Wednesday, June 8, 2011

TAHAP PROFESIONALAN AKU MUNGKIN SAMPAI DI SINI

Haku dalam dilema lagi..
Nak teruskan atau tidak???
setiap tahun dilema ni datang menjelang tengah tahun

Tak habis2 aku dengan dilema ek..
menyampah tul!!!

Meh aku story pelan2 kat korang
minggu lepas aku dapat surat dari MIA
biasa la pasal subscription la tu...
[ade je la mende yang sampai nak menghabiskan duit aku ek..]
setahun nak kena bayo RM250 lak tu
every year member kena bayar sebelum 30 June
tapi aku ni ketegaq... dah dapat warning letter baru terhegeh2 nak bayar



Diam tak diam dah 3 tahun aku berstatus CA [Chartered Accountant]
wallawei... tauliah la sangat kan...
walhal kat namecard aku pun tak taruk perkataan CA tu..
tapi aku ni bukan la active member pun
sekadar pada gelaran yang tak guna tu saje..
dan satu2nya benefit yang aku dapat selama ni
hanyalah free subscription of Accountants Today
[dan aku tak pernah pun khatam baca magazine tu... MALAS!]


Dah terperuk status aku selama 3 tahun
so aku rasa dah malas nak continue lagi
sebab aku rasa takde maknanya benda tu semua
[walo aku letak dalam resume tu, takde dipandang dek orang pun]
maybe le sebab aku bukan apply kat tempat yang sesuai kot

Ok la whatever... so untuk apa profesional itu kalau takde makna kan??
so better aku settle down [umur pun dah tua]
dah malas aku bertitle CA yang tah apa2 ni
takde apa nak dibanggakan sangat dengan CA tu..
at least aku dah dapat apa aku nak selama ni

Aku nak jadi akauntan ---> sudah pernah jadi masa kat KIDR dulu
aku nak status CA ---> aku dah dapat since 2008 [susah gak nak apply tau]
so takde lagi hasrat yang aku nak dalam kerjaya aku
[nampak sangat takde wawasan!!!]

Maybe ini tahun akhir aku sebagai CA
nak tulis surat signing off as MIA member effective next year
agak2 wajar tak aku buat camtu???

5 comments:

a kl citizen said...

tak reti nak ko,men, sbb saya pun bukan akauntan.. tapi memang susah nak dapat title tu kan, sayang lah pulak kalau dibuang. kalau tak jadi member, maka hilang ke gelaran CA tu? tu yang musykil...

SYANI said...

Kak,
Only registered member boleh pakai gelaran CA. Maknanya salah le kalau letak CA pada nama sendiri kalau bukan member MIA.. Tapi tak penting pun CA tu pada saya..heheheh

nuraz said...

dear...akk yg dah keja jd akauntan 6thn kat gomen ni lagi ler...x penah register pun...hihi..

SYANI said...

Memang tak wajib register pun kak. Tapi kalau akak tengok tangga gaji orang yang reg dengan profesional body kan dengan yang takda kan lain.. Rasanya beza satu tangga gaji kalau tak silap. Tapi saya ni swasta so konon nak ada added value la..

Me said...

eden BANGKANG.. tetiba je kannn.. hurup beso lak tue... ekau bayo je la member fee tue... ada value nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...