Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 31, 2011

Dedication to all my friends

Salam semua,
entry ni aku tujukan  untuk semua ex-opismate aku yang setia membaca entry merapu aku
sama ada melalui blog ni terus atau melalui facebook
trying to be calm becoz i know i am going to miss u all
we have lots of memories together kan?? kan??

Lagu ni aku tujukan khas untuk korang
[abaikan je le videoklip tu.. yang penting liriknya itu]



Walopun pasni kita dah tak jumpa, rajin2 la jenguk blog aku yang tak seberapa ni yer..

Kasut Baru

Lunch time Jumaat lepas, telah menjejakkan diri ke JUSCO AU3. 
Mentang2 baru dapat gaji pastu dapat pulak duit angpau
mula la otak aku memikir nak beli kasut baru
ye la kan, memang dah lama benar aku tak beli kasut
1hb Feb dah nak start keje tempat baru
takkan nak pakai selipar lak kan [macam yang selalu aku pakai kat opis ni]
jatuh la stendet aku [stendet sangat la aku ni konon!!]

Pusing punya pusing jumpa jugak la kasut yang berkenan di hati...
 Amacam?? Ok tak??? Takde la mahal sangat... sesuai la dengan bajet ciput aku tuh...

Pastu jenjalan lagi la kat shoes department tu. Sekarang kan tengah offer so macam2 pattern ade kat sana. Tetiba aku ternampak kasut ni.. Berkenan la pulak especially yang kaler merah tu..[sebab aku nampak ade patung display tu pakai kasut ni].


Ade 3 kaler- merah, kelabu & dark brown. Tapi hati aku macam tertarik kat yang kaler merah tu. Memandangkan tujuan aku ke sana sebab nak cari kasut keje, so aku tak beli la kasut flat ni. Tapi sebelum blah dari situ, sempat lagi aku ngan member2 posing dengan kasut ni. Pakat try sorang satu.Kebetulan pulak kami bertiga pakai kasut saiz yang sama... Saiz 7.. [gedabak kan kaki kitaorang...]

Sangat cantik dan sangat sangat sangat selesa. Aku tak tipu wei... Harganya pun idak le mahal... RM49 jer. Kalau aku jumpa kasut ni before aku gi Langkawi tahun lepas, sure aku dah rembat satu. Tiga2 kaler pun cun... mana satu nak beli ni???

Angpow CNY

For the first time ever
dapat angpow CNY yang agak besar jumlahnya
sebelum ni pernah jugak dapat angpow dari bos tapi RM10 jer

Jumaat lepas tak semena-mena sorang client opis aku ---> to be precise dia tu Dato'
[memang client tetap la kot, sebab banyak file dia bukak kat opis aku ni]
tetiba dia dengan bermurah hati kasi angpow kat aku
walaupun aku tak pernah berurusan direct dengan dia
[thanks to K. Laila & K. Anna sebab buka mulut pasal ke"resign"an aku]

 RM 50 tu..... sukanya hati aku!!!! Alhamdulillah!!


** Duit ni aku buat beli kasut baru...hoyeh!!!  ngeh..ngeh..ngeh..





Rezeki Minggu Terakhir Aku..

Minggu ni minggu terakhir aku di kompeni sekarang sebelum aku berhijrah ke kompeni baru minggu depan. Sepanjang minggu lepas berebut2 orang nak lunch date dengan aku.. Tetiba rasa femes sekejap.. Ada jugak orang sudi nak belanja aku makan.. Bab makan2 free ni memang aku suka sangat.. [Kengkawan aku pun sama syok dapat tumpang sekaki.. kan?? kan???]

Isnin : Ada yang ajak lunch sama tapi aku terpaksa tolak sebab aku pose ganti.. Time lunch aku pi lepak2 dengan member kat Carrefour je.

Selasa: Hari ni makan semua sendirian berhad... 

Rabu : Supplier belanja aku & the geng lunch kat Pizza San Francisco. Itu je le pun tempat yang agak berprestij kat area opis aku ni. Nak pegi jauh2 takut nanti tak sempat sampai opis kul 2. Tau je la lunch hour kat opis aku tu sejam je..
Sementara menunggu supplier tu datang, kitaorang oder & posing dulu..

