Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 24, 2012

AKU PENING KALAU PEGI KL!

Semalam aku cuti tau. Saje nak menghabiskan cuti tahun lepas yang masih berbaki.Kalau sape yang baca blog aku semalam, entry semalam adalah auto publish ok... sebab semalam sehari suntuk aku tak dan nak mengadap komputer pun.

Semalam keluar rumah cam biasa. Maklum la nak berlakon dengan anak2 konon2 aku gi keje. Anak2 aku bukannya boleh kalau tahu mak bapaknya bercuti. Mula la macam2 perangai keluar..  Lagipun aku banyak gak urusan semalam, so payah la kalau nak mengusung anak sana sini.

Destinasi pertama aku pegi pagi tu ialah ke Tabung Haji. Kat Batu Caves je pun sebab nak gi simpan duit anak2 aku. Dah berbulan terperam kat rumah. Pastu aku gi nak gi Menara Maybank sebab nak hantar dokumen opis aku. [Cuti pun buat keje gak..heheheh]. Dah le tak pernah pegi, so aku gamble je lah. Nak bawak kereta masuk KL memang payah la kan di tambah pulak aku yang memang tak expert selok belok KL ni. Kesudahannya naik je la LRT.

Nak cari LRT station pun satu masalah jugak. Bukannya tak jumpa LRT station tu, tapi parking takde... Semua penuh. Takkan nak parking selamba je tepi jalan, kang tal pasal kena klam pulak dengan DBKL.. Dari Taman Melati-Wangsa Maju-Sri Rampai-Setiawangsa, finally parking je kat Jelatek. Naik dari situ turun Masjid Jamek kena la RM2 untuk satu hala.

Memandangkan aku ni dah lama sangat tak naik LRT, terkial2 la nak beli tiket. Siap tanya kaunter, rupanya dah tak pakai tiket ek.. dah pakai token. Dah le tu kena beli guna mesin lak tu. Terkial2 aku dibuatnya.
Ini le token untuk naik LRT tu..

Akhirnya selamat tiba juga aku kat Masjid Jamek.


Pas tu nak kena menapak ke Menara Maybank.. Ingatkan dekat.. 
Boleh kata jauh la jugak untuk kategori pemalas cam aku... Dah le pakai heels... melecet kaki aku dibuatnya..


Dah sampai sana nak naik tingkat 30 pulak.. 


Ni gambar curi2 je...Tu yang tak cukup centre tu. Kang  bebudak opis tu kata aku ni jakun pulak..


Lepas berpenat lelah menapak & mendaki bukit, lepas balik ke Jelatek, terus pi ambil hubby kat Segambut. Dia pun half day gak sebab urusan lepas ni nak kena pi berdua..Hahaha.. Urusan apa?? Ooo.. itu takyah le nak citer sebab tak penting pun... Lepas settle urusan tu, masing2 perut dah keroncong terus serbu A&W. Ingat nak telan Subway je tapi hubby aku ajak minum Rootbeer..Ikut je la..


Kami order set ni.. Mozza Burger [kalau tak silap]


Lepas menyendat perut, terus balik rumah. Lagipun kepala aku dah makin sakit lak. Tak dan nak pi tengok wayang citer Adnan Sempit 2. Semalam kan baru start tayang. Takde rezeki... Nanti la gi cari VCD cetak rompak..heheheh.

10 comments:

sisdee said...

dah lama sgt tak tgk wayang..last tgk citer apa ek..emm chipmunk kot..

katanya sedapkan adnan sempit 2 ;)

btw ai lagi tak reti gaknya kat kl tu camne hahahaha

eMMe said...

best nye jalan KL...
bestnye root beer A&W
senang naik LRT sampai terus Masjid Jamek/Masjid India/Semua House/Jalan TAR
lame nye tak lepak KL, cewah!
asyik la dok teperuk kat Putrajaya
huhuuu...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

last naik lrt masa nuah setahun tak silap. setiap stesen dia mintak berenti. tension mak

Cho Zila said...

akakpun sabtu lepaih 1st time naik lrt guna token memang peghakler.. terigin nak ambik gambar tapi malu2... akak pun dari masjid jamek ke Bursa Malaysia .. terasa jauh ngat...

deelira@deeliraz said...

lrt masjid jamek nak ke menara maybank JAUH jgk ler.++ kl pakai heels.. hehe..

oh.. sy dah lama x turun KL. dah pakai token rupanya..

Lia3003 said...

cuti pun buat kerja ya? sama lah dengan saya, rasanya lagi teruk dari awak. hm, dah pakai token ye? saya yang dah setahun x g KL ni kalau tak tahu, mesti wat malu je.. hihi

KizZ said...

Eh dah pakai token eah skang...hihi nampak sangat kiz pun dah lama tak g kl..

Azhariah Zuber said...

sy pun jakun time beli token

munna said...

ooo...munna pun baru tahu bila syani tunjuk token tu utk naik LRT.... ingat nak turun KL .. nak bawa anak2 naik LRT... diaorg teruja sgt bila nampak LRT tu

LiErOSe~QiEmi said...

lama dah tak naik lrt.. mmg dah pakai token erk hihhihi.. klu saya pun terkial2 sebab biasa guna tiket tu