar tu!!! (kalau aku la... kalau campur2 tu dah dapat sebijik kancil tu...) Pergh.. Gile babas tul... [sebenonya, kalau nak beli road tax pun dah tak mampu, nak beli keretanya lagi lah tak mampu... tak tercapai dek poketku dek non!]


Yang pelik tu kan... ade setengah kereta tu harga sampai sejuta tapi boleh naik 2 orang je?? Musykil Mak Temah.. Kalau mahal tapi boleh naik ramai2 ok gak kan... [kena beli bas la camtu kot..]

Tapi buat la ayat penyedap hati...
"Kereta kalau beli 100 juta pun letaknya tetap di luar rumah.. Tetap berpanas berhujan macam kereta murah jugak.." 
Betui tak??? [kan k.juwit kan?? kan???]

Thursday, January 28, 2010

Ambil Suami

Semalam hasben aku suh ambik dia kat Segambut. Ingatkan dia OT, rupanya member tumpang balik ada hal... Makanya kena la bini dia ni ambil dia di sana.


Perjalanan ke Segambut ikut MRR2 ade la dalam 1/2 jam. Ekceli hasben aku dah habis keje kul 4.30. Aku lak keluar 5.30 so cik abe kena la tunggu sampai bini dia sampai. Sampai kat sana dalam kul 6 ptg.


Dah sampai depan Tan Chong, mana dia laki ku???







Oh itu dia tengah nak lintas jalan ...hehehe [lintas elok2 ye bang..]




Jem di pagi hari.. Apa Kes???

Semua orang tahu minggu ni Thaipusam kan? Disebabkan Thaipusam jugak le sepanjang minggu ni penuh sesak depan kuil Batu Caves tu. Itu boleh le maap lagi sebab tak mengganggu lalulintas.



[aku lalu sini tadi baru pukul 6.50pg... dah start jem dah]


Tapi pagi tadi, punya la jem kat flyover baru yang depan kuil tu. Tak pernah2 jem kat situ tetiba macam siput sedut   lembabnya pagi tadi. Apa hal ??? siap dengan ambulan bagai... ingatan accident ke apa rupanya ade menatang ni... 



[ni gambo ehsan google jer...sorry ha sebab tak dapat nak tangkap gambo real sebab aku kan tengah driving... kang terbabas kang aku lak terkabadi kat situ]


K**l**g kalau perayaan depa mula la bercelaru hidup. Menyusahkan orang lain sebab nak berarak sepanjang2 jalan tu. Tunggu la Hari Sabtu nanti korang berarak sampai mana pun  orang tak kisah. Ni waktu2 orang nak gi kerja depa sibuk lak nak mengusung kabadi tu... Tak paham aku..


Sape yang pernah lalu depan Kuil Batu Caves tu, sure korang boleh bayangkan tahap kekotoran jalanraya lepas sambutan Thaipusam tu nanti. Pihak MPS kena la keje obetime untuk kutip sampah2 tu semua.Petang semalam pun punya la banyak sampah kat sepanjang2 jalan.  Buat malu je kat tourist yang ade... camtu ke sikap rakyat Malaysia???





Hari Sabtu ni sure sesak giler kat Batu Caves tu.. Mau lemas dibuatnya...[macam2 bau ade]. Sesapa yang berhajat nak gi Giant Batu Caves tu, renti kan le niat kome tu. Sure jalan tak boleh lalu punya... Baik korang pegi tempat lain...

Apa Ade Dengan Avatar

Pagi ni dengar HOTFM pastu katanya citer AVATAR ni dah  mengalahkan rekod TITANIC. Best sangat ke citer tu??? Memula dulu aku takde la minat sangat nak ambik tahu pasal citer2 wayang ni. Nak2 pulak jenis animation ni. Tapi hari2 aku dengar kat radio pasal cite ni. Teruja jugak rasanya nak tengok citer ni... nak nilai sendiri best ke tak best.





Kat TV9 pun selalu gak ade katun Avatar ni. Anak aku suka tengok petang2. Aku ingatkan itu la citernya & telah di"movie"kan. Rupanya James Cameron punya Avatar is totally different. This film is not about the "botak boy". Citernya ala2 alien gitu kan?? [ye ke???]







Sape2 pernah tengok cuba habaq mai apa yang bestnya citer tu?? Jalan ceritanya ke, the sci-fic background ke, wataknya ke, music dia ke... apa2 je la...  Kalau best nanti aku nak cari CD kat POERAM [kedai cd kat rumah aku]. 



