Monday, August 13, 2012

DUIT RAYA DULU, DUIT RAYA SEKARANG

Semalam sementara menunggu waktu buka pose
sempat la menyembang2 dengan beberapa orang jiran tetangga
[Cik Besah ofkos la join sekali ... dia kan pengerusi..]


Pastu cerita la perihal anak2 masing2
especially peel & karenah anak2 sempena nak raya ni

Pastu termasuk la citer pasal duit raya anak2
Bukan pasal berapa yang diaorang mintak, tapi nak beli apa dengan duit raya


Kalau dulu, budak2 selalunya kalau dapat duit raya mesti nak beli beskal la, barbie doll la, video games la. Tapi aku ni seingat aku jarang menyimpan impian nak beli apa2 guna duit raya pun. Paling2 pun aku bagi mak aku suh simpan kot. Lagipun dulu aku punya duit raya bukannya banyak pun. Paling banyak pun pernah dapat dapat RM100 kot.



La ni budak2 sekarang, kalau RM100 tu kira sikit la kan. Ada yang siap dapat beribu2 lagi kan

Back tu cerita semalam, anak2 jiran aku dah ada plan nak beli apa guna duit raya diaorang
Ada sorang tu nak beli henfon, dan ada sorang lagi nak beli kontek lens
Kontek lens uollllls.... Aku kalau umur2 dalam sekolah menengah tu aku tak heran la sangat
Tapi budak ni baru darjah 5 tau... peh... dahsyat budak2 sekarang bergaya kan??
[Anak dara aku nanti apalah pulak yang dia nak beli nanti kan???]

Anak2 aku, setakat ni tak pernah la pulak aku ajar deme request apa2 guna duit raya

Selalunya aku cakap, bagi kat mama duit tu, nanti mama simpan dalam bank
Diaorang pun asal dapat duit raya, terus handover kat aku suh simpan
Buat masa ni macam tu la tiap2 tahun pun
Tak tahu la pulak 2-3 tahun nanti cemana pulak.


Anak2 korang cemana lak??? Nak beli apa guna duit raya?

7 comments:

Kesuma Angsana said...

yg kecik oklah suh kita simpan, yg besar2 50-50 separuh tu dah ada plan len nak buat dgn duit tu!

lieyalatif said...

wahhh dasat tuuu...nak beli contact lens...darjah 5 lak tu heheeheh...budak2 zaman skrang....

lieya selalu masuk asb jek duit2 budak2 nie.....

kakngah said...

mag ai! baru jah 5 dh ada impian pakai kontek lens...
biasa aku bg can diorg beli apa dirog nak dlm sekian2 amount. selalunya diorg nak menan la. baki, masuk bank mak ayah. eh! bank hanak2... ahaks!

♥ ROS ♥ said...

Mak aihh.. Harap mak dia pertimbangkan lah permintaan tu.. Ros dulu duit raya simpan bank jer.. Sayang nak guna :p mcm2 kan budak skrg..tkuttt...

Rasp said...

mak aiiihhh...
ada ker yg dpt sampai beribu tu sis????
pergghhh dasyat tu....

my kids takat nie takde planning gitu...
semuanya simpan dlm bank....
tapi maybe this year ada kelainan kot...
sbb 2 org dah besor panjangkan...
mungkin dorang nak guna ke apa....
i jez gonna wait and see lah...

Eliss Mie said...

eliss anak br 4 tahun, so memang eliss jer laa simpan duit dia :p kadang2 terguna tapi ganti balik.hahahaha

mr icham said...

"nanti haikal ada duit, haikal nak tifon macam ayah...ayah beli la..." itu la dialog anak aku masa lalu kat kedai henfon kat shopping mall...tapi dengan duit raya, belum la dia request ape2...ingat tifon tue sekupang dua ye ekal...ha ha ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...