Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 4, 2011

KENAPA MACAM RUMAH HANTU??

Entry ni adalah kisah minggu lepas
Masa tu aku cuti hari Isnin sebab semua babysitter aku  pi balik kampung
ade kenduri  kawin [cuti sekolah kan....]
nak tak nak terpaksa la aku jaga budak berdua ni

Dek kerana gambar ni lambat aku donload dalam laptop ni
so terpaksa la buat entry tertunda kan
tak kisah le... janji aku hapdet blog aku ni kan

Petang lepas Zohor tu, aku angkut anak2 aku pi bank
gaji dah masuk 3 hari sebelum tu tapi aku baru nak pi cucuk 
malas nak cucuk awal2 sebab nanti awal2 jugak habis gaji aku.
Dah alang2 ke bank so segala macam hal ehwal bank baik di buat masa tu jugak
takde la nanti nak mengulang banyak kali ke bank tu
lain la kalau ade hal2 yang tak dapat dielakkan kan

Bank yang ada kat Batang Kali ni pun cuma CIMB [area rumah aku ni la]
Public Bank pun ada tapi jauh sikit la
so masa pi CIMB tu aku nak le simpan duit dalam ASB sekali
sekali nasib tak baik lak sebab kaunter ASB kat bank tu bukak sampai kul 12tgh je
agaknya kerani tu ada hal kot, so pak guard tu suh aku try kat pejabat pos
makanya terpaksa la aku gi ke pekan Batang Kali [aku duduk Bandar Utama Batang Kali]

Kalau ikutkan tak le jauh mana tapi takleh le jalan kaki kan.. mau tercabut lutut nanti so kena naik kereta jugak le
masa aku parking kereta tu si Adib tanya "kita nak ke mana ni mama?"
Aku cakap le nak pegi Pejabat Pos [Pejabat pos tu kecik je kat tepi jalan]
takkan la pulak nak parking kat tepi jalan tu kan, so aku kena la parking kat area kuaters usang sebelah pejabat pos tu. 
Disebabkan kuaters tu dah memang buruk dan dah lama ditinggalkan si Adib cakap la "kenapa rumah ni semua buruk, macam rumah hantu"
Pastu aku cakap la "rumah tu dah takde orang tinggal, kalau sape degil, Mama tinggal je korang kat sini"
Mencecet la budak dua orang tu folo rapat2 belakang aku... Tahu pun takut.. Hehehehe
 -ni la rupa pejabat pos tu dari tempat aku parking kereta-

Masa aku sampai sana dah pukul 3.30 ptg. Nasib baik la orang tak ramai so by the time aku nak berurusan tu kaunter ASB tak tutup lagi. Dah Alhamdulillah line pun tak offline. So semua urusan berjalan lancar.

Sementara menunggu turn tu sibuk pulak si Adib ni nak pegang beg aku. Siap sangkut kat bahu tu... Abah ko pun pernah pakai henbeg mama camni..

Orang suh duduk atas kerusi, dia nak kepit celah kangkang aku. Takut rumah hantu punya pasal la tu.  Last2 letih berdiri, dia mencangkung pulak...


2 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

tau pun takut ekkk...hehehehe

azhariahzuber said...

kami baca tak elok takutkan anak dgn hantu...hehe.....sebenarnya mak org pun takut gak..