Walaupun maybe some of u cakap better watch kat panggung tapi tak kira nak  tengok jugak  Kat CD/DVD pun jadi le... Al-maklumla bila masa pulak nak gi tengok wayang??? Nak ajak en somi??? Awal2 dia tak mau.... Lagipun aku sendiri tak berapa gemar tengok wayang.. maybe the sound effect gempak giler dalam panggung tapi tang gambo kat skrin tu aku kurang gemor sikit. Tak puas mata memandang....Rasa kelabu bijik mata...

Wednesday, January 27, 2010

Kisah Pemuda Arab vs Paderi

Kisah ni dah lama singgah dalam email aku. Tapi hari ni rasa terpanggil lak nak share kat sini. Ye lah kalau kat email tu sesape yang dapat je la boleh baca ye dak? At least kalau kat blog ni kalau korang google pun dah boleh baca. Anyway, entry ni agak panjang so aku harap korang baca la sampai habis. Semoga kisah ini dapat meningkatkan keinsafan & ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.


Ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan disebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaan rakannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberi penghormatan lantas kembali duduk.


Di saat itu si Paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali2, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini & aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda itu beranjak keluar.


Di ambang pintu pemuda itu bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim?". Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudia dia berganjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda itu dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut & sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata,"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan & anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum & berkata,"Silakan!" Sang paderi pun mula bertanya,"

  1. Sebutkan satu yang tiada duanya
  2. Dua yang tiada tiganya
  3. Tiga yang tiada empatnya
  4. Empat yang tiada limanya
  5. Lima yang tiada enamnya
  6. Enam yang tiada tujuhnya
  7. Tujuh yang tiada lapannya
  8. Lapan yang tiada sembilannya
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya
  14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
  15. Apa yang dimaksudkan dengan kuburan berjalan membawa isinya?
  16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
  17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
  18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
  19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api & siapakah yang terpelihara dari api?
  20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu & siapakah yang terpelihara dari batu?
  21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah & dianggap besar!
  22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan & 2 dibawah sinaran matahari? "


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmallah ia berkata, "

  1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT
  2. Dua yang tiada tiganya iala Malam & Siang. Allah berfirman, "Dan Kami jadikan Malam & Siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra':21)
  3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil & ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Zabur, Injil & Al-Quran.
  5. Lima yang tiada enamnya ialah solat 5 waktu.
  6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
  7. Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis.
  8. Lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat yang memikul Arsy ar-Rahman. Allah berfirman, " Dan malaikat2 berada di penjuru2 langit. Dan pada hari tu lapan malaikat menjunjung Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah:17)
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa.
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya pahala sepuluh kali ganda ," (Al-An'am:160)
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah saudara-saudara Nabi Yusuf.
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ' Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,"Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah:60)
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
  14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh.
  15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara2 Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,"Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba & kami tinggalkan Yusuf dekat barang2 kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata," Aku akan memohon ampun bagi kamu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah yang maha pengampun lagi maha Penyayang." (Yusuf:98)
  17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya adalah suara keldai. Allah berfirman, " Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman:19)
  18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa & ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salleh & Kambing Nabi Ibrahim.
  19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazabkan dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.
  20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Salleh, yang diazabkan dengan batu adalah tentera bergajah & yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
  21. Sesuatu yang diciptakan Allah & dianggap besar ialah tipu daya wanita, sebagaimana Allah berfirman, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (yusuf:28)
  22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan & 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari & Buahnya adalah Solat lima waktu, 3 dikerjalan di malam hari & 2 di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya & meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan sahaja. Permintaan ini dipersetujui oleh paderi. 

Pemuda itu berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan & rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang2 yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaann tersebut, namun ia cuba mengelak.

Mereka berkata,"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya & semuanya telah dijawab, sedangkan dia hanya memberi cuma 1 soalan & anda tidak mampu menjawabnya!"


Paderi itu berkata, "Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." 

Paderi pun berkata, "Jawabnya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."


Lantas paderi & orang2 yang hadir di gereja itu terus memeluk Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan & menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertaqwa.



*Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al Qishash al-Waqi'ah melalui internet : www. gesah.net.



Masya-Allah... cuba kalau kita kena tanya soalan macam tu.. Boleh ke tidak kita menjawabnya???? Sungguh cetek ilmu kita & betapa kita lupa akan sirah & tauhid yang pernah kita pelajari dulu... Jadi sama-samalah kita meningkatkan ilmu kita & sentiasa mendekatkan diri kepada Allah..


