Sepanjang hari ni, hujan turun tak berenti2 dari pagi sampai malam
Kain baju di jemuran langsung tak kering
Beskal baru pun tak bersentuh... nak kayuh pun tak dapat
[teruja nak testing 123... cuaca lak tak mengizinkan]
Sambil tengah syok2 gosok baju kerja & baju sekolah Yaya
tetiba ada SMS masuk... SMS dari biras aku
ajak main Sahibba kat rumah Cik Ana [jiran aku]
ok gak tu kan.. daripada dok tidur je cuaca sejuk2 ni kan
so cepat2 gosok baju, lepas off suis setereka, terus terjah rumah Cik Ana
kitaorang tak main dalam rumah pun, main kat belakang rumah dia je
sebab rumah dia kat belakang tu ade kanvas yang besar
so takde la kena hujan.. tempias sikit jer
Ha.. ni tengah khusyuk main ni. Start dari kul 3 sampai kul 6 lebih baru berenti.. Silih berganti la korumnya. Kalau aku balik rumah, orang lain lak ganti tempat aku. Tah berapa pusingan tah le semalam.. Tapi bagus jugak aktiviti kejiranan cenggini.Mengeratkan silaturrahim... Rugi laki aku tak join tadi!
No comments:
Post a Comment