Ha, ini la Calvin.. supplier yang repair, service & supply komputer kat opis aku. Kalau komputer/ laptop aku rosak, aku selalu suh dia je yang repair... Pasni sapa la nak repair komputer aku kalau rosak... *sedey*

Posing bersama.... Going to miss u all nanti!!!

Khamis : Ade member opis aku belanja lunch jugak.. Alhamdulillah... jimat belanja aku!

Jumaat : Aku belanja satu opis makan nasi lemak masa breakfast. My last treat untuk rakan2 sekerja.  Pastu  dapat angpau pulak dari sorang client. Alhamdulillah.. rezeki hari Jumaat. Petang pulak ada jamuan farewell untuk aku. Terharu okeh!!!! Tapi aku kan control macho... Tak main la nangis2. Bab hari Jumaat ni nanti aku buat entry khas..sila bersabar ye...

Pada semua yang telah belanja aku makan, terima kasih banyak2.  Lepas ni tah bila2 kita akan jumpa lagi... Tah bila2 lagi la aku nak merasa korang belanja aku makan lagi...

Sunday, January 30, 2011

Aktiviti Hari Hujan

Sepanjang  hari ni, hujan turun tak berenti2 dari pagi sampai malam
Kain baju di jemuran langsung tak kering
Beskal baru pun tak bersentuh... nak kayuh pun tak dapat 
[teruja nak testing 123... cuaca lak tak mengizinkan]

Sambil tengah syok2 gosok baju kerja & baju sekolah Yaya
tetiba ada SMS masuk... SMS dari biras aku
ajak main Sahibba kat rumah Cik Ana [jiran aku]
ok gak tu kan.. daripada dok tidur je cuaca sejuk2 ni kan

so cepat2 gosok baju, lepas off suis setereka, terus terjah rumah Cik Ana
kitaorang tak main dalam rumah pun, main kat belakang rumah dia je
sebab rumah dia kat belakang tu ade kanvas yang besar
so takde la kena hujan.. tempias sikit jer

Ha.. ni tengah khusyuk main ni. Start dari kul 3 sampai kul 6 lebih baru berenti.. Silih berganti la korumnya. Kalau aku balik rumah, orang lain lak ganti tempat aku. Tah berapa pusingan tah le semalam.. Tapi bagus jugak aktiviti kejiranan cenggini.Mengeratkan silaturrahim... Rugi laki aku tak join tadi!

Saturday, January 29, 2011

Anak dah ade beskal, sekarang giliran mama depa la pulak!!!

Jiran aku baru beli basikal selepas aku & dia berbincang nak beli basikal untuk ibu2 cam kitaorang. Konon nak beli sama2, alih2 dia dah beli dulu. Aku kena tunggu gaji la baru boleh beli...
Tujuan nak beli beskal:

1. Tak nak menyusahkan laki
[bini asyik kerah pi kedai jer ---> aku kan tak reti naik moto]

2. Tak nak menyakitkan hati aku
[kalau laki suka lengah2 kan sakit hati tu... baik aku terus pecut beskal pi beli barang yang aku nak kan]

3. Nak kuruskan badan
[macam2 usaha buat nak kurus.. tapi tak kurus jugak]

4. Nak mengisi masa terluang
[balik2 pi rumah cik besah, lepak bawah pokok mangga, ngadap internet... bohsan okeh!!!]

5. Nak beriadah bersama hanak2..
[alasan yang tah hapa2... selalunya kalau depa mengayuh beskal, aku kena turut jalan kaki kat belakang, sekarang kitaorang boleh cycling together2 ]

Pagi tadi sudah beli basikal baru.. Yey!!! Duit diadvancekan dulu oleh encik suami yer.. sebab si bini tak cucuk duit lagi...
Itu la dia beskal aku..Time ni tengah pam tayar.. tapi bocor la pulak.. 
Bang, nanti boleh tak sponsor buh bakul kat beskal tu???  Senang nak letak barang dalam tu...

Ganti dulu mana yang bocor... Lepas siap semua, sudah boleh kayuh balik rumah... Termengah2 aku wei sebab dah lama tak mengayuh beskal. PANCIT aku!!!

Sudah sampai rumah... boleh belek puas2... Beskal aku ade gear tau.

Aku tak pernah ade beskal ade gear,kalau ade pun adik aku punya mountain bike jer.So nya memang aku tak reti konsep gear tu,  aku main pulas je mana yang aku suka. Lepas hasben aku explain mana yang patut baru la aku tau kegunaannya... 