Sape nak beli duit emas??

Petang semalam hasben aku bawak balik berkeping2 duit emas. Besar lak tu.... [Boleh buat medal tau] Perasan kayo kejap.

Korang nak jugak duit emas tu??? Ni ha dia rupanya...



 Tapi hasben aku bukan bawak balik yang tu.. Dia bawak yang ini ha...

-mintak mahap yek... gambo blur pakai kamera kurang canggih-


Cara nak dapatkan syiling emas tu senang je...
Pegi dapatkan di kedai runcit berdekatan. Sekupang satu okeh....
[Semalam hasben aku beli 20 keping.. dah habis dah anak2 makan...coklat emas..hahaha]

Candid Camera Adib

Adib ni memang dah takde benda lain nak buat. Asal kena marah atau tengah leka ni le kerja dia [selain begomol dengan bantal busuk].

Nak tau dia suka buat pe???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


-close up sikit-

[korek la hidung tu Dib, bior beso boleh taruk bijih banyak sikit]



Oh ye.. korang perasan tak dahi dia yang merah tu?? Tu la akibat suka menyondol lori menan dekat tikar.. last2 muka sendiri tertomoih...





Tuesday, January 26, 2010

Nokia Oh Nokia

Henpon sekarang ni dah ibarat baju tau. Dah jadi macam keperluan semasa. Kalau tak bawak henpon rasa macam tak lengkap je idup. Antara brand henpon yang femes kat dunia ni cap NOKIA la.. Aku pun pakai henpon NOKIA je... Kalau ikutkan hari2 keluar tepon canggih manggih ni. Tak terkejor kita dengan pelbagai features yang ada kat tepon2 tu.

Sape peminat NOKIA??? [bukan NORKIAH tau] sila angkat tangan...
Ni antara henpon cap NOKIA yang tengah @ pernah glamer..
mana satu korang punya???


Nokia 6280
 [ini aku punya.. tapi kaler oren]



Nokia X6



Nokia E72



Nokia 7020



Nokia N97




Nokia 5030




Nokia 6600i




Nokia 7230




Nokia 2720





Nokia 3710




Yang terlatest [tak ramai yang pakai tau... susah nak dapat]
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Nokia siapa???



Kwang..kwang..kwang...

Monday, January 25, 2010

Gendang Gendut

Entry tangkap muat untuk petang ni...


Gendang Gendut Tali Kecapi
Anak Gendut Suka Hati
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hui... Anak sape la ni....


-gambar ehsan google jer-

[Jaga2 korang kalau anak dah ter'obes' macam ni]
macam ni pampers pun dah takde saiz dah....

HOW BABIES CAME ABOUT???

Ni salah satu cara nak explain kat anak korang nanti.. hahaha

[sekadar lawak santai di petang hari jer]



"Daddy , how did I come into this world?"

"Well, my child, some day I'll have to tell you anyway. "

"So why not today? Please!"

"OK, but listen carefully. Mom and dad met each other in a cyber cafe.
In the restrooms of that cyber cafe, dad connected to mom.
Mom at that time made some downloads from dad's memory stick.
When mom finished downloading we discovered we used no firewall.
Since it was too late to cancel or delete, nine months later we ended up with a virus! OK ?"


Saturday, January 23, 2010

Hari Menyemak

Biasa la hujung minggu rumah aku sure berselerak punya... Tak larat nak kemas..

Tengok ni.......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
macam kena serang ngan garuda..[abih la katalog AVON mama oiiii]


sape punya keje????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

oh..mamat enteprem rupanya... dah buat salah nak buat "peace" pulak!

Kenapa Suka Parking Dekat Umah Aku???

Aku bengang tul dengan jiran2 aku ni. Suka suki hati mak pak depe je nak parking kat rumah aku. Walhal memasing ade rumah sendiri. Dah tau rumah tu sejemput je kawasannya tak yah la nak beli kereta sampai 2-3 biji. Pastu bila dah takde tempat nak parking, letak kat rumah orang pulak.


- 2 bijik kereta ni le yang pa................ling suka parking kat sini-
[Cuba la letak kat belakang kancil tu takde sapa nak marah...]

Sorang tu memang la  rumah besar, tapi pi sambung rumah sampai dah takde kawasan nak buat porch. Last2 letak kereta dia kat mana dia suka. Depan umah orang la, tepi rumah orang la.Yang sorang lagi lak, tak tau la sebab apa suka sangat parking kat tepi rumah aku. Bukannya rumah dia takde porch.. Korang tau tak korang ni mengganggu pandangan mata aku ni???

