Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 1, 2012

RPLBM (PART 7) : KEMBALI KE TELOK MAS

Lepas merayau2 dalam Dataran Pahlawan tanpa hala tuju & tak  beli apa2
[aku tipu... aku beli contact lens solutions je kat Guardian..heheheh]
mak aku ajak abah balik kampung 
Walaupun dah sampai Melaka, tapi masih belum lagi jejak ke kampung abah aku di Telok Mas
Aku pun dah lupa langsung jalan nak ke rumah Pak Long aku kat situ
Yang aku tahu, simpang ke rumah Pak Long tu dekat je dengan Sekolah Sharifah Rodziah tu
[Pak Long aku ni pun dah lama dah arwah, yang tinggal cuma Mak Long jer]

Ekcelinya, rumah arwah atuk aku [bapak kepada abah aku] betul2 sebelah rumah Pak Long aku.Kiranya masa aku kecik2 dulu, asyik merentas desa je la antara dua2 rumah ni.

Rumah Tok Nyat [gelaran untuk arwah atuk aku] tu rumah papan je
Tapi rumah Pak Long aku tu rumah batu tau...
Masa kecik2 dulu aku suka mandi kat rumah Pak Long sebab kat rumah dia ada air hujan. [Dulu mana reti nak sebut shower kan...]
Kat rumah Tok Nyat lak pakai besen jer... Lagipun aku takut nak pegi bilik air rumah Tok Nyat sebab dah uzur benar dah masa tu. Lagipun bilik air pakai lampu ayam jer... scary ler...

Sejak kahwin, ni le fes time aku ajak hasben & anak2 aku ke rumah sanak sedara di Melaka
[depa pun tah ingat ke tak kat aku gamaknya..hehehehe]
Sedara kat Melaka pun bukannya ramai yang tinggal pun
Entah le... aku pun tahu immediate relative je.. tapi kalau yang pangkat anak sedara & ke bawah memang tak kenal weh!! [Itu pun ada gak sepupu yang aku tak kenal & tak ingat
Ini le rumah Pak Long aku.. Tak banyak berubah pun. Cat je yang kaler lain. Kat anjung tu la aku & Angah suka main masa kecik2 dulu.

 Ni pulak tapak bekas rumah arwah Tok Nyat. Sejak bila dah takde rumah tu aku tak sure lak.  Lupa nak citer yang abah aku ada mak tiri. [Isteri kedua atuk aku lepas kematian isteri 1]. Tapi nenek tiri aku tu dah pindah Merlimau kalau tak silap lepas atuk aku tu meninggal. Nenek tiri aku tu rasanya ada 4@ 5 orang anak [kiranya adik2 abah aku le tu] & semuanya aku dah tak jumpa lepas atuk aku meninggal lebih kurang 20 tahun lepas.

Masa ke rumah Pak Long tu, Mak Long [aku panggil dia Long Sarah] takde rumah sebab dia ke Kelantan. Yang ada masa tu cuma keluarga sepupu aku yang aku panggil Kak Cik/ Kak Ana je. Kebetulan dia tengah masak untuk lunch. Dia jemput gak kami makan sekali tapi memandangkan masing2 pun dah kenyang makan kat Dataran Pahlawan, so kami minum air & makan buah jer. [Air oren yang dia buat masa tu memang sangat sedap terutama di hari yang panas terik tu]

Sementara mak aku sembang2 dengan Kak Cik, kami semua duk kat luar rumah. Tengok2 banyak la pulak buah ciku kat pokok. Hasben aku siap panjat pokok nak petik buah ciku kekdahnya. Ada la dapat 2-3 biji yang besar2.
Ni hasben Kak Cik yang tolong petik buah ciku. Hasben aku dah turun dari pokok dah masa ni..

Banyak juga depa dapat buah ciku tu. Ada la kot dalam satu baldi tong cat yang kecik tu. Semua kami hangkut bawak balik...hehehehe.. Tuan rumah petik la sendiri kat pokok tu ek.. [gamaknya depa lagi dah jemu makan ciku]. Masa aktiviti petik buah ciku ni, aku & adik2 aku - Ateh, Acik & Ana, masuk la dalam rumah. Siap baring2 atas lantai. Tah bila masa aku terlelap  pun tak tahu le. Yang aku sedar sape tah bagi bantal kat aku, pastu aku boleh sambung tidur jap..hehehe.. Depe kejut aku pun bila dah nak balik dah. Nasib la anak2 aku tak buat ragam. Ada je la aktiviti deme kat situ. Lagipun ada tukang layan.. boleh la mama depa rehat kejap..

