Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 21, 2012

JOM MENGGEMUK DENGAN MAGNUM CHOCO CAPPUCCINO

Dah try makan aiskrim Magnum yang perisa baru tu? Ala.. yang Choco Cappucino tu?
Ahad lepas, sebagai ganjaran selepas menggosok kain baju yang bertimbun untuk stok seminggu, terus ajak tok laki pegi kedai sebab nak beli aiskrim... Hehehehe... bosan le jugak kalau asyik mengadap ABC & Cendol Pak Zem kat gerai Cik Ana tu kan... 

Hari Ahad bukannya banyak kedai yang bukak kat Batang Kali ni. Akhirnya terjah je la kat 7-Eleven mencari aiskrim yang diidam2kan. Yaya la yang start kata nak aiskrim Magnum [tapi dia tunjuk yang klasik]. Adib pulak nak Paddle Pop pelangi je.. Untuk aku pulak tentulah Magnum Cappuccino tu & untuk hubby aku belikan Magnum Almond..


-gambo gugel je-

Magnum Capuccino ni takde la sedap sangat. Boleh la sebab dia ada cebisan caramel kat aiskrim tu. Terlalu manis untuk aku. Aku lebih prefer yang Almond @ Classic. Korang lak cemana?

6 comments:

Yana Halim said...

akak suka yg almond. pretzel nak yg almond. coklat bar pun nak yg almond. almond mmg gandingan mantap bersama caramel dan coklat kot. sedap. :)

lieyalatif said...

lieya pun suke yg almond tu....sedapnye la hai krap kerup gigit almond tuh...

Aine Ainun said...

Saya mmg suka iskrim magnum ni, tapi sejak pandai buat aiskrim sendiri ni, tak heran da ngan magnum;)

bunga_rose said...

teringin nak cuba.. tapi still pantang aiskrim sekarang.. tapi teringin, tapi pantang arrrghhh ahaha

AdaM Hawa said...

saya suka yg classic.. yg ni belum cube.. akan d cube.. hehehehe

munna said...

Munna sorang je yg blm makan lagi aiskrim Magnum ni agaknya....