Monday, December 10, 2012

SEHARIAN KE AQUARIA KLCC

Hari Sabtu lepas, dah janji dengan anak2 nak bawa gi tengok ikan
Lagipun cuti sekolah ni tak bawak lagi budak2 jenjalan mana2
Takat balik kampung kenduri kawen adik aku tu ada le

Takde maknanya nak gi jauh2 tengok ikan
Pi kolumpo je.. ha... AQUARIA je la pun
Tengok kat website cuti sekolah ni ada promotion untuk harga tiket
Untuk satu family 2 dewasa + 2 kanak2 = RM99.00
Budak bawah umo 3 tahun free rasanya.

Untuk lebih exciting.. aku ajak hasben aku ke KLCC naik LRT
Maklum saja le kalau KL tu.. mesti jem kan..
Nasib le hasben setuju, anak2 apatah lagi kan.. fes time nak naik ketapi kan..
So, kami keluar rumah dalam kul 10.30pg
Plan nak naik LRT dari Sri Rampai tapi parking takde la pulak 
Akhirnya parking je kat stesen Jelatek & naik LRT dari situ
Train dah sampai.. jom kita naik

Kami sampai KLCC dah dekat kul 1 tgh.. Terus pi cari jalan nak ke Aquaria
Peh... lama gile aku tak pi KLCC. Orang ramai lak tu
Nasib la aku dah servey cara2 nak ke Aquaria itupun siap tanya pak guard kat situ
Ye la kan... kalau takat melilau2 cari sendiri, gerenti sesat der..
Dah le mak buyung ni tak larat sangat nak berjalan

Aquaria ni bukannya dalam bangunan Suria KLCC tu tau
Ada terowong khas untuk ke KLCC/ Aquaria tu..
Pak guard dah tunjuk jalan, terus la kita ke sana
 Aku tak bawak henbeg pun.. semua aku sumbat dalam beg sandang oren yang laki aku bawak tu
Best oo jalan lenggang kangkung..hehehehe

 Berenti jap ambik gambar kat terowong.. Jauh gak nak jalan
Kalau cik Besah ikut ni, mau lebih 10x berenti ni..

 Ada deko2 krismas gak dalam ni.. posing dulu le..

 Mak pak pun kena la posing sekali.. 

Akhirnya, setelah berpenat lelah berjalan, akhirnya tiba juga ke destinasi dituju
Ni pun budak Aquaria yang tolong tangkap gambar kat main entrance
 Pas ni kena beratur nak beli tiket.  Nasib la tak ramai sangat yang berbaris
Proses beli tiket pun kejap je..

Adib la eksaited tengok binatang itu ini
Ramai jugak le orang dalam tu.. tempat pun agak sempit so nak berenti2 lama2 kat satu2 tempat tu cam tak best la.. Siap berlaga2 bahu lagi..hehehe.. Nak2 pulak aku ni asyik tersangkut perut je..hehehe. Gambar malas la aku nak taruk.. biasa la gambar ular la, katak la, ikan le... Part yag paling best ialah terowong dalam air tu la.. Tapi pendek sangat la.. tak puas la pulak dok dalam tu.. 

Kiranya tour kitaorang dalam tu ada la dalam sejam lebih.. 
So-so je la.. compared dengan underwaterworld kat Langkawi, aku prefer yang kat Langkawi tu lagi
Lagi besar & luas [harga tiket pun lebih kurang sama je]

Dalam kul 3ptg, kitaorng pun keluar. Tapi singgah sembahyang Zohor dulu 
Surau yang selesa disediakan di kawasan Aquaria tu.. 
Pas solat singgah la gi lunch dulu.. Ingat nak makan KFC sekali ramai la pulak dalam tu
Last2 singgah ke Pizza Hut je.. ramai jugak orang tapi servisnya cepat la..

Next destination ke KLCC park... Dah janji nak bawak budak2 pegi main kat playground
Nanti sambung la.. letih nak taip panjang2.


5 comments:

munna said...

mana gambar ikannya..... teringin juga nak bawa anak2 kat sini...

Qhaifa Nur said...

lama tak dtg sini...mmg seronok bawa anak2 tgk ikan besar2 ni SYANI..

SYANI said...

Munna,
Malas nak tepek gambar ikan.. sama je dengan tempagt2 lain pun..hehehehe

SYANI said...

Qhaifa Nur,
Ye la kak.. budak2 suka la.. kita yang tua ni rasa biasa2 je..

Queen said...

pendek je ye.. yabang dah lama asyik ckp nak pi aquaria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...