Tuesday, February 21, 2012

BETO KUSYAIRY | TETIBA FEMES PULAK MAMAT JAWA NI

Mamat jawa pulak dah aku nak citer ek...
Sape tengok cerekarama Sabtu lepas? Tajuk JUJUR AKU DAYUS tu...


Terus terang aku tak tahu langsung cerekarama malam Sabtu tu citer apa. Gazet pun aku tak tengok. Pastu aku tanya mak aku [kebetulan mak datang rumah]. Mak aku memang tak ingat tajuk tapi dia kata pelakon pompuan tu Nora Danish & pelakon laki tu mamat yang muka cam jawa tu. So aku pun tak terfikir la pulak si Beto tu yang berlakon. Bila dah start cerekarama tu baru la kuar muka si Beto. So technically mak aku la yang cakap dia mamat jawa..hehehehe.. Bukan aku tau... [Dia tu memang jawa ke???]

Hari ni masa blogwalking, ramai pulak yang dok review citer cerekarama tu. Siap ada yang dah jadi minat kat Beto. Setahu aku Beto ni kira femes lepas berlakon citer Juvana [correct me if i'm wrong]. Tapi aku tak pernah tengok citer Juvana so aku no comment lah. 

Sampai la masa cuti Thaipusam hari tu, aku tertengok citer SELAGI MASIH ADA kat Astro Citra [kalau tak silap]. Citer ni sweet sangat tau. Walaupun pelakonnya cam tak glamer & tak lawa & tak hensem, tapi jalan cerita tu best. 


Yang aku suka tengok si Beto ni, mimik muka dia yang cool tu. Cam budak2 nakal pun ada. Memula aku tengok dia ni muka cam Aziz M Osman muda2 sikit2 tapi bila dah lama2 baru la rasa lain sikit..Hehehehe.. Aku ni memang payah nak cam muka orang kalau tengok sekali dua. Ambil masa yang lama jugak nak cam orang..

12 comments:

sisdee said...

ai suka beto pas tgk cerekarama tu..masa tgk drama yg lain2 mmg biasa2 jek hehehehhe

|| NaFiRaa || said...

best jugak dia berlakon dalam citer jujur aku dayus tuh~ :)

(^_-)V said...

hehehe abg mayat!!(geng surau)

FarhanaDr said...

Ada dua drama dia dengan Sharifah Amani berlakon pun best. Mantap! Drama tahun lepas, satu tu tajuk dia Kashaf Imani, satu lagi Sesungguhnya. Suka dia sebab dia berlakon sempoi jek. Sekarang tengah layan drama dia Pelangi Kasih, yang slot Samarinda tu. Tapi dia jahat kot dalam cerita tu. Hehe.

Beto ni orang Sarawak. Dia famous juga sebab berlakon watak Rosli Dhobi dalam drama Rosli Dhobi.

AdaM Hawa said...

ahakss!! adik sy suka tgk beto ni.. dalam cite wasiat.. cite selagi masih ada la yg sy pun suka tgk.. tapi bile tengok pelangi kasih, jadi geram.. hahahahaha.. emosi betul!!

POSH76 said...

I pun tetiba minat kat dia " JUJUR AKU DAYUS" jawa pun jawala hehe

LiErOSe~QiEmi said...

suke beto sebab dia sweet, boleh??? hahaahah...

cite selagi masih ada ni macam best.. tapi tgh2 tu wife dia sakit ek.. alaa takmo la tengok cite sedih2 sebb nanti sedih sama huuhuhu

ct rahani said...

makin femes si beto ni kan.. sweet.. skrg dia berlakon citer pelangi kasih kt tv3.. kul 10.30pm.. memang x penah missed..

Rinna said...

Dah mula suka tgk beto nie masa dia belakon dengan Sharifah Amani dlm telemovie Kashaf Imani kalau tak silap laa..

Anonymous said...

Dia ni org sarawak...cer tgk citer uri...dia ada belakon...bagus gak...dia tu ala ala.comel..xda control macho...i like his natural character

Hazirah Saimin said...

Suka btul tgok dia ni..wpun x brapa handsome but he is just nice..Ce korg tgok cete die "Aku, dia dan tong sampah".. heroin siti saleha..best gak cete tu..leh tgok kt youtube..hee

Norsyira said...

betul ke di org sarawak tp hometown dia kat kuala pilah....huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...