Wednesday, February 22, 2012

PENDIDIKAN SEKS DARJAH SATU

Ini bukan entry lucah tau ataupun cara2 mengajar anak2 darjah 1 cara2 buat seks pulak. Choy!


Nak citer satu conversation antara aku dan Yaya hujung minggu lepas. Aku dah lupa ingatan apa asal usul permulaan perbualan tu. 

Yaya : Mama, nanti mama jangan panggil pepet tau 
[korang semua sure tau pepet tu apa kan???]

Mama : Abis tu nak panggil apa? 

Yaya : Cikgu suruh panggil GENITALS

Mama : Genital?? Kalau laki punya cikgu suruh panggil apa?

Yaya : Genital jugak le
[fuh... nasib cikgu tak cakap pasal vagina & penis pulak...hehehehe]

Yaya : Pastu cikgu cakap, kalau budak perempuan, orang lain tak boleh  pegang sini, sini ngan sini [sambil tunjuk genital, punggung & dada]. Kalau budak laki pulak tak boleh kasi pegang sini je [sambil tunjuk genital]

Mama : Tau takpe... Ingat pesan cikgu tu... Jangan kasi orang pegang tau! Yaya pun tak  boleh pegang orang punya...


**Entry aku ni agak terang & jelas butir2 perkataannya.. Ya-ampun kalau ada yang tak selesa baca entry ni...

** Bagus juga kalau kat sekolah dah alertkan budak2 pasal isu macam ni. Kadang2 kalau cikgu pesan depa ingat tapi kalau mak bapak sendiri pesan cepat beno lupanya...

4 comments:

mr icham said...

kalau la cikgu perempuan yang tunjuk pasal semua tue, tiba-tiba budak perempuan kata cikgu punya lain kami punya lain (tang dada) macam mana pulak ek...tepuk dahi!!!

LiErOSe~QiEmi said...

wah bagus la sekolah dah ajar menda2 camni.. klu kita mesti cam tak tau camne nak ajar hihihi

AdaM Hawa said...

bagusnya.. zaman kite x de pun..

ct rahani said...

bagus la dh bgtau awal2.. zaman sekarang macam2 dugaan nk membesarkan anak kan sis.. harap2 anak2 kiter mampu menjadi anak yg soleh/solehah.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...