Tuesday, September 20, 2011

KECUAIAN SEORANG MAMA

Malam Ahad lepas, aku nak le gosok baju sekolah & baju keje untuk minggu ni
Memandangkan Ahad tu jugak baru balik dari Ipoh
badan pun cam letih2 tapi tugasan wajib iron baju tu kena gak buat kan
[takkan nak bagi Yaya pakai baju kedut gi sekolah lak kan]

Aku pun tak tahu camana boleh jadi cuai camni
Baju first yang aku iron ialah seluar sekolah Yaya
baru sekali tenyeh iron, dah jadi cenggini

Berlubang besar ko!!!!


Bala sungguh... aku ingatkan iron aku rosak
sekali tengok kat setting temperature tu 
dah dekat nombor yang last sekali [paling panas la tu]
Adoyai.... cemana la aku boleh lupa nak cek kat situ
Selalunya setting memang kat 0 tapi yang ni alih2 tengok dah kat no 6
mana la tak terbako baju tu... [dah le kain cotton biasa jer]

Seluar Yaya yang terbako....
dah le kat betis lak tu, memang takleh kaver ngan baju dah




Sian Yaya, kena pakai seluar lama yang dah senteng
Sepasang lagi uniform kat rumah Cik Besah lak tu
[Cik Besah pulak tak balik2 lagi dari berpoya2 ke Terengganu]
SABOOOOOOOOOOOO je la...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...