Friday, January 11, 2013

GANGREN KE???

Dari semalam aku duk cari info pasal penyakit ni..
Korang pernah dengar ke pasal penyakit Gangren ni??
Aku pernah dengar nama penyakit ni tapi tak tahu cemana la rupa penyakit ni
Memula dengar nama penyakit ni masa tengok kat kotak rokok @ iklan bahaya merokok
[salah satu akibat merokok]
dan juga masa tengok drama Soffiya  lakonan Tiz Zaqyah tu
[kan Azhar Sulaiman kena potong kaki sebab sakit Gangren ni]

Punca aku nak cari info pasal penyakit ni adalah sebab pak mentua aku sakit kaki
Dah lama.. rasanya dah 4-5 tahu ni la
Puncanya luka sikit kat buku lali pastu tak baik2
Memula saspek ada kencing manis, tapi cek doktor katanya takde kencing manis [masa tu la]
Tapi la ni dah detect ada la pulak [tapi border la]
Kadang2 sampai takleh tidur malam sebab sakit kat luka tu
Katanya cam ada jarum cucuk2, kebas dan sewaktu dengannya

Bebaru ni aku tengok luka kakinya tu dah makin besar
Dua2 kaki dah ada...
Hari tu aku ternampak masa dia tengah cuci & balut luka tu
[dia pun cam segan2 je aku nampak]..hehehe 
Bukannya aku sengaja tengok, tapi tertengok. 
Jangan fokus pada si Adib ni tapi pada kaki FIL yang kat belakang tu

Ekceli kaki FIL aku camni dah le rupanya 
[ni contoh salah satu kaki pesakit Gangren]
Cumanya kat area buku lali tu ada luka yang berlubang la..

Kematian tisu akibat bakteria reput merupakan punca gangren ni. Ia berlaku apabila darah tidak dapat mengalir ke sesuatu tempat dalam badan. Biasanya ia menyerang anggota kaki dan tangan seperti jari. Gangren turut memberikan kesan kepada struktur dalaman atau tisu2 lain yang mengalami gangguan bekalan darah. Selain itu, tisu2 di sekitar bahagian jangkitan turut menerima kesan.

Gangren ni ada 2 jenis iaitu  jenis kering dan jenis lembap. Wah cam doktor lak aku bagi penerangan ek..FIL aku ni takmo buat cek up kat spital.. asyik2 pi klinik. Doktor lak cakap daging lambat nak tumbuh untuk tutup luka tu. Bebaru ni pi klinik mana tah, doktor tu sampai kena buang daging2 yang dah rosak tu supaya daging baru boleh tumbuh. Seriau aku dengar...

Rupanya2 kalau tak dirawat dengan cepat, boleh sampai kena potong kaki o... Ye la kalau bahagian tisu tu dah rosak teruk, daripada membahayakan nyawa, baik la dibuang... Ntah le cemana kes FIL aku ni. So far takde pula sorang doktor yang cakap itu penyakit Gangren. [Aku je buat assumption sendiri]. Ada tak yang tahu pasal penyakit ni???

More info pasal Gangren boleh baca DISINI..




5 comments:

lieyalatif said...

ish...lieya yg bace pun takut...hope tak le serius sampai kene potong ke ape kan....mungkin tang makan pun kene pantang kot....lieya sebenarnye pes time bacepasal ni syani....kite doakan yg terbaik tuk pak mertua syani yeak....

Qhaifa Nur said...

seram sejuk akak baca ni SYANI...
minta dijauhkan dari perkara yg tidak elok juga...dan moga mertua cepat sembuh......

Nafira usof said...

tak tahu jugak pasal penyakit nih.. mmg macam2 penyakit skrg nih.. ingatkan penyakit kencing manis jer ade risiko kena potong kaki..huhuhu

keluarga ramli said...

kalau bukan kencing manis, ia mungkin masalah berkaitan salur darah. cuba google peripheral vascular disease. ia amat menyakitkan sbb saraf2 still intact.

Kesuma Angsana said...

takut baca ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...