Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 31, 2010

Beria2 Hari Raya kat RIAMODA

Sebulan 2 lagi kita dah nak pose. Pehtu kita raya la pulak. Para tailor2 semesia la ni tengah sibuk mengambik tempahan baju raya la.. Kat KL pun la ni deadline nak tempah baju semuanya bulan 6 ni. Sape nak menempah elok sangat2 la tempah la ni.

Cuti Wesak lepas, aku balik Ipoh. Dah laki berpergian poya2 ke Hatyai, aku pun poya2 la kat Ipoh lak. Adalah sangat heaven bershopping tanpa laki. Dan paling best jika tidak disertai kaum2adam [ tapi terselit jugak sikenit kepala botak si Adib].

Aktiviti hari pertama, [Jumaat tu la].. pepagi dah bertolak ke Ipoh dengan Acik & anak2 aku yang 2 orang tuh. Highway lengang & perjalanan lancar. [Laki aku dah sampai Thailand dah waktu nih].. Sampai Ipoh kul 10pg. Lepas Zohor singgah RIAMODA kat Ipoh. Sape perasan, dulu lokasinya kat Simpang Pulai tapi la ni dah pindah ke Greentown Nova lak. Memang besar la kedai dia!! Nak pulak tengah sale gile2 punya.

 -sebabnya hajat nak singgah Jakel Shah Alam tak kesampaian, singgah le kat sini pulak-

Memula macam tak jadi nak beli tapi lepas tawaf 2-3 kali baru terjumpa yang berkenan. Cik Minah [bondaku] pun borong sakan taw!!!. Anak dia yang memang dah ade keturunan macam dia pun borong la selagi mau.. Bukan MR je terjebak berbelanja tak hengat....Aku pun sama. 

Dah alang2 singgah kedai kain so beli la sekali baju nak pakai raya. Jenuh pikior kaler apa theme raya tahun ni. Last2 aku ambik jugak kaler yang selalunya akan jadi last atau second last choice aku.   Kaler KELABU!!!! sure laki aku boring nih.. dah le unifom kaler kalabu. Raya pun nak kaler kelabu gak!
Asalnya nak beli baju raya semakin terjebak beli baju raya kedua, raya ketiga sampai raya Haji pun aku beli.. [korang bayangkan le barapa pasang aku beli da.....] Bila membayo, mak ai...sampai beratus tu....[Untung tokey RIAMODA hari tu].
 -rambang mata aku cik jah oiiii-

Tapi dengan jayanya aku membayar dengan CASH... Tak sedar diri... [Sebenarnya aku terlupa yang aku ade kad gores & menang tu...] Mementang CASH banyak dalam wallet [baru kuar duit gaji maaaaaaaa..] Berkepuk dalam beg duit selagi tak nipis selagi tu nak belanja.. borosnya aku!!!! Tolong!!! [Ni la bahaya kalau bershopping tanpa laki!!!]

Thursday, May 27, 2010

Esok Cuti Gaji Tak Dapat Lagi

Yey... esok cuti... 3 hari lak tu!!!
Apa plan korang semua?? Balik kampung???
Aku pun plan nak balik kampung gak.
Boring la duk umah pastu pegi balik umah Cik Besah...
Kadang Cik Besah yang pegi balik pegi balik rumah aku
Itu la wiken yang paling menyesakkan napas [tak de la aktiviti lain nak buat]
Lagipun setiap hujung minggu pun itu la aktiviti nya pun

Malam ni hasben aku akan bepergian ke Hatyai. 
[Gersang la Malam Jemaat akuh!!]
Tinggal la aku anak beranak
So plan aku nak usung anak2 balik Ipoh
Nak berjimba2 kat Ipoh lak tanpa suami 
ngeh..ngeh..ngeh..
Tapi  nak berjimba2an pun poketku kempis lor....
Cemana nak poya2 ni????


Oh! Billion, Pasarayaku, ET, Kinta City, Ipoh Parade, GM
[Greentown Mall, Gerbang Malam oso can la]
Super Kinta dah tak main la....


Adakah berkemungkinan aku akan singgah melawat kamu semua
atau sekadar tawaf keliling luar bangunan jer???
Sungguh tak rela kalau aku tak dapat masuk menyinggah
mencuci mata dan membersihkan beg duit ku!

Allo Ting Tong.. bila mau sign cek gaji ma?????
Your staffs oredi desperate lor!!!

