Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 3, 2011

Baru Dapat Sofa, Benda Lain Pulak Yang Rosak

Kalau ade mende baru, tak sah kalau takde mende yang rosak dalam rumah ni.
Bukan sofa aku yang baru sehari dua tu yang rosak tau
tapi ade mende lain 
Semalam masa landing2 atas sofa, aku tenung la plaster siling rumah aku
baru aku perasan yang cornice aku tu dah lekang
bukan sikit2 lak tu lekangnya tapi sekeliling cornice tu
Risau la pulak kot2 masa aku ke, anak2 aku ke tengah lepak bawah kipas tu tetiba kang cornice to zrum atas kepala kitaorang. Tak ke naya. So petang semalam jugak panggil tukang datang repair. Tapi tukang tu takleh repair semalam, so hari ni dia datang betulkan.

Dah alang2 memanggil tukang tu datang rumah, aku mintak dia betulkan sekali pintu bilik air. Pintu bilik mandi rumah aku dah tercabut skru & patah penyangkuknya. Maklum la anak2 tengah mengganas, habis segala reta benda dalam rumah ni. 

Pintu bilik air yang lama sudah ditanggalkan.

Pintu baru yang bakal menggantikan pintu lama. Kali ni dah tak ambil pintu lipat tu dah.Guna yang jenis sekeping ni je.

Tukang dah sampai untuk repair cornice. Mana yang nampak cam nak lekang2 semua aku suh tampal balik. Cepat jugak la depa buat keje. Dalam 2 jam dah siap tampal cornice & tukar pintu bilik air.

Now cornice dah ditampal.. Sudah boleh bukak kipas tanpa segan silu...

Pintu bilik air pun sudah siap ditukar. Terjamin masa depan, pelaburan pun cerah. Dapat melabur dengan tenang. Kalau tak, everytime masuk toilet takut terbuka diterpa dek budak2. Mengaco persenal bisnes.. Sekarang tidak lagi..

[Tapi kan, aku tak pueh hati la nengok pintu baru tu. Ruang terlopong kat atas tu beso sangat & lagipun tukang tu pasang tak berapa kemas. Redho je la... Takpe nanti aku ade modal, aku pasang pintu lain]

3 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

mujur dah baiki, bahaya jugak kan kalo tak perasan :)

munna said...

nasib baik perasan awal2.. dibuatnya tiba2 jatuh kat bawah.. kan dah jadi lain nanti... cantiklah sofa baru tu... i likeeee

Me said...

ehem ehem... tahun baru segala baru ek.. makeover n make up rumah lagi.. pintu bilik air tue kena custom made kot.. sbb mcm tinggi dr biasa je... JELES TENGOK RUMAH KO YG KEMAS HOKEYYYYYYYYYYYYY... sekian terima kasih hahhahahaha