Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 18, 2010

Dah tengok Avatar.. tak best pun!!!

Entry beberapa bulan lepas ade la aku bertanyakan tentang citer Avatar ni best ke tidak. Dengar banyak review kat sotkabo, radio & tv banyak yang kata best. Sampai ade gak terasa mencanak-canak perasaan aku nak tengok.



Minggu lepas hasben aku dah pinjam CD Avatar tu dari kawan dia & hari Sabtu lepas aku anak beranak pun tengok la citer ni.. Start intro je aku dah boring... 10 minit pertama lagi la boring. Tah apa2 benda tah pasal sciene fiction ni. Pehtu kuar la pulak makhluk biru yang berekor tu.. Idak le lawo... macam  biawak je aku tengok. Adib sampai tutup2 muka cakap itu cerita hantu. 


Tak habis pun CD pertama terus Yaya tutup DVD player, tengok citer TV biasa... Terbukak la 8TV - nengok la citer Gol & Gincu [laki aku paling getik kalau nengok citer ni sebab dia kata menyampah tengok orang melayu eksyen cakap omputih]. Lantak la bang, u tak suka tapi i suke!!!!!!!!!!!!


Kesimpulan... avatar is definitely a no-no for me.. Baik nengok citer "Science Fiction"  Mat Sentul lagi best!!!

6 comments:

rATu kEBaYA said...

tgk science fiction mat sentul ye.. tapi oklah Avatar tu.. tgk sekali bolehlah nak berulang tu erm.. takderlah nampaknyer.. biru biji mata dibuatnya

eynda said...

Lain orang lain tastenyer hehe...

Azimah@Melati said...

avatar best tengok kat screen besar...sebab scenery nya sangat impress...

Queen said...

lain orang lain selera...dan avatar memang sesuai tgk di wayang...transition diantara digital dan real sangat smooth....


=(

Sang Karipap said...

Macam biawak? Hahaha


bicara-sang-karipap.blogspot.com

SYANI said...

peminat2 avatar jangan la marah.. ini pandangan saya sahaja tentang citer ni yang saya rasa memang tak sesuai dengan jiwa saya.