Kenapa beli beskal bergear tu??? Sebab laki aku pun nak join sekaki... cycling satu taman.. hehehehe

Ciken Pox Sudah Kering

Alhamdulillah lepas seminggu bergelumang dengan ciken pox, semalam tengok bintik2 kat badan Adib dah semakin kering. Dia pun dah makin ceria, makan banyak, cakap banyak, nyanyi pun banyak. Kalau nak tau dia sihat tak sihat, itu le tandanya. Kalau dah start membuas tu maknanya dah baik le tu.

Ni kat belakang dia.. dah tak gatal2 dah katanya.

kat dada & perut pun dah jadi kuping dah..

Kat muka pun dah ok. Siap boleh senyum tu ok la tu kan???

BIRTHDAY GIRL, BIRTHDAY GIFT

Takde mood nak citer... layan gambo je le
Baru balik dari Kedai Kek Su
Kek sudah beli
topi abeday tu pun kena pow sekali dengan depa
sorang satu lak tu


Menggedik dengan topi DORA..
Siap tayang gigi Spongebob dia tu..


Hadiah birthday untuk tuan puteri
Beli kat kedai depan rumah jer...
Ala2 rupa BARBIE jadi le....
Nak beli BARBIE original???? Tak kuasa aku!!!

Friday, January 28, 2011

Pantang H.U.J.A.N

Semenjak dua menjak ni kan ke asyik hujan je
Kadang2  renyai2 , kadang2 lebat
Tapi pada aku tak kira la renyai ke lebat ke
Aku terpaksa fobia dengan hujan buat sementara waktu




Payah jugak berpantang kalau berkenaan ciken pox ni yer...

Birthday Cake

Kalau ade birthday, mesti ade kek
Kalau ade kek tak semestinya ade birthday [pe benda la aku mengarut ni]

Sempena birthday Yaya bebaru ni, untuk melengkapkan majlis kena la beli kek
Kali ni tak pi jauh2 pun.. takde la kek Secret Recipe ke, Kings ke,  Wendy ke
Beli je kat Kedai Kek Su kat Batang Kali [Kak Su tokey kedai ni jiran aku dulu]
Banyak jugak le pilihan kek kat kedai kecik tu
Dalam banyak2 kek tu, yang ni jugak le pilihan Yaya
disebabkan Barbie tu la dia pilih kek ni..


Pas kakak pilih kek, Adib pun nak jugak
Maka terpaksa la aku belikan jugak kek ade patung Shin Chan separuh bogel tu
[sorry gambo tak dan nak tangkap]
Sib baik la kek2 kat kedai tu harganya sedang2 je
Dibuatnya beli yang SR, kopak la aku nak beli 2 biji....

Wednesday, January 26, 2011

Sejukkan Mata

Dah lama tak menukar wallpaper pc kat kat opis ni. Balik2 letak gambar sendiri & family kat skrin. Mentang2 dah nak meninggalkan opis "terchenta" ni so kena la set balik wallpaper ke asalnya ye dak. Dah tak leh buat macam reta menda sendiri. 


Sekarang sudah letak gambar ini sebagai wallpaper


Sejuk mata & hati memandang kehijauan dan air yang mengalir
Kalau ade sound effect lagi best!!

Monday, January 24, 2011

San Remo Eksperimen

Minggu sebelum kena ciken pox, aku try le masak makaroni instant ni
First time beli, first time cuba masak, first time makan
Tengok dalam gambo memang nampak sedap
so sangat2 berazam nak masak supaya menjadi
so aku folo step by step, siap dengan sukatan dia sebijik2 aku ikut
[sebabnya aku ni memang sentiasa mengalami kebarangkalian makanan menjadi tidak sedap]
aku takdak microwave so aku masak atas dapo je

dan hasilnya.....
dari rupa paras ---> macam agak menjadi
dari segi rasa ----> memang takleh blah...... masin giler!!!!! [walopun aku tak letak secubit garam langsung]
dan result ---> 99% memang tak jadi.... [aku dah agak dah!!!]

Ciken pox melarat lagi

Hari ni genap seminggu lepas aku kena ciken pox. Banyak dah yang kering tapi  ade jugak lagi yang belum kering sepenuhnya. Dah seminggu MC dan berelax2 kat rumah, malasnya nak pi keje hari ni.

