Tuesday, June 28, 2011

SENYUM PETANG



Cerita 1
Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.
Suami : Buku apa?
Isteri :  Buku bank abanglah..


Cerita 2
Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa untuk didermakan?
Budak: Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????


Cerita 3
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunanangna mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah  yang mana satu gambar awak. Nanti awak pilih la sendiri. Yang selebihnya kembalikan pada saya.
Siti : Erkkkk... Benci....



Cerita 4
3 orang menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, "Tak muat dah Tok, kami dah bertiga!!!"


Cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja?
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ??????????????


Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat

Posmen : Assalamualaikum
En Sameon : Waalaikumussalam
Posmen : Ni rumah Encik Sameon ye?
En Sameon : Ya, saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik  ni.
En Sameon : Buat susah aje encik  ni. Apasal tak pos aje??
Posmen : Betul jugak yer...


Cerita 7

Orang Asli dan polis

Orang Asli : Selamat pagi tuan.
Polis : Selamat pagi. Apa ha?
Orang Asli : Saya nak buat report tuan.
Polis: Pasal apa tu?
Orang Asli : Kawan saya dibaham harimau
Polis : Pukul berapa?
Orang Asli : Dia tak pukul, terkam
Polis : Habis?....
Orang Asli : Tak habis, tinggal kepala...


Cerita 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

Lelaki : Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?
Doktor : Dah tentu.
Lelaki : Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca.
Doktor : Ha????


Cerita 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan :Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengar penjelasan Amin, Shan pula menangis

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing....


Cerita 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"

"Apa la bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu??"





2 comments:

Nini Hartini said...

terima kasih berjaya buat saya ketawa. hehehe..lawak-lawak.

Heart In A Cage
.

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

hahaa~ =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...