Monday, February 13, 2012

MEMPADANG LAGI

Memandangkan hari sebelumnya tu anak2 dapat main padang kejap je, so aku janji la dengan deme nak bawak lagi main kat padang tu pagi keesokannya. Lepas je mandi siap2, dalam kul 9pg tu aku ajak le budak2 pi padang permainan.

Pepagi hari mana la ada budak2 lain yang main kat situ. Suka sangat la deme sebab dapat main puas2. Takyah nak berebut giliran main gelongsor.. Konker la korang berdua..
 Ayam pun ada  kat padang ni... Tah mana datang pun tak tahu le..



 PEACE YO!


 Memula kakak yang gelongsor dulu..


 Pastu Adib la pulak..



 Sekali lagi...



 Sebenarnya masa ni aku nak tangkap gambar orang yang ramai2 kat bawah pokok  kat hujung padang tu. Tapi suruh Adib cover line..kunun2 nak tangkap gambo Adib le.. Kemain la dia posing... Aku tak tahu apa aktiviti orang2 kat bawah pokok tu. Tapi majoritinya orang2 dewasa, bukannya remaja @ budak. Aku rasa bawah pokok tu port depa berjudi kot!!!

Yaya ni memang kaki panjat.. ada tangga pun nak memanjat juga..

Tetiba lak ada budak terlebih umur main gelongsor tu... Anak sappalah tu???

Sebelum balik, kasi posing maut dulu ye Adib...


Padang ni pada aku kira ok la... Tak banyak yang rosak pun cumanya banyak sampah sarap yang berlonggok dalam tong sampah tu. Lori sampah dah lama tak kutip sampah gamaknya.. 

Pastu ada la pulak malaun mana tah tido kat situ.... Riso gak le kot2 orang gila ke apa kan. Tapi masa anak2 terjerit2 main pun dia idak pulak terjaga. Tidur mampus gamaknya..

Dah jom balik... Petang tu nak pi mandi sungai lak..

2 comments:

rasp said...

best lah dpt conquer padang tu kat dorang ye sis...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

my nuha kalau bawak gi taman ni, jenuh la memujuk suh balik.selagi orang tak habis kat padang tu lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...