Tuesday, August 28, 2012

KENDURI KAHWIN KAZEN @ PANTAI REMIS

Hari Raya kedua baru aku balik Ipoh
Hari Raya ketiga balik kampung hubby kat Paris PARIT jew
[dah 3-4 tahun kot tak pi Parit tu]
Raya keempat balik kampung aku pulak kat Pantai Remis, Perak
sebabnya nak attend kenduri kawen sepupu aku

Mak abah aku lepas subuh dah bertolak balik Pantai Remis
Aku & adik beradik aku gerak lewat sikit
[ye la kan, masing2 nak mengisahkan anak2]
Acik & wife je tak ikut balik sebab deme dah ke sana semalamnya
[lagipun dia nak ambik kunci rumah baru dia hari tu]

Kami bertolak dalam pukul 11.30pg
[tak le jauh sangat dari Ipoh... dalam sejam setengah sampai le kampung aku tu]
Malas ikut highway sebab takut jem, so kami ikut jalan Parit-Beruas-Pantai Remis
[jimat sikit tak yah bayar duit tol]

Dalam kul 1tgh kami pun sampai
Panasnya usah citer la... orang pun dah tak berapa ramai dah
Sampai2, salam la dengan sedara mara yang ada, terus gi makan
[Lapo weh.. sebab pagi tu makan nasi lemak je kot]
Lauk pauk kenduri tu takde la grand sangat TAPI serius SEDAP kau...
Aku ni pulak sejak habis pose, cam kemaruk makan nasi pulak
& tak pernah2 aku buat perangai gi tambah nasi kat kenduri kawin
Yaya & Adib pun makan habis gak... maybe sebab lapo kot

Yaya kalau dah join dengan Mak Teh & Mak Su dia, memang asyik bercamwhore je la...



Kami parking kat rumah pak sedara aku yang setentang dengan rumah arwah nenek aku
[Pak Uteh buat kenduri kat rumah ni sebab kawasannya luas & lagipun buat masa ni Pak Uteh & family yang stay kat rumah pusaka tu]
Kena lintas jalan dulu... 


Habis licin pinggan makan nasi... lauk simple je tapi sedap

 Ni anak sedara aku- Humaira [anak Angah] dengan  Tok Su dia. Tok Su tolong dukung sebab ibu dia nak makan...

Lepas makan2 kami lepak dalam rumah dulu.. Panas siot kat bawah khemah tu. Dah le kipas tak berfungsi kat khemah yang kami duduk tu. Makan la dalam kepanasan.

Si Humaira suka la dapat lepas bebas dalam rumah.. 
Ni pelamin sempoi kat dalam rumah [takde sanding2 ok]

Lepas lepak2 sejam dua kami pun nak gerak balik ke Ipoh
Ingatkan nak pi beraya rumah babysitter Adib kat Sg Tuntung tapi sebab badan dah penat & cuaca yang membahang, terus buat aku takde mood nak pegi raya. Masuk kereta pun rasa cam masuk dalam oven. [Ini la bahana kereta kaler hitam luar dalam.. ish..ish..]
Mak & adik bongsu aku... Manje banget la tu...

Bye, nak balik dah!

Sementara lai aku dok panas enjin kereta & keluarkan wap2 panas.. lepak2 dulu depan rumah Pak Su.. Nasib la ada kerusi kusyen
 Tah apa la si Adib ni cakap.. Aku dah barai dah masa ni.. letih beno rasanya badan..
 Abah aku ni tengah panas pun nak posing gak..

 Apa punya pesen la Adib oi..

 Family aku.. [tapi tak cukup korum pun..]

On the way balik Ipoh.. Yaya dah cabut tudung dah.. panas katanya...

Kami sampai Ipoh pun dah dekat pukul 6 petang. Malam tu pulak pakat nak makan Domino's Pizza. Mementang la kedai Domino's tu dekat dengan rumah mak aku.. Alhamdulillah, 6 keping pizza dah selamat dikendurikan malam tu... Tapi tak puas kan makan pizza, nak kena makan nasi jugak!

4 comments:

Cho Zila said...

selalunyer yang simpletu yang sedap... memang gituler...
pergi kenduri kawen aka jumpa sedara mara berayakan....

:: Mrs.Eady :: said...

loiiikkeee..family picca!!

munna said...

time kenduri ni lah selalunya dapat jumpa sedara mara yg susah nak jumpa... selamat hari raya dan maaf zahir batin dari munna sekeluarga

Dee said...

betullah..yg simple tu lah yang plg sedap..hari raya kedua dee pun panas membahang boleh lak keta hubby aircond dia buat hal..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...