Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 23, 2010

Tahniah Acik!!

Jumaat lepas dengan sengajanya aku ambik annual leave sebab nak gi konvo UiTM kat Shah Alam. Adik aku yang no.3 tu yang grad... Tahniah! Tahniah!!! Adik aku yang hensem ni [hensem ker???] baru je dapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.. kot2 la ade keje kosong ket tempat korang boleh la offer kat adik aku nih.. hehehe.. [Acik, aku tolong buat publisiti murahan untuk hang!]


Lepas subuh Mak, Abah, adik bongsu aku & aku bertolak ke Shah Alam. Jalan ke Rawang punya la jem toksah cerita. Sebab nak exit tol Rawang terpaksa la tempuh jugak. Sampai sana terus parking kereta & semua kena naik bas ke Dewan Konvo. Dahsyat tu.... dah lama rasanya tak naik bas ni.. Kali ni baru merasa setelah 5 tahun ...


Jauh jugak perjalanan naik bas ni. Kalau jalan kaki mau pitam 5 kali baru sampai ke Dewan tu agaknya... Sampai kat area dewan, hanya 2 orang je yang boleh masuk. 


Aku & Ana takde kad so kitaorang kena la lepak kat luar. Tak kisah la.. at least kitaorang boleh merayap kat ekspo konvo yang tak seberapa tu... Sempat la belikan bunga untuk si Acik.. [melayang duit akak ko ni...] Anyway, sekali seumur hidup ye dak??? Apa ada kisah...

 -dah tak dapat masuk dewan terpaksa la nengok kat skrin beso ni jer... tapi terlepas la pulak gambo si Acik!-

Lepas 3 jam berpanas & berpeluh ketiak bawah khemah, majlis pun selesai, so sesi tangkap gambo la pulak. Jenuh merayap mencari tempat2 strategik untuk tangkap gambo... Lenguh kaki berjalan sana sini. Dah tu kalau spot yang "panas" ramai la pulak umatnya.. Jenuh nunggu turn nak tunggu kawasan clear bau boleh tangkap gambo. Gambar2 yang aku tepek ni hanyalah dari henpon aku je... Banyak  lagi gambo dalam kamera abah aku..

-wah..wah cik Minah dengan cik Ana pun teringin nak pakai robe tu.. Sekali sekala nak merasa jugak ye...-

Lepas posing2, jam pun dah pukul 1 kitaorang pun nak betolak balik. Sib baik masa kitaorang tunggu bas untuk ke parking, dpat naik bas yang terakhir. Kalau dibuatnya lambat sikit alamat melecet2 la kaki aku nak berjalan ke padang kawat tu..[Gatai nak pakai kasut tinggi lak tu]  Nak balik pun berderet2 kereta nak keluar kat entrance gate.. Badan pun dah letih so terpaksa la kensel hasrat nak ke Jakel Shah Alam yang tengah ade offer 85% masa tu. Lepas hantar si Acik ke rumah sewa dia, kitaorang pun balik..

** Puas hati sebab dapat meraikan hari bersejarah adik aku. Walaupun hasben & anak2 ku tak ikut, sekurang2nya dapat menghabiskan masa dengan parents aku. Maklum la semenjak dah berkahwin ni masa untuk keluarga sendiri memang limited kan???

5 comments:

Kamsiah yusoff said...

tahniah utk ur bro yg ensem tu...dia mmg ensem hehe..

Kujie said...

tahniah.... selamat melangkah ke alam pekerjaan pula..hehe

tak sabar nak tunggu anak2 mcm gini pula...mgkn 3-4 thn nanti

SYANI said...

Kamsiah,
Kalau adik saya baca ni sure kembang semangkuk orang kata dia ensem...

SYANI said...

Kak Kujie,
Terima kasih singgah blog saya yang tak seberapa ni...

Sebagai mak, saat2 macam ni la yang sangat membanggakan..puas hati tengok anak berjaya

nieda said...

Utitm tgh konvo skrg, patutlah tgk kt sek 7, jakel siap buat promosi sempena konvokesyen..tahniah utk your brother. teringat zaman belajar dulu2..hehe