Gaji Buta

Sesungguhnya takde mood nak keje hari ni..
[mentang-mentang esok cuti!!!]

Semua insan2 di opis ni semuanya dalam bius kebosanan
dek kerana kebosanan itu
aku buat marathon nengok Adamaya kat website TV3 
[aku dah tengok 3 episod hari ni!]


Ya,ampun!!!! Hari ni aku makan gaji buta.... 

Sori ye bos!!!

[Walaupun pc dok tayang citer TV tapi tangan aku buat keje opis tau.. takde la aku berteleku sepanjang masa]

Perasaan menonton adalah sa...........ngat bahagia... 
Kalau la boleh hari2 macam ni... boleh hilang segala jerawat aku.. hahaha


*** Malam ni laki aku pi Hatnyai.... Boring la hujung minggu ni!!!

Wednesday, May 26, 2010

Satu Hari Di Kelas Bunga Matahari





Terasa Nak Mengandung Jugak!!

Semenjak dua menjak di ramai pulak rakan2 aku & blogger yang dah bunting. Tahniah la buat korang semua terutamanya Azie, Zalina & Zalia.. Makin bertambah keturunan korang yerk. 


Tetiba lak rasa nak mengandung jugak... tapi banyak la pulak perkara yang harus difikirkan... terbantut la kejap hasrat tu. Erm.. Adib pun dah nak masuk 3 tahun September ni. Ramai yang cakap agak wajar untuk aku mengandung sekarang ni.. Erm.... tapi letih la beranak kecik ni... [alasan tak munasabah langsung!! - Anak besar pun aku letih jugak!!]

Sabar la wahai hati!!!! Masih banyak perancangan aku yang belum tercapai tahun ni... Kita settle satu-satu dulu okeh??? [Salah satu ambition aku nak dapat anak ke-3 before biras aku dapat 3rd baby....amacam??? ada tanda2 dengki tak disitu???]


**Abang.... kalau nak mengandung jugak boleh tak???? (-_-)"!!



Tuesday, May 25, 2010

Makan Hotdog Bersama Yaya

Tak sedap lak namanya Hotdog.. Tukar la sosej

Entry tanpa motif aku petang Selasa ni... 

Mula-mula baca Bismillah...
pehtu kasi potong itu sosej lah! [sosej tu aku rebus je...]
pehtu cicah sama sos lah!


Sekarang bukak mulut besar2.. 
Pehtu sumbat la dalam mulut

Sila kunyah 40 kali ye kawan2...
[Yaya kunyah tak sampai 10 kali pun dah telan...sib baik tak tercekik!]

** Dah kenyang  & sendawa erk..erk.. sila sebut Alhamdulillah.... lepas tu jangan lupa basuh pinggan yek...

Memang Aku Ketinggalan Pengangkutan Awam!!!

Semalam masa tengah blogwalking  singgah le kat blog si Ana Suzana. Dalam dok khusyu' baca entry dia disamping alunan bekground muzik tetiba aku rasa macam best la pulak lagu tu... Rupanya kat sidebar dia ade letak videoclip lagu Dakmie (OST citer Adamaya) [patut la aku rasa macam pernah ku dengar lagu itu, tapi di mana ye???]

Citer dah lama dah habis tapi baru la aku tergedik2 nak nengok videoclipnya. Aku ni tak de la minat sangat nak nonton citer bersiri ni. Ramai gak member yang dok citer pasal citer ni tapi apa nak buat aku kan tak berkesempatan nak menonton. Maklum la waktu citer tu mula aku dalam perjalanan balik ke rumah. Sampai rumah pun sempat tengok 10 minit terakhir je... Nanti la kalau rajin nak pi jenguk website TV3, kot2 ade citer tu.

Korang layan je la lagu ni... Makin lama makin jiwang lak aku rasa [yuks!... bila masa aku jadi jiwang2 nih??]

Monday, May 24, 2010

Surat Dari Setan

Seram tak tajuknya???? Agak2 seram tak compare korang menonton citer Keliwon kat TV3???

Seram tak seram aku nak tulis jugak... semoga dengan coretan ini akan membuatkan anda benar2 berfikir.



SURAT DARI SETAN UNTUKMU..

Aku melihatmu kelmarin
saat engkau memulai aktiviti harianmu

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan Subuhmu
Bahkan kemudian, kau jugak tidak mengucapkan
BISMILLAH sebelum memulakan santapanmu
juga tidak sempat mengerjakan solat Isya
sebelum berangkat ke tampat tidurmu

Kau benar-benar orang yang bersyukur
Aku amat menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya
melihatmu tidak merubah cara hidupmu

Hai BODOH! Kamu milikku!

