Tuesday, September 13, 2011

BOTOL PERFUME

Masa tengah rajin & ada mood, kalau boleh setaip almari nak kemas
Setiap sudut nak sapu, setiap laci nak susun
Hujung minggu lepas mood mengemas datang balik
Kali ni bilik Yaya pulak jadi mangsa.

Kalau ikutkan bilik Yaya ni bukannya kotor & bersepah pun
[sebabnya dia pun tak tidur kat situ]
Almari & laci bilik dia pun bukannya penuh dengan baju2 & perkakas Yaya
Tapi penuh dengan kain saprah, lapik meja, cadar, selimut & langsir je

Tapi ada satu drawer almari dia, memang aku spare untuk isi botol pefume yang dah habis
Dah penuh pun drawer ni.. so operasi menyahbuang terpaksa dibuat


Aku pun tak tahu apa jadahnya aku simpan botol2 ni
Bukannya ada isi pun
So aku pi la gugel, kot2 ada benda boleh buat dengan botol2 ni
Banyaknya kata boleh buat refill, buat perhiasan, buat pasu, buat jewellery pun boleh
Tapi tak sesuai la untuk aku buat semua tu
Nak buat perhiasan pun bukannya lawo pun botol2 tu semua

Sebelum tu, susun dulu botol2 tu semua
Mana nak simpan, mana nak buang, kena asing2 dulu
[ada lagi hasrat nak simpan tu]
Banyakkan??? Kalau kira2 dah berapa ribu duit aku habis beli benda alah ni
Kebanyakan perfume aku cap AVON je...
Cap ayam pun ada...aku tak kisah, murah pun takpe janji wangi..hehehehe


Yang kalerful ni sayang lak nak buang
Sebabnya sekarang perfume di dah tak keluar dah
So simpan balik dalam drawer..
Ada la lagi 4-5 botol yang aku simpan balik sebab sayang nak buang
Yang lain semua aku humban dalam tong sampah belakang rumah aku...hehehehe
Nak timbang kilo kat keling botoi pun, kaca bukannya laku.. 
Baik buang je la dari menyemak kat dalam rumah.

** Korang ada tak penyakit cam aku ni???

1 comment:

rasp said...

ada org hobinya simpan botol perfume tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...