Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 12, 2011

Cara-cara Suami Harus Layan Isteri

Entry lepas aku dah kasitau cemana para isteri kena melayan suami masing2 kan
Ha, kali ni nak bagi tau untuk para suami cara2 sepatutnya melayan isteri pulak
Tak aci la kan kalau isteri je kena bagi layanan baik untuk suami
suami pun kena la layan bini baik2 jugak kan??



1. Jangan tidak pedulikan isteri yang tengah merajuk atau berkecil hati. Buangkan le ego tu, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk isteri dengan mesra.

2. Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. 

3. Jika isteri melalukan kesalahan atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4. Ambil berat akan kesihatan isteri. Segera merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa ke klinik.

5. Beri perhatian ketika isteri sedang bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. Mungkin ada luahan perasaan  atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6. Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh menimbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7. Ringankan kerja isteri di rumah. Kalau buat anak boleh buat sama-sama, jaga anak pun kena la sama2 juga. Bukan melepaskan tanggungjawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8. Jika keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jangan pulang lewat dan belilah sesuatu untuknya.

9. Seperti mana istrei perlu menjaga aib suami, begitu juga dengan suami. Suami juga perlu jaga aib isteri.

10. Elakkan untuk mengutuk isteri anda terutamanya depan orang lain.

11. Suami jangan kedekut. Jangan la sehingga barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain la cerita.

12. Jangan bersepah dan pengotor.  Kalau anda inginkan isteri yang bersih dan wangi, anda juga harus jaga kebersihan diri. Jika anda merokok, elakkan merokok di dalam rumah dan depan anak-anak.

13. Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu perbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la "ikut abang la... saya ikut jer" setiap kali suami meminta pandangan. Isteri jugak berhak untuk melontarkan pandangannya.

Kalau setiap pasangan suami-isteri menjaga adab masing2. Insya-Allah rumahtangga yang dibina akan bertahan lama dan dilimpahi dengan keredhaan Allah. Jom sama2 kita perbaiki kelemahan diri kita supaya kita lebih disayangi dan mendapat keberkatan Ilahi... Amin!!

1 comment:

So Shy Lady said...

salam,
curi ms jnguk syani...

alhamdulillah hubby akak sgt tiptop cuma akak je yg kurang tiptop huhuhu