Lepas ke rumah Long Sarah, kami singgah jap rumah sorang lagi pak sedara aku iaitu Pak Itam. Dia ni abang yang ke-4 kepada abah aku. [Abah aku anak bongsu yer... tak termasuk anak dengan mak tiri dia le]
Pak Itam ni bukan le hitam orangnya tapi dah pangkat dia cenggitu kan.. hehehe. Sebelum ni dia duduk di Sabah. Seingat aku macam aku tak pernah jumpa dia pun.. Rumah dia pun tak le jauh sangat dari rumah Long Sarah. Jalan kaki pun boleh tapi sebab nak terus balik homestay pastu, so kami naik kereta je la.

Kat sana Pak Itam ni depa panggil Ustaz Zaki walaupun nama sebenarnya Md Noor [kalau tak silap]. Mak Itam takde pulak masa kitaorang sampai sebab dia pegi spital. Cuma ada Pak Itam sorang je. Saje je datang ziarah kan.. so kami sembang2 kat beranda rumah dia je la. Kebetulan Pak Itam ni berubat orang & ada jual madu lebah asli. Wallawei... pakat masing2 nak beli... Memula tu aku cam tak nak beli tapi lepas Pak Itam kata dia nak "jampi", masing2 le ambil sebotol. Aku tak beli pun tapi mak aku bagi..[Jimat!!!!]. 

Masa bagi botol madu tu, cuma bagi nama kat Pak Itam & dia akan bacakan ayat Quran siap dengan nama kita sekali. Alah.. bukannya jampi cam Dukun Induk tu..hahahah. Ambil berkat le kan dah alang2 datang ke rumah dia. Mintak2 dengan madu tu dapat le kesihatan yang baik, Insya-Allah. Satu keluarga boleh makan. Kan dalam Quran ada cakap salah satu makanan yang elok dimakan adalah madu lebah.. 

Pas balik dari Telok Mas, kami tak terus ke homestay tapi abah aku ajak berjalan sampai ke Klebang. Ingatkan nak pi pantai Klebang tu [ada can je nak tengok kapal selam ], tapi tak lama pastu patah balik. Rupanya sekadar nak tunjuk tempat orang jual Coconut Shake yang femes kat Melaka tu. Tapi memang ye pun.. ramai giler orang beratur tau untuk beli coconut shake tu. Sampai jem jalan dibuatnya. Sedap sangat ke pun idak le tahu sebab kitaorang tak beli pun.

Masa on the way balik ke Tengkera baru teringat nak cari kuih keria yang femes kat Melaka tu. Tapi aku tak ingat kat mana. Jenuh la sms Kak Juwita tapi tak reply. Rupanya no tu dia dah tak pakai. Sabo je la. Pastu call Makcik aku kot2 dia tahu. Katanya kat Alor Gajah. Ate jauh la pulak kan. So lupakan je la hasrat dihati. Sekali bila dah masuk keje, saje la aku google kat mana kuih keria femes tu. Bukannya kat Alor Gajah beb tapi Kuih Keria Haji Jalil kat Limbongan da..... Hek eleh... kami dah lalu dah kat Limbongan tu sebelum sampai Klebang tapi tak perasan langsung kedai Hj Jalil ni.. Rugi...rugi... Ni la akibatnya tak servey2 sebelum ke Melaka. Padan muka aku!


7 comments:

mr icham said...

patutnya hang google masa hang dok layan cerita gemersik kalbu kat tonton tue...ape daaa...

mana tak lena tidor, semua penat tawaf banda hilir pagi tue...wakaka...

teringat long rasid selalu layan karenah aku kalau keluar dengan dia...sama la macam mak ngah sipah...best2...mak ngah pun lama tak pi rumah dia dah...

pak itam pun tue la 2nd time aku jumpa dia...masa 1st jumpa dia tahun 2009 dulu, tue pun long sarah bawak, terkejut jugak tengok muka dia...he he he...

|| NaFiRaa || said...

sempat jugak singgah rumah sedara mara.. ok lah tu kan~ sambil bercuti sambil mengeratkan silaturahim..

SYANI said...

Mr Icham... tu la tak teringat langsung nak google masa tu sebab nak kejar Gemersik Kalbu kat tv lak..

SYANI said...

Nafiraa,
Sambil menyelam minum air gitu.. Pasni tah bila2 la pulak dapat jumpa depa lagi.

kurus said...

cantik umah dulu2 kan .. macam stail umah di muar johor .. suke suasana dia .. ;)

wah sure banyak ciku .. sedapnyee nak2 kalau sejuk dlm peti ..;)

lieyalatif said...

seronok kalo dpt stay kat suasana kampung camni kan ....lagi2 kalo keliling umah penoh pokok buah...syok nye lahai main petik2.....

SYANI said...

Lieyalatif,
Time musim berbuah memang le syok. Bila takde buat, jenuh nak sapu daun kering..