Thursday, September 8, 2011

BARU TAHU GARLIC SPREAD NI ADA JUAL

Ahad lepas singgah Econsave Batang Kali untuk beli barang dapur
Nak singgah Pasaraya YST tutup la pulak
Bila dah masuk pasaraya besar ni tahu je lah
Makin rambang bijik mata tengok barang
mentang2 la banyak choice kan

Bila lalu kat tempat jual butter [sebab aku nak cari planta]
tetiba terpandang garlic spread ni
aku baru tahu rupanya benda alah ni ada dijual
[nampak sangat tak pernah singgah bahagian2 macam tu]
Ye la kan, aku bukannya pernah buat kek, biskut mahupun dessert yang nak pakai fresh cream ke, butter ke & whatsoever yang sewaktu dengannya .



Kat Pasaraya YST tempat aku selalu beli barang tu
bukannya ada jual mende2 alah tu semua. 
Ade jual butter & chesdale pun dah mujur dah tu

Walaupun mende tu tak termasuk dalam bajet dapur aku
tapi sebab dah jumpa kan & dah alang2 aku ke Econsave tu
aku rembat le sebekas..
Selama ni aku ingat kalau kat bakery tu
garlic spread tu depa buat sendiri
Sekarang ni dah mudah... tak payah susah2 nak gaul butter dengan garlic
Beli je yang ini dah siap dengan minyak zaitun & rempah2 nya

Sebelum buka bekas ni, aku ingat rupanya plain je macam planta tu
dah siap imejin nanti nak sapu atas roti pastu nak tabur oregano @ mixed herbs [stok berlambak lagi kat rumah]
Bila dah buka, jangkaan meleset, sebab herbs tu semua dah tergaul sebati




Dan2 tu jugak pi bakar roti
pastu sapu dengan garlic spread ni...
Sedap...... tetiba teringat garlic bread Pizza Hut


Ni rupanya bila dah disapu kat roti
Roti aku tu memang sengaja aku bakar sampai garing
baru la rangup...
Kalau ada mushroom soup musti lagi sedap....

** Agak-agak kalau makan banyak2 garlic spread ni nanti badan berbau garlic tak???

4 comments:

kakngah said...

cap buttercup ni jek yg sedap kat tekak aku...
buat roti bakar, lepas tu makan cicah ngn mushroom sup. sodap wey...

NM02 said...

wooooo

ai pun baru tahu

nak cari nak cari

harus ada mashroom sup jugak nnt

SYANI said...

Kakngah,
Masa saya beli tu pun brand ni je semata yang ada.. Yang lain tak pernah try lagi..

SYANI said...

NM02,
betui..betui.. kena ada mushroom sup baru cukup syarat..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...