Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 7, 2012

TUNGKU MELETUP

Pagi2 bukak fb terus ada link ke Harian Metro  pasal tungku meletup ni


KUALA LUMPUR: Alat bertungku meletup. Itu yang berlaku di sebuah rumah di Wangsa Maju, kelmarin apabila alat bertungku elektrik meletup hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di tangan, dada dan badan.
Lelaki berkenaan yang melecur kira-kira 12 peratus di seluruh badannya itu masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Hisham, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, anak perempuan keduanya itu memanaskan alat bertungku elektrik berkenaan untuk anak sulungnya yang sedang berpantang.


Menurutnya, alat bertungku itu digunakan untuk membantu mengempiskan perut lebih cepat bagi anak sulungnya yang baru bersalin dua minggu lalu.


“Selepas memanaskan alat bertungku itu, anak kedua saya sedang membuat kerja lain tanpa sedar proses pemanasan itu sudah melebihi masa dan panas hingga meletup.



“Ketika itu, anak lelaki saya yang secara kebetulan berada berdekatan terkena serpihan alat bertungku itu dan melecur lebih 12 peratus ,” katanya kepada Harian Metro, semalam.



Beliau berkata, anak lelakinya yang cedera di tangan, dada dan badan dibawa ke klinik swasta untuk rawatan kecemasan, tetapi diminta ke HKL.


Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menolak unsur jenayah sebagai punca kejadian berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07






Scary gak dengar berita camni
Macam2 hal
Tapi tungku tu kemungkinannya tungku yang cenggini ke??
Baru bercadang nak beli
Tapi bila keluar berita ni takut lak rasanya..hehehehe

17 comments:

Ayu Ayunie said...

betul la.. baru plan nak beli ni utk pantang nanti.. risau lak... kena la guna yg tungku batu cam biasa tu..

(^_-)V said...

baru je smlm sha jenguk2 website konon2 nak beli, tapi dah baca ni cancel la terus risau jugak kot terlupa overcharge masa panaskan nnt, meletup pulak..

Yana Halim said...

uishh...bahayanya...

Unknown said...

eh.. bukan ke tungku nih kalo dah cukup panas dia kan off sendirik.. pastu kalo kita biarkan jer kat plug.. dia akan sejuk jugak.. kalo tungku saya pakai cam tuh lah.. mungkin tungku tuh rosak kot.. kalo tak tak mungkin over hit~ sbb tungku tuh auto off..

Fiza Rahman said...

Bahayanya. Saya pakai tungku tradisional jer. Panaskan atas api & balut dgn daun ☺☺

SYANI said...

Ni kes terpencil je. Jarang berlaku kot. Tapi seriau jugak kalau jadi camni..

SYANI said...

Ayu,
Saya pun plan nak guna masa pantang.

SYANI said...

Sha,
Rasanya tungku tu ada masalah kot. Mak ada kalau tak silap tapi dia kata ok je..

SYANI said...

Yana Halim,
Kalau jadi camni memang la bahaya..

SYANI said...

Nafira,
Maybe la tungku tu rosak. Sebabnya dah ramai je yang beli tungku ni tapi takde apa2 komplen pun.

SYANI said...

Fiza,
Tak pernah lagi bertungku pakai batu sebelum2 ni. Pantang kali ni nak try juga le.. [kalau bersalin normal le]

Qhaifa Nur said...

skrg tungku mkin canggih...pakai letrik pula...klau macm ni bahaya juga...selesa dgn tungku batu panas atas api je...

Unknown said...

Uihhh..bahaya...nieza pakai tungku tradisional..lg best

munna said...

kat rumah mak munna ada ni... dia selalu gunakan.... kena pesan kat dia hati2.... manalah tahu kan..

armouris said...

saya adalah penjual tungku elektrik ni di SihatSelalu.biz/tungku-elektrik. Boleh kata dah jual beratus-ratus biji, dan Alhamdulillah setakat ni takde komplen pecah pun. Cuma sebagai precaution, jauhkan daripada orang semasa charging.

nadia farahida said...

nadia memang guna tungku ni setiap kali sengugut. alhamdulillah so far ok, mungkin tungku dia plug problem kott. mintak2 dijauhkan kann.

skuterlady.blogspot.my said...

saya dah ada tungku jenis tu tapi pakai jap je.. sebab tak tahan lama pon. kejap je dah sejuk balik... better pakai cara tradisional..