Wednesday, January 19, 2011

Asal Usul Nama Syani

Nama ko Aisyah ke Syani??
Nama ko Aisyah kenapa panggil Syani??


Itu antara soalan2 dari member2 yang tak satu sekolah menengah dengan aku. Hanya member2 sekolah menengah aku je yang tau kenapa depa panggil aku Syani. Tapi hari ini akan aku cerita asal usul dari mana datangnya nama glamer aku ni.

Buat yang tak tahu, nama penuh aku ialah NOOR AISYAH HANI
Masa sekolah tadika & sekolah rendah member2 memang panggil aku Aisyah. Tapi bila masuk sekolah menengah semuanya berubah. Ini disebabkan masa aku daftar sekolah  tu ade 3 orang nama Aisyah.  Sorang nama Aisyah [kena la panggil Aisyah kan??] , sorang lagi Siti Noraishah [Ni kitaorang panggil Iti]  dan lagi sorang tu aku la. Untuk mengelakkan kekonfiusan antara aku & Aisyah so depa panggil aku Aisyah Hani.  So bila dah selalu disebut & cakap laju2 so bunyi yang keluar terus jadi SYANI. Ha tu la yang melekat nama tu sampai sekarang..


So nama glamer aku ni berkekalan la sampai sekarang terutamanya pada member2 satu sekolah Taayah dulu. Bila masuk Uni pulak ade jugak beberapa orang member aku panggil aku dengan nama ni. Tapi majoritinya panggil aku Aisyah.

Alam pekerjaan pulak, tetap kekalkan nama Aisyah. Segan pulak nak guna nama glamer . Tak sesuai la pulak rasanya kan.Tapi untuk teman2 blogger, aku rasa better korang panggil nama glamer aku je. At least korang senang ingat address blog aku ni ye dak??? Tapi kalau korang nak panggil Aisyah pun tak salah. Dua2 kan nama aku jugak!!!

3 comments:

LYAfrina said...

hehehhe..
pgil aisyah la plok :-)

Shahayu said...

syani... saya setuju nama tu..glamer sikit nama syani ... sebab ramai org nama aishah... unik sikit la nak panggil .....

munna said...

yg mana pun tak kisahlah syani kan yg ptg orgnya tetap sama ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...