Ingat! Kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu
Malah aku masih membencimu
kerana aku benci ALLAH

Aku hanya menggunakanmu untuk
membalas dendamku kepada ALLAH
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga
dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa
untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU
dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka
sehingga kita bisa bersama dua kali
dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu
kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA
siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu
dalam masa-masa yang kita jalani

Kita menonton filem "porno" bersama
memaki orang, mencuri,berbohong, munafik,
makan sekenyang-kenyangnya, bergosip, menghakimi orang,
menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua.
tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk

TENTUNYA kau tak ingin
meninggalkan semua ini begitu sahaja.

Ayuhlah. Hai Bodoh.
kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu.
Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH kerana
sudah mengizinkanku memanfaatkan 
hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi
aku mentertawakanmu
Saat kau tergoda berbuat dosa
aku menghadiahkan tawa
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua
dan sekarang aku perlu darah muda
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang2 muda
bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah
merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin
lakukan semua ini di depan anak-anakmu
dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak.
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggodamu lagi
Jika kau cukup cerdas
Kau akan lari sembunyi
dan bertaubat atas dosa-dosamu.
dan memperingati ALLAH dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit
Memperingati orang bukan tabiatku
tapi diusiamu sekarang
dan tetap melakukan dosa,
sepertinya memang agak aneh

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orang tolol
yang lebih baik di mata ALLAH

p/s: Jika kau benar2 menyayangiku, kau tak akan memberi surat ini kepada sesiapun!


Yang benar
SYAITAN BIN IBLIS



Amacam??? Ade berani tak nak baca lagi??? Kalau berani pi hantar kat kengkawan hangpa surat ni..  Semoga menjadi panduan untuk kita saling memperbaiki diri sebelum terlambat..



Sunday, May 23, 2010

Tahniah Acik!!

Jumaat lepas dengan sengajanya aku ambik annual leave sebab nak gi konvo UiTM kat Shah Alam. Adik aku yang no.3 tu yang grad... Tahniah! Tahniah!!! Adik aku yang hensem ni [hensem ker???] baru je dapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.. kot2 la ade keje kosong ket tempat korang boleh la offer kat adik aku nih.. hehehe.. [Acik, aku tolong buat publisiti murahan untuk hang!]


Lepas subuh Mak, Abah, adik bongsu aku & aku bertolak ke Shah Alam. Jalan ke Rawang punya la jem toksah cerita. Sebab nak exit tol Rawang terpaksa la tempuh jugak. Sampai sana terus parking kereta & semua kena naik bas ke Dewan Konvo. Dahsyat tu.... dah lama rasanya tak naik bas ni.. Kali ni baru merasa setelah 5 tahun ...


Jauh jugak perjalanan naik bas ni. Kalau jalan kaki mau pitam 5 kali baru sampai ke Dewan tu agaknya... Sampai kat area dewan, hanya 2 orang je yang boleh masuk. 


Aku & Ana takde kad so kitaorang kena la lepak kat luar. Tak kisah la.. at least kitaorang boleh merayap kat ekspo konvo yang tak seberapa tu... Sempat la belikan bunga untuk si Acik.. [melayang duit akak ko ni...] Anyway, sekali seumur hidup ye dak??? Apa ada kisah...

 -dah tak dapat masuk dewan terpaksa la nengok kat skrin beso ni jer... tapi terlepas la pulak gambo si Acik!-

Lepas 3 jam berpanas & berpeluh ketiak bawah khemah, majlis pun selesai, so sesi tangkap gambo la pulak. Jenuh merayap mencari tempat2 strategik untuk tangkap gambo... Lenguh kaki berjalan sana sini. Dah tu kalau spot yang "panas" ramai la pulak umatnya.. Jenuh nunggu turn nak tunggu kawasan clear bau boleh tangkap gambo. Gambar2 yang aku tepek ni hanyalah dari henpon aku je... Banyak  lagi gambo dalam kamera abah aku..