Walopun aku kena kuarantin kat rumah, sampaikan takleh nak tidur peluk2 dengan laki & anak2, tapi tah cemana berjangkit juga penyakit aku kat anak aku. Selepas 3 hari aku kena ciken pox, Adib pulak menunjukkan tanda terjangkit. Hasben aku so far tak kena, maybe sebab dia dah pernah kena dulu2. Yaya pulak macam ada tanda kena ciken pox tapi tak seteruk Adib.

Masa ni second day mamat ni kena ciken pox. Masih boleh tersenyum riang sebab ciken pox dia sikit & kecik2 jer.

4th day pulak.. semakin banyak memenuhi badan dia.. Memerap sepanjang hari. Sian dia..

Tengok la dia punya lintik2 (bintik2). Besar2 pulak tu.. Sian sungguh. Aku punya pun tak macam dia. Kalau usap kepala dia kan, menggerutu2, takde langsung ruang yang rata.

Gambar ni snap petang semalam. Sian tengok dia tidur. Nampak sangat tak selesa sebab badan gatal. Tapi mujurnya dia ni tak kuat menggaru. Kalau selak baju dia ni, berbintik2 air tu penuh depan belakang. Kiranya dia punya ciken pox la yang paling teruk. Dah 5 hari berturut2 bagi dia minum air kelapa.

Hari ni tak tau la cemana dia kat rumah babysitter. Semoga Adib cepat2 beransur pulih. Kesian sungguh tengok rupa dia..Kesian anak mama..

Sudah 6 tahun lor...

21 Januari 2011 [Jumaat lepas] ---> tak habis2 duk entry basi
sambung balik
21 Januari 2011, genap la anak dara aku berumur 6 tahun
wow.. cepat sungguh masa berlalu rasa cam baru je aku beranakkan dia

Anyway,
HAPPY BIRTHDAY SAYANG
SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATIMU
** Jangan malas2 pergi sekolah yer...

Wednesday, January 19, 2011

Ciken Pox : Update Hari Ini

Assalamualaikum semua..
Masuk hari ini dah 3 hari aku MC. Chicken pox makin memenuhi segenap ruang badan & muka aku. Tersangat hodoh rupa aku sekarang. Dah le tu, gatal giler... Giler pun tak gatal camni..

Anyway, atas permintaan  member2 aku yang teringin sangat nak tengok aku yang dalam tempoh  kuarantin ni... Hambik la latest picture aku...Jangan terkejut udah le..

 Ini pandangan depan...
Nak lagi???

Pandangan dari sisi kiri & kanan muka aku...
[dah macam muka orang nak masuk jel pulak]

Ha.. dah pueh hati???? Aku tau la korang rindu kat aku.. kan?? kan???

Asal Usul Nama Syani

Nama ko Aisyah ke Syani??
Nama ko Aisyah kenapa panggil Syani??


Itu antara soalan2 dari member2 yang tak satu sekolah menengah dengan aku. Hanya member2 sekolah menengah aku je yang tau kenapa depa panggil aku Syani. Tapi hari ini akan aku cerita asal usul dari mana datangnya nama glamer aku ni.

Buat yang tak tahu, nama penuh aku ialah NOOR AISYAH HANI
Masa sekolah tadika & sekolah rendah member2 memang panggil aku Aisyah. Tapi bila masuk sekolah menengah semuanya berubah. Ini disebabkan masa aku daftar sekolah  tu ade 3 orang nama Aisyah.  Sorang nama Aisyah [kena la panggil Aisyah kan??] , sorang lagi Siti Noraishah [Ni kitaorang panggil Iti]  dan lagi sorang tu aku la. Untuk mengelakkan kekonfiusan antara aku & Aisyah so depa panggil aku Aisyah Hani.  So bila dah selalu disebut & cakap laju2 so bunyi yang keluar terus jadi SYANI. Ha tu la yang melekat nama tu sampai sekarang..


So nama glamer aku ni berkekalan la sampai sekarang terutamanya pada member2 satu sekolah Taayah dulu. Bila masuk Uni pulak ade jugak beberapa orang member aku panggil aku dengan nama ni. Tapi majoritinya panggil aku Aisyah.

