Monday, September 26, 2011

JUMPA MEMBER LAMA MEMANG BEST

Masa balik Ipoh untuk majlis kahwin adik aku
sempat la aku pi jumpa member lama masa belajar kat UUM dulu
Rasanya sorang tu dah 6 tahun tak jumpa , namanya Mariam..a.k.a Ri
Yang lagi sorang tu pulak dah 3 tahun tak jumpa, namanya Maznita a.k.a Ita
Ni kiranya beraya secara tidak formal la ni... [bulan raya kan tak habis lagi]

Masa tengah sibuk2 preparation kat dewan majlis
Aku cau kejap pi Simpang Pulai [rumah kawan aku kat situ]
Ajak la adik2 aku & si Adib ikut sekali
Si Yaya tak nak ikut sebab nak berkepit dengan opah dia

Direction nak gi rumah Ita ni tak le susah sangat
tapi sebab first time nak pegi, ada la tersesat2 sikit
alhamdulillah, finally sampai gak kat rumah dia yang besar tu
[dia duk cluster house tau... besar lak tu... jeles ahkak!]

Sampai rumah Ita ada la dalam kul 6.15ptg
Tak lama pastu baru la si Ri sampai
Borak punya borak sambil makan kuih raya sampai tinggal serdak
sedar2 dah pukul 8 malam weh.. tak sedar diri kalau dapat bersembang
Ish..ish... kalau ikut hati nak je sambung borak
tapi disebabkan nanti tok laki aku bising, kena la minta diri dulu
[hasben aku tinggalkan kat dewan dengan bapak aku...hahaha, dia pun bukan suka ikut bini dia pegi menjoyah]

Sebelum balik baru teringat nak tangkap gambo
Masa dalam rumah langsung tak ingat
Ini je la sekeping gambo candid yang ada [sib baik adik aku usung kamera]
Aku tengah berlawan badan dengan Ita, sape lagi besar
Tinggal si Mariam je le yang menten kecik & kurus [dia ni businesswoman tau]

** Aku masih pakai T-Shirt UUM  kepam  yang dah berusia 10 tahun tu..

2 comments:

NM02 said...

hamboi

memasing kusyuk becerita

kakyong said...

memang best dpt peluang berjumpa kawan lama.. kakyong pun dah lama tak jumpa kawan2 kampus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...