-wah..wah cik Minah dengan cik Ana pun teringin nak pakai robe tu.. Sekali sekala nak merasa jugak ye...-

Lepas posing2, jam pun dah pukul 1 kitaorang pun nak betolak balik. Sib baik masa kitaorang tunggu bas untuk ke parking, dpat naik bas yang terakhir. Kalau dibuatnya lambat sikit alamat melecet2 la kaki aku nak berjalan ke padang kawat tu..[Gatai nak pakai kasut tinggi lak tu]  Nak balik pun berderet2 kereta nak keluar kat entrance gate.. Badan pun dah letih so terpaksa la kensel hasrat nak ke Jakel Shah Alam yang tengah ade offer 85% masa tu. Lepas hantar si Acik ke rumah sewa dia, kitaorang pun balik..

** Puas hati sebab dapat meraikan hari bersejarah adik aku. Walaupun hasben & anak2 ku tak ikut, sekurang2nya dapat menghabiskan masa dengan parents aku. Maklum la semenjak dah berkahwin ni masa untuk keluarga sendiri memang limited kan???

Saturday, May 22, 2010

Mengidam

Petang kelmarin tetiba encik suami kata dia teringin nak makan jagung rebus. Eh..eh.. mengidam pulak dia! Tak pernah2 dia teringin nak makan. Sib baik la kat Batang Kali ade jugak orang jual jagung so pakat beli pastu rebus la kat rumah..

Bila dah beli jagung tetiba aku lak teringin nak beli betik so rembat sebijik & sesikat pisang...
[jarang aku beli buah2an tempatan ni... cemana tetiba jadi teringin lak ni???]


***p/s - aku tak mengandung tau!

Thursday, May 20, 2010

Aku Rindu Pakwe Aku!!!

Tajuk yang boleh mengundang pelempang dari ensik somi... hohohoh...

Alah bang, rindu je.. bukan boleh dapat pung! ahaks!

Tetiba je aku teringatkan ex-pakwe tak jadi aku sorang ni..

sape kenal dia nih???
Dia lah sifu martial arts + actor ... MARK DACASCOS

Aku  minat giler kat dia ni pun start aku fom 4. Masa tu aku tengok citer Only The Strong... Peh...
Mamat ni boleh buat aku teruja nengok martial skill dia... Start dari situ aku ade la tengok citer2 dia yang lain esp DRIVE - gigih cari CD tuh!!! [sib baik jumpa].


Sape yang tak kenal dia nih, korang gi la Google. Jarang kuar TV lately. Lagipun dia selalu bawa watak jahat.


Tapi semenjak dah ade steady pakwe, [yang dah jadi laki aku pun] semakin aku lupakan dia. Lagipun dia dah kawin so aku tak rela jadi bini kedua & dimadukan lak dengan si Julie Condra tu...

-eh Julie, aku sungguh jeles dengan kamu kerana memiliki dia-

Tapi Mark, gambar2 mu masih aku simpan dalam album tau. Kengkadang aku rindu aku bukak la album buruk aku tuh.. hahaha. Laki aku tak heran pun!

Dah lama kita tak jumpa, ko dah tua rupanya ye...
[wajah2 dari muda hingga ke tua.. la ni umur dia dah 46 tahun!]


Dari martial arts dia dah pandai menari dah weh... 
[dedulu tak pernah aku tengok dia menari]
Ni dalam rancangan Dancing with the Stars [ala-ala Sehati Berdansa la ni...]

Ok la MD tak kisah la apa ko buat sekarang, semoga ko berbahagia dengan family ko & aku bahagia dengan family aku okeh...

-senyuman dari seorang ex-pakwe untuk makwe tak jadi dia.... hensemnyer....-

Takpe la walopun aku tak dapat MARK tapi aku dapat AMAT
amacam?? ade iras tak???
[jauh ayam dari barbeque kan???]



Punca-Punca Jerawat Aku

Semenjak dua menjak ni, mencanak2 jerawat tumbuh kat muka aku. Ramai lak tu yang tegur... Sampaikan ade yang tanya aku kena chicken pox ke?? Sedihnya..sob..sob.. Cane nak buat tu???

Petang 2 hari lepas dengar Hot FM masa on the way balik dari opis, katanya stress punca masalah jerawat... Maybe jugak kot.. Korang tengok je la bilik aku ni... Cemana tak stress weh ???



Wednesday, May 19, 2010

Bila Lelaki Pandai Menari

Sesekali tengok orang lelaki menari best jugak...

Layan video ni... kalau nak yang full punya cuba tengok kat NTV7..


Tuesday, May 18, 2010

Sejak Bila Laki Aku Pandai Berblog????

