Monday, June 20, 2011

YVONNE & GINCU MERAH

Drama Nora Elena dah habis dah
tapi masih ada lagi yang meleret2 citer pasal drama ni
[termasuk la aku...wahahahah]

Tapi aku bukan nak citer pasal drama ni
tapi kali ni nak citer pasal watak Yvonne yang membencikan tu
Pada aku dalam drama ni Wan Sharmila berjaya bawa watak Yvonne dengan baik sekali
dan pada aku antara banyak2 watak yang Wan Sharmila tu berlakon
ni la watak yang paling cemerlang sekali [walaupun dia bawa watak jahat]


Sebelum ni dia terkenal melalui citer Kisah Qaisara tu
tapi wataknya terlalu kebudak-budakan & over tergedik2
pastu dia jadi lead actress drama Tari Tirana tu pulak
laaaaaaaaaaaaaaagi la tah apa2 kan
[dengan dress up & style yang buruks tu.. ai tak suka okeh]
tapi dalam Nora Elena ni WS nampak lagi matang & stylo
[harus la kan sebab dia pegang watak sebagai PA kan??]


Apapun aku suka tengok make up WS dalam ni
nampak fresh dengan lipstiknya yang merah menyala tu
walopun si WS ni berkulit gelap tapi nampak cantik je lipstik tu ngan dia
pandai sungguh makeup artist tu kan

-aku suka la baju hijau dia ni -

So far artis yang aku suka tengok pakai gincu merah menyala ni hanyalah Taylor Swift
maybe sebab kulit dia yang putih melepak tu makin menyerlahkan bibir dia tu
even though bibir dia tak seseksi Angelina Jolie..



*** Aku tak berani lagi nak pakai gincu kaler merah menyala ni..

3 comments:

kakngah said...

dressing dia pun cantik kan dalam NE. sopan gak la.... tak amcam sesetangah drama.. asala PA @ secretary mesti nak pakai seksi..

Aini said...

betul tu.. setuju sangt.. tp untung la die, berlakon jdi budak skolah pun sesuai.. awet muda

Oasis said...

saya start minat dia bila dia blakon dalam Kisah Kaisara... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...