Friday, September 9, 2011

TEKNIK MENGURUT SUAMI

Mai..mai..dekat..dekat.. rapat..rapat
Kalau korang sayangkan suami, jangan segan silu baca entry ni

Rasanya para2 isteri mesti dah biasa dengar "CAKAR HARIMAU"
Tapi korang tau ke cemana nak buat teknik tu
bukannya suruh harimau tu cakar laki ko.. 
kang tak pasal2 menjanda lak jawabnya
[eh... ada can kawin lain ekekekekek]

Sapa nak jadi isteri mithali, boleh la praktikkan teknik ni kat laki korang
kot2 la bertambah erat kasih sayang suami isteri
Tapi silalah lakukan dengan kasih sayang tau
jangan ganas2 lak, sakit la laki ko tu..


1. Mulakan dengan urutan2 lembut di  tengkuk suami. Picit2 la tengkuk tu sebab di situ banyak urat2 tegang yang perlu diuraikan.

2.Urutkan bahagian bahu hingga ke lengan

3. Buat 'jemput-jemput" di bahagian tulang belikat

4. Inilah sentuhan yang cukup penting & perlu kreatif. Mulakan dengan 'cakaran harimau' [refer pic no. 4]. Gunakan kuku yang telah dipotong, bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

5.Cakaran itu hendaklah diselang selikan dengan 'urutan labah-labah' [refer pic no.5], bermula dari pinggang membawa ke tengkuk [terbalik dari cakar rimau]. Perlu diingatkan cakaran hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

6. Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, tepuk2 bahagian belakang suami dari atas hingga pinggang.

7. Kali ni buka genggaman tapak tangan dan tepuk2  lagi bahagian belakang suami. Ala2 karate gitu. Jangan buat kuat2 lak. Tak pasal2, laki korang karate balik kang.

8. Lepas urut suami tu,bisik la kat suami kata2 sayang cam I Love You ke, Aishiteru ke... ikut suka korang la..


Aku pernah buat ni sekali je kat laki aku. Tapi aku takleh nak urut lama2 sebab tangan aku ni pesen cepat lenguh. Memang takde talent jadi tukang urut pun.. Sesape ada petua tak supaya tangan tak cepat lenguh kalau mengurut???


** Kalau isteri ada teknik cakar rimau untuk suami, teknik apa lak suami nak guna untuk urut isteri???

2 comments:

NM02 said...

no. 9







^_^

gedek! said...

uncle selalu 'urot-urot manja' kat isteri....


ehem ehem...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...