Pepagi tadi tengah bizibody berblogwalking sana sini 
tetiba terjumpa blog ni

 http://www.ahmadzaimi.com
-klik untuk membesar bagai johan-

eh! eh!  nama cam laki aku jek... 
[agak cuak disitu... sejak bila dia pandai berkomputeran ni??]
setahu aku laki aku tu agak buta komputer
lagipun selama ni aku rasa nama laki aku dah pelik dah
maknanya jarang la aku jumpa orang nama camtu

Mana taknya.. nama laki aku Zaimi
tapi orang selalu mistaken dengan Zaini
Kalau pegi mana2 pun 
kalau sebut nama sure orang spell dengan Zaini
bila aku betulkan depe macam pelik je tukar "N" kepada "M"

Tetiba bila terjumpa blog si ZAIMI ni 
sudah menimbulkan musykil
maybe ade antara korang yang kata aku ni perasan 
[aku tau la bukan laki aku sorang nama tu]
tapi better make sure ye dak???
& ternyata..... itu BUKAN  laki aku!!!!! 
[laki sape aku tak tau..]

Kalau korang nak tau, disebabkan nama pelik tu 
wujud banyak version panggilan nama encik suami aku tu...

Kat rumah  nama glamer dia PAKCU di kalangan jiran tetangga la
[yang tua bangka baya2 pak mentua aku pun panggil dia cenggitu..
maybe sebab depa tak tau nama sebenar kot]

Kengkawan panggil dia AMAT 
[nama penuh kan ke Ahmad Zaimi...]

Mak Pak  & adik beradik dia panggil dia ADIK 
[sampai ke tua la gelarannya Adik]

Bos2 & superior dia kat opis panggil dia ZAIMI 
[formal ka kekdahnya]

Tokey bengkel kereta panggil dia AMAN
[Kes salah dengar la ni...Ahmad & Aman tu kan ke lebih kurang bunyinya]

Sepupu sepapat/ mak & pak sedara  belah aku termasuk la atuk & opah aku
panggil dia REMY 
[apekah????? nak kata muka cam Remy Ishak, amatlah jauh panggang dari api... nak tergelak aku kalau deme panggil dia nama tu...Nak2 pulak kalau yang kecik2 tu panggil "Abang Remy"... TAK SESWAI Okeh!!!]

** Selain daripada nama2 glamer laki aku yang tersebut di atas, adalah diluar pengetahuan bininya ini..
[ade lagi ke nama panggilan manje abang tu???]



Gambar PANAS Model Kasut Mandi Kolam!!!


Apa yang PANAS???
Sila tengok betul-betul...


Oh...oh... bukan gambar ini yang aku nak tunjuk... ade lebih PANAS dari ini!

Layan je la...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 Amacam?? Seksi tak anak teruna aku nih!!! [Kurus kering jer.... kalah la dengan anak dara MR walopun depa sebaya]

-sebelum masuk rumah sempat lagi posing dengan kasut korok (CROCS) cap ayam dia tu... Yang kaler putih merah tu kasut CROCS si Yaya yang beli kat Gerbang Malam tu-




*** buat yang tak tahu, gambar seksi atas sekali tu adalah gambar kasut....


Dah tengok Avatar.. tak best pun!!!

Entry beberapa bulan lepas ade la aku bertanyakan tentang citer Avatar ni best ke tidak. Dengar banyak review kat sotkabo, radio & tv banyak yang kata best. Sampai ade gak terasa mencanak-canak perasaan aku nak tengok.



Minggu lepas hasben aku dah pinjam CD Avatar tu dari kawan dia & hari Sabtu lepas aku anak beranak pun tengok la citer ni.. Start intro je aku dah boring... 10 minit pertama lagi la boring. Tah apa2 benda tah pasal sciene fiction ni. Pehtu kuar la pulak makhluk biru yang berekor tu.. Idak le lawo... macam  biawak je aku tengok. Adib sampai tutup2 muka cakap itu cerita hantu. 


Tak habis pun CD pertama terus Yaya tutup DVD player, tengok citer TV biasa... Terbukak la 8TV - nengok la citer Gol & Gincu [laki aku paling getik kalau nengok citer ni sebab dia kata menyampah tengok orang melayu eksyen cakap omputih]. Lantak la bang, u tak suka tapi i suke!!!!!!!!!!!!


Kesimpulan... avatar is definitely a no-no for me.. Baik nengok citer "Science Fiction"  Mat Sentul lagi best!!!

