Friday, January 7, 2011

23 Cara Isteri Kena Layan Suami di Rumah

Tajuk agak2 ilmiah untuk panduan para isteri sekelian 
sempena Jumaat yang mulia ni kan
[untuk panduan aku jugak... untuk memperbaiki mana yang kurang]
semoga kita sama2 mendapat keredhaan suami kita
[redha suami adalah redha Allah.. tak gitu??]



1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri. [Main point ni Cik Besah wajib baca ooo]

2.Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja. Senyuman seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.

4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.

5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

6.Apabila bercakap dengan suami pula, pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukannya menengking nengking.

7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.

8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukannya lebih sensitif.

9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah.

10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendaklah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.

11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.

12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.

13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan "Guna Dulu Beritahu Kemudian".

14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang ke rumah.

15. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

16. Air minuman suami pula hendaklah disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja.

17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah. Nak comolot pun boleh...

19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.

20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.

21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap I Love You dan I Miss You, kenapa tidak selepas kahwin?

22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan.

23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.



Sumber: Mingguan Wanita, September 2009

1 comment:

Ummi Talhah said...

bagus la entry ni, amek info praktik kat umah.hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...