Thursday, May 13, 2010

Rahsia Senyum Yang Terabai

Tajuk ilmiah aku hari ni.. hehehe  SENYUM

Sila la senyum sambil membaca entry poyo ni.. Poyo2 pun berguna & berfaedah jugak untuk kita semua.Lepas baca ni korang kena rajin2 senyum kat orang. Senyum kan ke sedekah....

 -senyuman dari Yaya [si telinga capang] untuk korang semua-

Antara faedah-faedah senyum ni ialah:

1) Senyum membuat kita tampak menarik
Orang yang banyak senyum memilliki daya penarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu dan mengerut dahi membuat orang2 disekitar tidak selesa. Kalau diperhatikan, orang yang banyak tersenyum mempunyai lebih ramai teman.


2) Senyum mengubah perasaan
Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rileks. Automatik!


3) Senyum menghilangkan stress
Stress dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan dan sedih. Ketika kita stress, ambillah waktu untuk senyum. Senyuman akan mengurangi stress dan membuat fikiran  lebih jernih.


4) Senyum meningkatkan imuniti
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rileks.


5) Senyum menurunkan tekanan darah
Tak percaya??? Cuba catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum. Tekanan darah anda pasti lebih rendah semasa anda tersenyum.


6) Senyum menjadikan awet muda.
Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot. Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika  bermuka masam. Jadi muka akan kurang berkedut. Oleh itu dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.


7) Senyum membuat kita kelihatan sukses
Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih konfiden, terkenal dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tidak pernah lekang.


8) Senyum membuatkan fikiran positif
Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan?? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif  "hidup lebih baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.


9) Senyum murahkan rezeki & leraikan kesulitan
Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:

"Tuan guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Tuan Guru menjawab sederhana:
"Perbaikilah penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah SAW adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.Sebab menurut Rasulullah SAW salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."


10) Pahala dari senyuman
Biasa dah dengar Senyum itu sedekah kan?? Bila kita sedekah dengan ikhlas kita dapat pahala kan?? Jadi senyumlah pada suami/isteri, ibu bapa, anak-anak dan adik beradik kita. Jangan lak gi gatal2 senyum kat minah/mamat yang dok mengurat2 tu.. Bahaya!


Cuba praktikkan beberapa TIPS senyum ini pula. Insya-Allah anda akan lihat kehidupan anda lebih memuaskan.

Senyumlah ketika:
  • Bangun dari tidur - mulakan kehidupan dengan keceriaan
  • Selepas mandi - tubuh bertambah2 segar dengan mandian + senyuman
  • Sebelum memulakan sesuatu kerja - kerja yang sukar menjadi mudah
  • Buntu, masalah - fifkiran jadi terbuka, mudah dapat idea bernas & jalan keluar
  • Sebelum dan selepas ibadah wajib & sunat
  • Sebelum tidur - dapat leraikan "sampah" dalam fikiran. Tidur jadi nyenyak.
  • Setiap keadaan
Banyak cara kita boleh senyum. Nak atau tak nak sahaja. Bukannya kena keluar modal duit pun. Tapi inilah yang sering kita lupa. Sekarang kita dah tahu, kita faham maka amalkanlah. Untung pada diri sendiri juga, orang disekeliling pun dapat "habuannya". Tapi senyuman itu kenalah senyuman yang ikhlas bukannya senyuman sinis, senyum nak mengorat a.k.a senyum gatal mahupun senyum kambing macam ni...




3 comments:

~ Lady ell ~ said...

senyum menenangkan..ya,setiap kali tengok org senyum kita puntersenyum2..lebih2 lagi tengok gambak dak chumel yg senyum..:)

rATu kEBaYA said...

aduyai.. kambing tu senyum lagi menarik.. hui..

mamarempit said...

mane ada jual kambing tu syani...nk beli 2-3 ekor....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...