Monday, May 17, 2010

Memang benar jangkaan hujung minggu

Sape ade baca entry kartun shin chan aku??? Sape tak baca gi selak kain entry aku yang lepas...

Seperti yang dijangkakan... aktiviti hujung minggu adalah mencuci kereta bersama abah...
[tapi 5 minit pertama je yang tolong abah, yang selebihnya buat aktiviti lain... selepas kena marah dengan abah sebab main air..]

-bersungguh2 cik somi basuh kereta... habis setiap sudut dikebeknya-

Mana anak2???
[daripada mengacau abah, baik la bagi depa mandi kolam pelestik tu... 2 jam jugak depa berendam]
-ini la muka 2 budak nakal... cuma belum lagi senakal shin chan tu...-

Macam Mana Aku Tukar Background Komputer

Dah boring dah dengan background desktop atau laptop korang yang biasa2 tu?? 

Ekceli ramai opismate yang singgah bilik aku tanya cemana aku buat background computer aku jadi canggih manggih & lawo macam ni...[perasan jap..]  Adeh... letih nak buat tutorial kat depa ni. Tapi takpe, korang baca la entry ni sampai habih...

Kalau yang biasa appearence komputer korang sure cenggini je kan??


Apa kata korang guna background switcher. Background korang sure lebih menarik macam ni...


atau macam ni...

Maybe ade yang dah tahu tapi bagi sesape yang tak tahu korang boleh donlod John's Background Switcher kat SINI

Pas korang download tu [follow je instructionnya] & pastu korang boleh select la gambar yang korang nak letak untuk background tu. Then korang boleh pilih bentuk background cemana korang suka & tentukan masa untuk tukaran background seterusnya... [lebih kurang macam screensaver jugak la]. So dalam masa sejam pun background korang boleh bertukar2 banyak kali... Cubalah!

Friday, May 14, 2010

Pertanyaan Kurang Hajo Yang Menyentap

Insiden ni berlaku minggu lepas tapi aku tak berkesempatan nak buat entry berkaitan hal ni. Hari ni agak malas nak buat keje so aku tulis la insiden yang menyentap mata & pendengaran aku.

Cam ni al-kisahnya....

Hari Sabtu lepas masa aku tengah angkat kain dijemuran aku nampak la beberapa orang budak [geng beskal] duk berkerumun depan rumah aku. Bebudak tu ade la dalam 6-7 orang.. Aku tak berapa kenal budak2 tu, cuma kenal sorang dua je yang selalu main dengan anak2 jiran aku.

Tah cemana, tetiba anak Kak Ana nasi lemak (rumahnya selang sebuah dari rumah aku, nama anaknya Ain) baru balik dari mana tah. Sampai je kat rumah dia salah sorang budak laki tu boleh tanya  kat budak Ain tu

"Wei Ain.... p*nt*t tu apa?" [peh tu ramai2 gelak] sialan tul!!

Pastu ade sorang lagi pulak pun tanya "wei, cip*p tu apa???"  

Tersentap aku dengarnya... kurang hajo tul budak2 tu. Depe tu semua dalam lingkungan 10-12 tahun je. Dah tu cakap kuat lak tu (masa tu lak takde orang yang atas jalan...memang lengang giler). Aku tak tahu le apa yang si Ain tu jawab tapi kalau la anak aku yang cakap macam tu, sure kena penampo jawapannya.

Tak salah bertanya kalau curious tentang sesuatu tapi takyah la sampai menjerit2 & tanya lak tu pada budak perempuan lain. Kalau nak tanya pun tanya la mak sendiri.... Mak bapak depe pun tak hirau langsung kat anak2. Esok2 ade yang terberanak ke, kena rogol ke baru la malu nak tayang muka... Tak paham sungguh aku!!

** Semalam nengok Semanis Kurma tajuk "Ibu Bapa Derhaka", semoga Tuhan beri kekuatan kepada kita dalam mendidik anak2.

Aktiviti Hujung Minggu Ini

Hari ni dah Jumaat.. Esok hari Sabtu...
Apa agenda korang hujung minggu??

Ni salah satu benda yang boleh & mungkin akan dibuat (ikut tahap kemalasan) hujung minggu ni..

[Sape tak pernah baca komik Jepun ni, mulakan dari kanan ke kiri yek... macam baca buku Jawi tu..!]



*** Kalau malas sangat layan Shin Chan je kat NTV7 esok...

[SALAH SATU ENTRY TANPA MOTIF AKU!! HUHUHU!!]