Monday, June 13, 2011

TEMAN BEKERJA

Sabtu lepas aku pegi keje [aku buat part time di opis lama aku]
sian pulak kat sana sebab sampai sekarang tak dapat2 pengganti tempat aku
[actually aku kesiankan kakak yang "terpaksa" handle account tu.. bukan pada ex-bos aku]

Memandangkan hasben aku pun bekerja hari yang sama
so aku terpaksa la hangkut anak2 aku sekali
sebelum2 ni hasben aku yang jaga budak2 masa aku gi keje
babysitter pulak balik kampung ada kenduri
mak mentua???? Sebelum dia membebel... baik la aku cari jalan lain

Supaya anak2 aku tak mengaruk kat opis tu
aku bawa la laptop so depa boleh layan youtube
nengok kartun ke, Mr Bean ke, Maharaja lawak ke.. apa2 je la
janji depa tak ngaco aku
Untuk 1 jam yang pertama.. tersangat behave tau
Adib main laptop, Yaya aku bagi main komputer opis tu

Lepas 1 jam... dah start buat hal
lari sana sini, main cop, main pintu
pastu main troli la pulak... pastu main komputer balik
haish.. takleh concentrate aku tau...

Pas kul 1 aku pun nak balik la walopun keje tak siap 100%
dah tak kuasa nak layan anak2 aku yang makin berleluasa tu
pening kepala...

Sampai Batang Kali, aku bawak anak2 menyinggah kedai baru bukak kat area rumah aku ni
PASARAYAKU namanya... [kat Perak femes la kedai ni selain Pasaraya ET..hehehehe]
hari sebelumnya jiran aku kata dia singgah kedai tu
katanya tudung murah2 kat sana..
so aku pun teruja gak nak cari tudung baru
memang berlambak tudung tapi susah nak cari yang berkenan di hati
last2 rembat jugak la 2 helai tudung untuk aku, 1 untuk Yaya
Ini la 3 helai tudung yang aku beli tu... sehelai kurang la dari RM10... Kalau kat kedai biasa sehelai pun paling murah dapat  RM15 je. Kain pun boleh tahan jugak kualitinya.

Ni tudung yang Yaya nak... PINK takleh lari
harga RM 6.90 jer
[terpaksa pegang tudung tu sebab muka tudung tu luas sikit]

Budak ni pun nak bergambar juga
tapi dia takde tudung baru
so pakai je la cekak kakak dia masa kakak sarung tudung baru
apa2 je lah Adib oi...

Pastu bila hasben aku balik petang tu, dia ajak Adib basuh kereta lak
suka la dia kalau bab2 main air ni kan
sampai aku ajak kayuh basikal pun dia tak mo ikut..
Tu tengah bersungguh2 menolong abahnya
anak soleh la katakan....AMIN!!!

1 comment:

cho_zila said...

syani duk batang kali keje gomeneker? orang ipoh kat mana yerk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...