Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 24, 2011

YAYA YANG KECEWA

Hari ni pi ambil report card Aleeya kat tadika
Seawal jam 8 pagi aku dah terpacak kat depan pagar
itupun bukan la aku orang pertama sampai sebab depan aku dah ada 2-3 orang tengah cakap dengan cikgu. Maybe nak tahu prestasi anak2 masing2 le tu.

Aku terpaksa datang awal sebab aku hanya mintak time-off je
so kalau datang awal boleh la awal jugak bergerak ke opis
giliran aku sampai lepas turn 2-3 orang tadi tu

Masa cikgu bagi fail & buku laporan Aleeya
aku berdebar2 jugak la kan, kot2 la result anak aku tu tak berapa elok
selak la satu-satu mukasurat sampai le ke mukasurat markah2 periksa dia
Alhamdulillah semuanya A [ada 8 subjek - so ada 8A]
pastu tengok pulak kedudukan dia dalam kelas
dapat no 6 daripada 28 orang... not bad jugak
[walopun aku target dia dapat no 3 ke bawah]

Pastu mata dia pun bergenang siap cakap
kenapa Ya asyik dapat no 6 jer?? 
[kebetulan tahun lepas punya periksa pertengahan pun dia dapat no 6 jugak]

aku tahu dia kecewa sebab dia memang nak sangat dapat no 1
lagipun abah dia janji nak bagi hadiah kalau dapat no 1-3 je
maybe dia risau abah dia tak bagi hadiah kot.


Last2 aku pun pujuk dia
Mama tak kisah Ya nombor berapa pun, Ya dah buat yang terbaik dah kan??
Lagipun semua markah Ya tinggi, 90-100, ok la tu. Semua A lak tu.
Mama dulu pun tak dapat markah cam ni [terpaksa tipu la sikit2 kan]
Periksa akhir nanti Yaya cuba buat lagi baik tau.

Pas balik sekolah aku tengok dia muram je
pas hantar dia kat rumah mak mentua aku, aku pun citer la pasal result dia
jenuh la opah & atuk memujuk sebab tengok dia cam tak happy
siap atuk & opah puji2 result dia tu
pastu baru la dia OK.. baru la pastu aku gerak gi opis

Aku paham perasaan kalau apa yang diinginkan tak tercapai
Kecewa memang ada, tapi kita kena teruskan dan cuba capai yang lebih baik
itu la cabaran namanya kan??

Kita ibu bapa pun takleh bagi high expectation pada anak
patutnya kita tahu kemampuan anak kita
apa yang dia capai, adalah apa yang dia mampu capai
cuma kita boleh bagi semangat supaya dia lebih berazam untuk mancapai yang terbaik..

** Takpe Aleeya, you still have a long way to go. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 Mama.

2 comments:

mzhany said...

betol tuh, kang nanti anak tensen kan sbb duk nak penuhi impian mak ayah yg terlalu tinggi. kena gak tgk kemampuan anak kan....

♥MAMASYAZA♥ said...

bagus dah tu, cuma sekrg ni ramai murid2 yang pandai...semoga yaya terus success, insyallah mesti ayah bagi hadiah gak nanti kat yaya