Alam pekerjaan pulak, tetap kekalkan nama Aisyah. Segan pulak nak guna nama glamer . Tak sesuai la pulak rasanya kan.Tapi untuk teman2 blogger, aku rasa better korang panggil nama glamer aku je. At least korang senang ingat address blog aku ni ye dak??? Tapi kalau korang nak panggil Aisyah pun tak salah. Dua2 kan nama aku jugak!!!

Menunggu dalam kesabaran

Baru mintak adik aku donload gambar masa aku gi ambil offer letter hari tu. Lihatlah wajah2 insan gigih yang terpaksa menunggu dengan penuh kesabaran.. [Sebab kakak HR tu tengah meeting].


Adik aku yang tengah boring jugak tu mula la menangkap2 gambar apa yang patut. Gambar pokok bunga pun dia tangkap ko!! Anyway, thanks adik sebab temankan kakakmu yang tak nak sesat sorang2.. Hahahaha

Tuesday, January 18, 2011

The Pink Viva

Ternampak kereta ni kat Selayang masa on the way balik dari opis semalam
Korang pernah jumpa ke Viva kaler pink??? Aku first time jumpa.
Lawo ke kereta kaler pink??? Aku tak minat la pulak kalau kereta kaler cenggini. Kalau korang cemana pulak??

Sudah sampai.. MY USB CABLE

Have I ever told you all that my phone tak datang sekali dengan usb cable??? Setahu aku kalau phone jenama lain esp Nokia mesti complete dengan usb cable kan?? Tapi masa aku beli SE ni tahun lepas, memang USB cable tak datang sekali. Kena beli seperate lak. Memang camtu ke atau aku sudah kena tipu???

Dek kerana proses donlod mendonlod hanya berlaku melalui proses blutut jadi agak sukar jugak la sebab kena cari laptop @ PC yang ade blutut function. Dan jugak disebabkan insiden lepas dimana laptop aku masuk wad, so segala entry bergambar terpaksa ditangguhkan.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang, so aku kena buat satu tindakan lain ---> beli USB cable untuk henpon aku. Cari punya cari jumpa jugak la yang murah. [nak yang murah aje!!] Thanks tu lelong.com.my sebab menjayakan hasrat aku.. Minggu lepas sudah sampai...

 Ini la Usb kable yang baru. Aku beli saploh hinggit jer...
Pasni takyah susah2 tunggu balik rumah baru boleh donload gambo. Dengan adanya kable hikmat ni, kat opis pun aku boleh buat.. Cepat boleh update blog [konon!!!]

Waterlily | Memang sangat wangi

Baru beli franrance oil ni Jumaat lepas
beli kat Hinode Shop je.. 5 hinggit jer..[murahkan??]


Just add yang ini sebagai salah satu koleksyen

Sebelum ini suka beli Rose Bud & English Garden jer. Konon2 nak rumah wangi cam kedai Lovely Lace tu. Yang Teddy Tales dari LL pun aku pernah try. Tapi kan antara yang banayk2 tu, Waterlily yang paling kuat baunya. I like!!!! [Ni pengaruh Kak Juwita la ni...]

Sepanjang Sabtu & Ahad tu asyik mengaromakan rumah je dengan Waterlily. Semerbak satu hall..
Ini la burner aku kat rumah.. Pun aku beli dari Hinode Shop.

Aku & Chicken pox

Aku kena chicken pox dari Ahad lepas
tu yang tak update blog ni
tak tahan la wei gatal2 satu badan
first kena lak tu setelah berumur 32 tahun
tak suka!!!!!

Pagi semalam kena jugak pegi keje sebab ade budak baru masuk
aku kan nak berenti so kena la brief budak baru tu lebih kurang
lepas warming up sikit, aku pi klinik
doktor sahkan memang chicken pox so di bagi MC 4 hari
[4 hari?? kedekut tul doktor tu]
lepas balik klinik mintak tolong member opis sapukan ubat
sebab dah tak tahan sangat gatalnya
 tengok la muka budak yang dah kena selomo dengan ubat


Dalam kul 3 camtu, aku pun blah dari opis... malas nak duk lama2
rimas dengan keadaan gatal2 tu
petang tu gigih la laki aku pi cari daun mampu nak buat mandi ngan buah kelapa muda untuk minum
ini la rupa daun mambu, aku pun baru fes time tengok.
lepas je laki aku bawak balik. terus pi mandi dengan daun tu
orang kata boleh hilangkan gatal2 tapi kenapa aku tak hilang pun gatal2 tu
merenyam sepanjang malam okeh!!!! Benci!!!!

