Friday, February 3, 2012

RPLBM (PART 9) : TAMAN BOTANI MELAKA

Mak ai sampai 9 keturunan part aku buat entry pegi Melaka ni
Lenguh tangan menaip dibuatnya
Tapi nak buat cemana... aku kan suka tulis detail2.. senang nak rujuk nanti kononnya.

Lepas melepak kat Kg Morten, kami terus tuju ke Ayer Keroh
Hari masih awal pagi tapi kereta dah banyak kat jalanraya
Lagipun hari Rabu tu orang dah start keje kan...
Takde destinasi khusus yang nak dituju pun. Kami cuma folo bontot Persona Acik je

Nak shopping beli mende makan, banyak gerai tak bukak lagi so kami singgah di Taman Botani.Dekat je pun dengan Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka & Taman Buaya.Masuk FOC ye puan2 tapi kalau nak naik buggy [kot2 la malas nak jalan kaki kan..], kena la bayar RM20 kot untuk sebiji buggy. Buggy ni pulak kome kena bawak sendiri... Takde driver okeh!!!
 Taman Botanikal Melaka ni merupakan taman rekreasi. Sape yang suka berjoging & berbasikal, boleh la pi sini. Dalam Taman Botani ni jugak ada Kampung Buku, Kem PLKN, chalet & tapak perkhemahan.

 Rombongan baru sampai.... jom jalan kaki... kita buat exercise sikit. Menyahut seruan 10,000 langkah sehari kekdahnya.. [hari tu je la pun]


 Jom masuk..

Kat entrance tu, korang akan disambut dengan bunga2 yang warna-warni. Orang pompuan memang suka sangat la kan dengan bunga2an. Macam2 bunga, macam2 kaler.


Setentang dengan tempat bunga tadi ada pula tempat bunga orkid. Walaupun aku tak suka orkid, tapi bila dah tengok banyak2 orkid bersusun & kalerful, cantik la pulak....

Kat main entrance tu jugak, ada 2 buah waterfall buatan. Tapi masa kitaorang sampai tu deme tak buka air lagi so tak nampak le ke"waterfal"an tu. Cuma nampak batu je la..

Posing dulu sebelum masuk dalam hutan

Peta satu Taman Botani..

Trek pejalan kaki adalah ber'tar' ye.. So tak yah risau kasut kotor ke apa. Tengok mak aku steady je pakai baju kurung macam nak pi kenduri..hehehehe
 




 Banyak pokok gergasi dalam ni.. Sampai naik teleng kepala nengok nama2 pokok..



Ada banyak tempat dalam ni - Taman Rempah, Taman Permainan, Taman PraSejarah. Selain tu tempat untuk exercise pun ada.. Masuk Taman Botani ni sejuk je sebab banyak pokok2.

 Adib pun sebok nak exercise sampai tertonggek2 bontot..


 Inilah dia Kampung Buku.. Lebih kurang cam library la tu. Ada Wifi lagi tau!

 Singgah sini sat layan anak2 main kat taman permainan

 Anaconda??? ... Replika je tu...

 Dinosour pun ada...

 Rimau pun ader...

 Jom jalan lagi.... akhirnya sampai la kat Jambatan Gantung...





 Adib takut nak jalan atas jambatan ni. Bergoyang2 kot.. Last2 abah dia yang dukung.Kalau  paut kat belakang badan cam Adib tu korang panggil apa ye?? Aku panggil ko'ko.

Pastu ada satu tempat tu kitaorang tak dapat naik. Titian Silara namanya. Maksudnya jambatan gantung yang atas pokok tu la. Masa kitaorang pegi tu pintu yang nak naik tangga ke jambatan tu berkunci. Lagipun masa tu para monyet2 tengah berpesta kat atas jambatan tu. Takut gak tengok sebab banyak sangat. Last2 kami cepat2 blah dari situ sebab takut kena serang dengan monyet..Tak pasal2 keluar paper nanti.

Ni titian silara tu. Ada monyet2 kat ats tu tapi sebab aku guna kamera henfon je, so tak sharp le gambo monyet tu. Kalau korang terer, cari la monyet2 dalam gambar ni.

Lepas keluar dari sini, kami pi beli jajan untuk bawak balik kat area Taman Buaya tu. Ada banyak2 gerai kat situ kan. Sana la kami shopping cencalok, dodol, sagun dll. Kalau ikutkan semua nak beli.. Nafsu tinggi la katakan. Itu pun kakak tu dah untung banyak dengan kitaorang semua sebab semua kami borong kat dia. Dengan kitaorang je dia dah dapat dekat RM500.  Lepas selesai shopping, terus gerak balik Batang Kali.

** THE END**

3 comments:

Alin Marlini said...

boleh beli orkid2 tu?

SYANI said...

Tak boleh rasanya.. Tak sure la kak!

cik hani said...

orkid 2 boleh bli...saye penah bli dekat sne..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...