Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 4, 2010

Balik Kampung OOOO Balik Kampung

Sabtu lepas satu family balik kampung. Konon nak cuti Jumaat tu tapi hasben tak dapat cuti la pulak so kena la balik  Ipoh pepagi Sabtu. Acik pun ikut sama. Petang Jumaat dia sampai rumah aku dari Shah Alam.

Sesudah Subuh.. siap2 la nak balik. Nak sampai awal le kononnya kat Ipoh pastu after bekpes nak bawak budak2 gi main kat Taman DR.  Sebab cuti hujung minggu so highway agak lengang. Sejam setengah dah sampai Ipoh. 

-Gambar2 yang dicandid oleh Yaya sepanjang perjalanan -


Kitaorang makan kat Stadium. Punya la ramai orang. Jenuh nak cari space untuk kitaorang menyelit. Ingat nak makan roti canai FUAD tapi penuh. Last2 singgah la kat satu gerai ni. Tah apa namanya tah. 

Yaya makan "egg on toast".. sampai comot2 mulut dia!!

dah kenyang.. abah la bayar bekfes pagi tu... [Adib dah ajak nak gi main taman]

Nak singgah Pasar Tani pun tak sempat sebab budak2 dah mengaruk nak ke Taman DR.. [Baru ingat nak cari kerepek buat kudap2].

Tak lama pun kat Taman DR sebab hari panas.Lepas main kat padang terus balik rumah...
Ye..ye.. dah sampai...[Belakang tu bukan rumah mak aku.. cuma snap nama jalan je]


Punya la rindu kat mak, sampai lupa nak tangkap gambo rumah mak. Sampai je rumah, terus masuk dalam rumah peluk mak.. rindu sangat!!! Yang bestnya semua adik beradik aku ade kat rumah. Cuma abah je tak balik [maybe dia OS kot].

Malam kitaorang gi merambu kat Gerbang Malam. Tak beli apa pun saje je gi jenjalan. Dalam time camtu pun Yaya sempat beli sepasang Crocs tak original & aku rembat 4 helai tudung 5 hengget.. Jadi la buat pakai2 kat rumah... Mak pun rembat gak 2 helai tudung, tapi mak beli yang mahal lor... [Nak pakai gi keje kononnya.. Dia nak beli yang merelip-relip tu tapi takde yang saiz besar, last2 tak jadi... hehehe]

Kat kedai beli kasut si Yaya.. Gambo ni sekeping je pun yang ade masa kat Gerbang Malam tu. Tak leh nak snap lagi sebab si Adib sibuk nak berdukung.. Lenguh tangan aku!!

** Sape yang tak tahu kat mana Gerbang Malam tu, lokasinya kat Kamdar @ BSN. Kalau budak Taayah sure familiar dengan nama TOT a.k.a. TKK [kat tempat kita selalu beli ABC kalau keluar pekan tu.... ingat tak???]


4 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

eh, umah parent aishah kat tmn kledang ke? dulu ieda dok c2, tau sampai form 2, pastu pindah rapat setia. :) kadang pas balik kerja meronda jugak kat kwasan tu saja imbas main kat padang masa kecik2 dulu ngan kawan2, hehehe :)

AISYAH HANI said...

Saya duk kat Taman Alkaf, dekat dengan Billion tu...

lily lotus said...

ehh..ly dulu sek. teknik persiaran brash..tp tak stay ipoh..tercampak dari KL..hiks

Me said...

syanie... sgt ingat itu T.O.T.... hihihihi