Saturday, January 15, 2011

Dah ambil offer letter

Semalam aku mintak half day. Takde mood nak keje pastu aku pening kepala & lenguh2 badan. Kebetulan pulak nak ambil adik aku yang kat UTMKL. Lepas ambil dia aku pun ajak dia singgah opis baru aku untuk ambil offer letter. Dah seminggu dah surat tu siap tapi aku tak berkesempatan nak ambil.

Perjalanan dari Wangsa Maju ambil masa dalam 45 minit la.[Bawa slow2 takut tersalah jalan]Sampai sana nak kena cari parking lagi. Alhamdulillah ade la parking kat area2 opis tu. Ingatkan kejap je sebab nak ambil surat tu je. Sampai2 kakak HR tu meeting la pulak. Tunggu la dia sampai habis meeting. Pas habis meeting baru la dia kasi surat tu.

Surat sudah ambil, sudah sign, uniform sudah fiiting & dah ambil [opis baru ni ade unifom weh!!!Macam orang keje kilang la pulak!!! Hilang mood nak melaram hari2..ekekekek!] Hari Jumaat je pakaian bebas. Yang best kan uniform hantar laundry tau. Tak payah basuh sendiri. 


Kiranya konfem la aku akan berhijrah awal bulan depan. Selamat tinggal opis lama.. Hello opis baru... [Aku ade bilik sendiri tau---> tak pernah berangan nak duduk bilik sendiri... Hehehe]

Friday, January 14, 2011

Victoria Beckham Hamil Anak Ke-4

Bebaru ni baca paper omputih katanya Victoria Beckham dah peknen anak ke-4. Kalau dah kuar sotkabo tu kiranya dah konfem la kan. Beckham dah announce kat press dah.

Amboi.. amboi... makin bertambah ahli kuarga si Beckham ni. Yang pastinya depa mesti berharap dapat baby girl kali ni. Ye lah kan dah 3 anak depa tu semua lelaki. Anak depa yang bongsu tu pun dah 5 tahun, so sesuai sangat la nak menambah anak lagi. Kurus2  si Victoria ni subur rupanya yek!

Haish...sangat jeles kalau dengar orang mengandung ni. Teringin sangat nak mengandung tahun ni tapi aku kan nak bertukar tempat kerja takkan nak mengandung pulak kot??? Dilema sungguh!

Thursday, January 13, 2011

Bergembiralah Wahai Wanita

Kejap gembira kejap tidak
Kejap suka kejap tidak
Kejap hangin kejap tidak
Ha.. itu le dilema wanita [angin tak tentu datang]
Tu yang kengkadang orang kata orang pompuan ni makhluk yang konfius [ade ke patut??]

Tadi baru tengok ceramah Ustaz Kazim Elias kat fesbuk [nampak sangat mengulat kat opis]
Best jugak ceramah dia... lucu
selama ni aku tak tau pun kewujudan ustaz ni
Hangpa tengok la sendiri video ceramah dia ni..

Wednesday, January 12, 2011

Cara-cara Suami Harus Layan Isteri

Entry lepas aku dah kasitau cemana para isteri kena melayan suami masing2 kan
Ha, kali ni nak bagi tau untuk para suami cara2 sepatutnya melayan isteri pulak
Tak aci la kan kalau isteri je kena bagi layanan baik untuk suami
suami pun kena la layan bini baik2 jugak kan??



1. Jangan tidak pedulikan isteri yang tengah merajuk atau berkecil hati. Buangkan le ego tu, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk isteri dengan mesra.

2. Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. 

3. Jika isteri melalukan kesalahan atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4. Ambil berat akan kesihatan isteri. Segera merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa ke klinik.

5. Beri perhatian ketika isteri sedang bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. Mungkin ada luahan perasaan  atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6. Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh menimbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7. Ringankan kerja isteri di rumah. Kalau buat anak boleh buat sama-sama, jaga anak pun kena la sama2 juga. Bukan melepaskan tanggungjawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8. Jika keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jangan pulang lewat dan belilah sesuatu untuknya.

