Sempena cuti hujung minggu + Thaipusam bebaru ni
Kami satu keluarga Cik Besah pi ke Taiping & Kulim
Nak melawat la adik FIL aku yang tak sihat tu
Aku pun baru nak tayang muka kat makcik tu
[kiranya fes time la menjejak kaki ke rumah Mak Yang Ma tu]
Perjalanan bermula dari Batang Kali pukul 8.30pg
Itupun aku yang lambat sebab nak siapkan anak2 lagi
Nak kemas barang2 lagi... [tak sempat nak siapkan malam sebelumnya]
Kami tak masuk highway pun memula tu, ikut jalan lama sebab senang nak berenti kencing
Kalau ikut highway, jenuh la nak tunggu dari satu R&R kan
Ikut jalan lama ni tepi hutan pun boleh kencing..hehehehe
Ini budak dah nak terkencing sangat.. terpaksa la berenti tepi jalan
Walhal sebelum tu dah berenti kat stesen minyak tapi masa tu dia kata taknak kencing
Sampai di Tapah, baru masuk highway
Baru je masuk highway dah start jem... tak tau la pasal apa
Bengang betul.. kalau tahu nak jem, tak kuasa la nak masuk highway
Sampai kat Gopeng, terus exit highway
ikut jalan lama pulak ke Taiping ikut Parit-Manong-Kuala Kangsar
Itu pun jem sikit2 kat KK.. pehtu masuk balik highway
Again... jem balik kat Bukit Gantang & Bukit Berapit
Huh.. tension aku!!! Walaupun aku tak drive, duduk saje pun lenguh dah pinggang
Nasib la aku tergerak nak mengusung nurturing pillow aku.. selesa la sikit
Yaya pulak dah berapa kali terlelap dalam kereta
Akhirnya sampai jugak ke Taiping pukul 4.00 ptg...
Gile lama kan ada kat atas jalan.. walhal tengahari dah patut boleh sampai kan
[itu sebab aku tak berapa suka konvoi2 ni...]
Sesampai Taiping, singgah dulu rumah Pakcu Bahar
Makan dulu & tunggu dia siap2 sebab dia pun folo nak ke Kulim
[rumah Mak Yang tu dia je yang tahu jalannya]
Bergerak dalam pukul 5.30ptg... badan aku dah letih giler dah
Aku dah suggest kat Makcu pegi la esoknya pagi2 tapi org lain nak pegi jugak petang tu
Sapalah aku yang picisan ni nak bagi pendapat.. ye dak???
Suka tak suka, folo je la....
Sampai rumah Mak Yang pun dah pukul 7.30mlm
Rumah Mak Yang ni luas.. suka la budak2 tu main
Sampai berpeluh2 mengalahkan orang main bolasepak kat padang
Sebahagian dari rumah Mak Yang
Duk kejap, deme ajak makan nasi terus kat situ...
Pas makan sure la borak2 la... aku ni dah lenguh dah pinggang
Badan pulak dah berlengas2... seriously aku memang tak selesa sangat2...
Dan aku rasa aku adalah sangat busuk hari tu
[peluh basah & kering sepanjang hari]
Sabar je la... dah pukul 10.30mlm baru bertolak balik ke Taiping
Sebabnya abang ipar aku dah booking hotel kat Taiping
Lagipun ada sorang member dia pun nak datang malam tu jugak..
Dekat pukul 1 pg baru sampai hotel..
Letak barang, terus suruh anak2 pegi mandi
Lepas deme siap, turn aku pulak nak memandikan diri
Baru la lega... dah le tu shower kat hotel tu best sangat tau...
Dok hotel mana??? Mana lagi kalau bukan FURAMA HOTEL
Kali ni dapat bilik best sikit dari sebelum ni.. nanti aku story dalam next entry.