Kang kitaorang tegur kang, dah  bermasam muka sesama jiran, tapi fikirkan le perasaan jiran korang ni. Kawasan tepi padang depan umah aku ni punya la luas, sorang pun tak nak letak kat situ. Nak jugak letak tepi rumah aku... Bengang tul.. Camne nak buat ni??? Korang punya jiran ade ke perangai macam jiran2 aku ni???

Yaya Hidup Dalam Pink

Yaya ni memang peminat pink. Serba serbi barang dia nak pink (musti telah terpengaruh dengan Mak Long dia yang memang fanatik pink). Baju yang dia suka pakai pun takde la kaler lain selain pink.. (bila dah takde baju pink baru la nak pakai kaler lain)


Ni la antara barang2 dia... semuanya kaler pink.. kalau boleh from head to toe semuanya nak pink.

tengok la baju2 ni  banyaknya kaler pink



P*U*T*U*S

Gara2 nak mengejar bos aku sebab nak dapatkan signature dia, gelang yang aku pakai terputus...

Ekceli camni aku berkejar ke tingkat 4 (lepas bos masuk), sebab banyak cek tak sign. Bila dah turun ke floor aku, tangan aku tersangkut kat tombol pintu & dlm masa yang sama aku sentap pulak tangan aku tu (nak cepat le kononnya). Masa tu la gelang aku tu tercabut cangkuknya...

Masuk dalam bilik belek2 la gelang tu. Memang dah tak boleh dibuat apa la sebab cangkuk tu pun dah hilang ke mana  (cepat tul cleaner tu sapu sampah kat tempat kejadian). Sib baik la bukan gelang emas. Kalau emas dah lama aku meraung...


Ni la gelang tu..after ni boleh masuk dalam tong sampah la.. Dah arwah dah gelang ku yang dibeli di Cameron Highland dengan harga 10 hinggit tu...
[hilang satu gelang ade la "reason" nak beli gelang lain..hehehe]

Friday, January 22, 2010

Tingkatkan Traffik Ke Blog Dengan Mudah

Masa buat moonwalk blogwalking tengah malam tadi, terjumpa entry ni kat blog ni. Bagus gak idea dia tu.

Tak percaya.???  Try dulu baru tahu...

Aku nak try gak formula dia... Ni dia (mintak izin yek...).
Memula.... Baca Bismillah dulu yer...Lepas tu, teruskan membaca & terus buat step by step okeh???


Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

15. Simple

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.



-gambar hasil 'google'an shj-

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.
[Boleh sama-sama sesak dalam traffic jam...hehehehe)


Thanks kak ngah for the  artikel!

Baru nak Install Mozilla

Ape keje nak buat hari ni???? Bosan la... Pepagi buta, masuk opis, terus on PC.  Buat blogwalking skit pastu baru teringat nak install Mozilla ni. Selama ni kat opis asyik pakai IE je... [very the ketinggalan zaman]... Orang lain dah berkurun guna MF. Tapi rasanya kat opis ni aku sorang je yang guna MF ni setakat ni (itu pun baru install tadi..hehehe).

Kalau sesape nak install MF ni boleh gi SINI

Orang kat opis aku ni (especially clerk la) tak le berapa pandai sangat bab komputer2 ni.. Tu la orang suh belajo tak nak..hehehe [kalau nak belajo kome kena gi PID la..hahaha..betui tak Makcik Rehan???] Kat sini aku jer yang terer sikit tapi kenkadang aku malas nak tunjuk terer aku sebabnya.... nanti depa semua nak menyusahkan aku tengokkan PC deme.. Tak kuasa akak!!!






Tak sampai 5 minit pun install MF tu dalam PC kat opis ni... (Streamyx laju weh....) Lagi pun aku kalau nak install apa2 aku try kat komputer opis je... Kalau komputer kat rumah, hanya instal yang perlu jer. Lagi pun dah namanya komputer kompeni kan.... gunakan le semaksima mungkin. Kalau rosak ke, jahanam ke, apa ke.. ade aku kesah???? [Kisah gak le tapi tak sampai 10% pun..hahaha].



Ok la citer pun tak guna... hari ni boleh ber'tenet' guna MF ni dengan riaknya.. Yiha..yiha..