9. Seperti mana istrei perlu menjaga aib suami, begitu juga dengan suami. Suami juga perlu jaga aib isteri.

10. Elakkan untuk mengutuk isteri anda terutamanya depan orang lain.

11. Suami jangan kedekut. Jangan la sehingga barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain la cerita.

12. Jangan bersepah dan pengotor.  Kalau anda inginkan isteri yang bersih dan wangi, anda juga harus jaga kebersihan diri. Jika anda merokok, elakkan merokok di dalam rumah dan depan anak-anak.

13. Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu perbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la "ikut abang la... saya ikut jer" setiap kali suami meminta pandangan. Isteri jugak berhak untuk melontarkan pandangannya.

Kalau setiap pasangan suami-isteri menjaga adab masing2. Insya-Allah rumahtangga yang dibina akan bertahan lama dan dilimpahi dengan keredhaan Allah. Jom sama2 kita perbaiki kelemahan diri kita supaya kita lebih disayangi dan mendapat keberkatan Ilahi... Amin!!

Menghabiskan duit laki | Water heater

Selagi bonus laki aku tak habis, selagi tu laki aku nak membeli perkakas rumah
[aku setuju jer... sebab.... dia yang keluar duit] ---> rugi la kalau tak setuju kan?? kan??

Hari tu dah beli sofa, kali ni dia bantai beli water heater la pulak....
konon2 dah malas nak masak air kalau nak mandi air suam
[aku pun suka jugak... tapi shy-shy-cat nak mengaku]

Balik je dari opis minggu lepas, pi terjah kedai letrik nak servey water heater
sampai kat kedai, memasing "perak" sebab banyak beno pilihannya
last2 tu tokey to promot yang ini
Ok le kan jenama ni.. harga pun dalam lingkungan bajet kitaorang..
Oh ye, yang kitaorang beli ni jenis yang takde pam sebab air kat rumah aku semua pakai air direct je.


Pagi Sabtu tu, orang kedai letrik pun datang rumah untuk pasang water heater. Teruja nengoknya.. Siap pesan kat depe buat wiring tu elok2.. 

Dalam sejam lebih, dah siap pasang.
Lepas demo lebih kurang, orang tu pun balik
Pastu cam jakun pi belek mende tu 
ye la kan, nak tengok jenis2 shower, berapa hangat air dia, berapa kuat air dia
kira nak puaskan hati sendiri la...




Yey... rumah aku dah ade air hangat. Pasni  takde la rasa  malas nak mandi kalau cuaca sejuk. Nak2 pulak kalau pepagi hujan. Sejuk bedi air paip rumah aku. Rumah aku kan dekat dengan Genting.. sejuk.. [releven ker??]

** Perasmian dimulakan dengan anak2. Selama ni tak kisah pun nak mandi air panas, semenjak ade benda ni every time mandi nak guna hot shower. Mengada betul! Tapi yang tak bestnya.... air shower tu tak sekuat shower yang dulu... Tak puas la aku mandi!!! 


Sarapan pagi terlebih rajin

Boring la kan asyik2 breakfast makan nasi lemak, roti canai, nasi goreng, bihun goreng, kuih
[sekadar menyenaraikan benda2 yang lazim aku makan masa bekfes]
Bukan esbok tengok ade la daging beger, roti beger pun dah beli semalamnya
[daging beger belinya dah dekat sebulan tapi tak berusik lagi]

So pepagi  lagi aku dah keluarkan daging beger,cheese & mayonis
bentang sotkabo atas meja buat lapik
kuarkan planta, hiris bawang & tomato
basuh daun salad, belah roti beger bla..bla..bla..
JOM MASAK BEGER DI PAGI HARI

Lepas je siap masak daging & roti beger tu
Yaya & Adib pun dah bangun
aku suh depa susun isi perut beger tu
ini la rupanya.. jeng..jeng..jeng..
 Ini untuk laki aku... 2 bijik beger & satu mug nescafe


 Yang ini aku punya... 2bijik gak...
[mana cukup makan sebijik je kan...]
Anak2 makan sorang sebijik cukup la... itu pun Adib tak habis makan


Jangan jeles nengok beger aku ni.. Yummy!!!
Jemput makan uols!!!


** Ini adalah sarapan hari Ahad lepas... Kalau hari bekerja memang idak sempat nak masak bagai...