Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 11, 2011

YAYA dan TADIKA

Isnin minggu lepas, macam mak2 orang lain jugak, menyibuk2 kat sekolah anak2 kan?, aku pun sama menyendat kat tadika si Aleeya.
[Ini cerita basi yer puan2]
Patutnya sekolah lain semua dah start belajar hari Isnin (3/1/2011) tu tapi sekolah Aleeya ni baru nak daftar & bayar yuran. Tak tahu la pasal apa depa buat camtu. Dah aku dapat surat tu kata macam tu nak buat cemana ye dak??

 nampak tak tu, sekolah start 4/1/2011


Tahun lepas Aleeya dah sekolah sini so takde problem pun nak menunggu dia sebenarnya. Tapi dah alang2 ramai yang bercuti hantar anak2 sekolah, aku pun join cuti jugak. Padahal anak aku baru je tadika.. hahahaha


Mahal jugak kan yurannya tu?? Ini baru tadika. Tahun depan dia darjah satu, makin bertambah le belanjanya.



Masa aku sampai sekolah Yaya, dah beratur panjang dah barisannya. Takpe.. sabar..sabar... Alhamdulillah tak sampai sejam dah selesai urusan pendaftaran Yaya. Tahun ni dapat baju unifom baru lak.


Esoknya, aku cuti lagi [2 hari aku apply AL]. Yaya pun bukan main liat nak bangun sebab tengok aku ade kat rumah. Jenuh gak nak pujuk2 dia gi sekolah. Dia liat bukannya sebab malas nak sekolah tapi nak suruh aku yang hantar ke sekolah. Cemana la pulak aku nak hantar, hasben aku bawak kereta pi keje, aku lak tak reti naik moto. Beskal pulak takde kat rumah. [Beskal bebudak tu ade la... takkan nak naik kot, mau patah riuk tengah jalan kang]


 Posing dengan uniform baru. Ade kaler kuning kat tepi & tangan baju. Dah macam bendera Kedah lak aku tengok!


Lepas usaha memujuk selesai, hantar Yaya ke rumah Cik Besah. Biar atuk dia yang hantar naik motor. Alhamdulillah le  ok je sepanjang perjalanan. Lepas hantar si Aleeya, atuk nak kena hantar si debab Syahir pulak. Dua trip atuk nak hantar setiap pagi.. Yaya masuk pukul 8pg, Syahir pulak pukul 8.30pg. Tu yang jadi 2 trip tu.
Mujurlah ade bapak mentua yang baik cam cik Zul ni. Kalau tidak, tak tahu le cemana nak mengisahkan anak2 aku tu. Terima kasih abah!

5 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

mahal gak yee..

munna said...

mahal gak yuran dia...baru tadika dah mengalahkan yuran budak sekolah menengah... swasta lah katakan cuba antar tabika kemas.. berapa je nak kena bayar kan....

Zainab Amir said...

mahal jgk yuran sekolah pasti...akak ingt murah..ingt nanti anak akak nk htr pasti..tp klu tadika lain kt melaka ni pun da RM1000..

SYANI said...

Ieda, munna & zainab,
ini pun dah kira agak2 dalam bajet la jugak. Nak hantar tadika KEMAS, hasben tak setuju. Tadika omputeh mahal la pulak so hantar tadika islam. Alhamdulillah banyak dah doa2 & surah lazim yang Yaya dah hafal.

Kujie said...

tadika memang mahal...tapi bila dah sekolah betul, tak semahal tadika.