Thursday, January 21, 2010

Aleeya's 5th Birthday

Hari ni adalah birthday Aleeya yang ke-5. Kejap je masa berlalu, anak2 pun makin membesar. Maknya pun turut sama membesar (tadi dah kena tego dgn boss...aku makin gemuk...Cit!!!)

Balik dari keje singgah Selayang, nak belikan kek birthday Yaya. Hari tu dia cakap dia nak kek kaler pink @ kek Barbie. Apparently, kek2 tu takde lak kat Wendy tu. Bantai beli la yang ade kaler pink2 sikit..



After Maghrib tadi kitaorang pun nyanyi2 la 'epi beday', Yaya tiup lilin, Mama, Yaya & Adib potong kek & terus ngap...ngap dalam mulut. Just a simple punya celebration. Tak yah jemput2 cik Besah & the gang.




-kek untuk Yaya-

Lepas aktiviti menghentam keromo kek bagai, potong sikit masuk tupperware kirim la kat Cik Besah... So itu la saje sambutan birthday Yaya...


-birthday gal suh adib sabo... lilin belum cucuk lagi... jap lagi boleh tiup-

[Katanya hujung bulan ni K.Ti nak buat majlis harijadi untuk anak2nya - Syahir & Heri + buat untuk Yaya sekali... Patutkah aku turut serta???? Oh tidaaaaaaaaaaaaaak!!!!]

Pak Belang Anak Belang

Petang tadi masa ambik Adib, K.Mah pesan suruh bawak seluar jeans si Adib. Mana idaknya dia nak pakai siang malam.. Suka beno dia pakai suar jin tu.

So malam ni aku dah siap packing la 2 helai suar jin & t-shirt untuk bawa umah K. Mah esok. Si Adib siap suh aku bawak baju feveret dia.

Kebetulan waktu aku tengah packing, hasben aku tengah asahkan pensel si Yaya kat dapur. Si Adib pun cam biasa la menyebok jugak kat tepi tong sampah tu. Bila aku tengok 2 beranak tu baru perasan satu benda....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Depa suka baju belang..tak caya tengok ni......like father like son..


Ni la baju2 yang nak di bawak umah K. Mah...



Perasan atau tidak???? Ni ade lagi... [bukti terang lagi nyata]...

-ini abahnya-



-ini anaknya-

Nampak tak banyak scene pakai baju sama?? Maksudnya baju feveret depa la tu.

[fakta: semua gambar adalah dari scene, waktu, keadaan & masa yang berlainan... baju je sama]

Testimoni Tudung Licin

Tudung ni beli kat K4. Dah lama dah beli tapi jarang pakai. Tak suka sangat nak pakai sebab tudung ni licin & aku lak terbeli  bidang kecik...  Hari ni saje la try test tudung ni.. Mak ai.. asyik ber'jalan' je.. Jenuh asyik tengok cermin jer. Takut tudung herot.

Ni rupa pakai tudung ni.. Jenuh nak maintain atas kepala aku nih!!! Sape boleh kasik tip nak pakai tudung licing cenggini??? Pasola aku asyik tak jadi jer...

p/s: pasola tu kelepet tudung kat kiri kanan kepala tu. Budak Taayah kalau kome tak tahu memang saje le...


-harap maklum... gambar di atas hanyalah sekadar syok sendiri shj-
(awat muka aku bulat semacam ek???)

Dah Hazab....

Pc kat rumah dah hazab.. radio kat opis pun dah demam kura..

PC kat rumah hari tu masa Yaya on tetiba meletup. Pastu terus tak boleh on sampai sekarang. Hari ni bawak gi opis sebab maybe budak yang selalu repair PC kat opis datang. Boleh le dia tengok2kan apa masalah problem CPU aku tuh.[nak save bajet kekdahnya..]  Sib baik la lappy ok so boleh la aku ber'tenet' kat rumah.





-nama kena tulis oooo... nanti orang ingat aku rembat barang opis lak... kat sini banyak sangat orang suka tuduh2 orang... dangerous!!!-

Radio pulak dah lama dah demam kura & tak kebah2. Kejap ade kejap takde suaranya. Minggu ni paling teruk.. Baru bukak 10 minit dah senyap. Pastu 30 minit later terbatuk2 kejap. Last2 koma sampai petang. Camtu la hari2. Rasa nak humban je radio murah aku ni.. Jenama pun PENSONIC (beli kat k4 jer)... Sunyi la aku tanpa bunyi suara radio kat bilik.... Boring giler.... Ni nak kena beli lain ni!!!


-nampak je lawo tapi dah semput...layak dibuang ke lombong jer..-