Thursday, December 13, 2012

BLOGGING ITU MEMBUANG MASA?

Aku mula terjebak dengan blog ni masa aku ka kompeni lama
Kalau tak silap dalam tahun 2008 kot..
Masa tu aku dok gian berchatting dengan MakcikRehan.. 
dia la punca aku ada blog sendiri
Sebabnya MR sendiri dah ada blog & dia tanya aku ada blog ke idak
[masa tu aku pun tak tahu apa itu blog]
Lepas aku baca blog MR, aku cam terfikir best jugak ada blog ni rupanya
Ala2 online diary gitu... [tapi takleh la terlalu personal kan??]

Melalui blog la aku belajar macam2... aku kenal ramai blogger 
[blogger tu je yang tak kenal aku..hahaha]
Banyak ilmu pun aku dapat melalui blog2
Dulu aku pun tak hingin nak bagitau yang aku ada blog
malu rasanya nak cakap kat orang yang aku ni blogger tak tegar
Sekadar kalau aku nak luahkan perasaaan je la

Ada satu hari tu, masa sembang2 dengan sorang member aku bertanya pada aku
"ko ada blog ye? Aku ada baca blog ko hari tu"
"Ha'ah, ko ada blog gak ke?"
"Aku takde blog...malas la... buang masa je benda2 tu semua"
'OIC"

Erm... well, aku agak tak setuju disitu okeh...
Maybe pada dia buang masa 
[maybe dia ada banyak benda yang lebih berfaedah untuk dibuat]
Tapi pada aku, blogging ni satu kepuasan untuk diri aku
Walopun takde sorang pun yang sudi baca, tapi aku sendiri je yang baca
Dan salah seorang pembaca setia blog aku ni, tak lain tak bukan suami aku sendiri
Dulu dia skodeng diam2 je.. sekarang terang2an je dia bukak blog aku.. boleh tanya lagi ada update blog ke?? Walopun kengkadang aku kutuk2 dia, tapi dia selambe ja... tak pernah la pulak dia ambik hati dengan apa aku tulis..hehehe
[Well u know me abang... lain di mulut, lain di hati, lain di jari..]


Bestnya jugak bila ada blog ni, kita share apa yang kita tahu
Share apa experience kita, share macam2 tips, share macam2 info, share perihal ragam anak2
Dan macam2 lagi la... seronok bila baca blog orang & seronok bila ada yang sudi baca blog aku
Terima kasih pada semua yang sudi singgah & follow blog sempoi aku

Kadang2 banyak benda kita susah nak luahkan dengan kata2 di mulut
Jadinya blog ni lah medium untuk luahkan apa yang aku nak cakap
Sebabnya kita boleh susun ayat2 dengan cara kita sendiri 
[tak payah nak fikir nada suara la, tone suara]
Kang kalau bersuara,ada pulak yang terguris hati ataupun salah faham dengan apa yang kita kata
Tak pun nak sampaikan hasrat hati [especially pada suami], blog ni la yang aku guna...
And again, aku tak rasa blogging itu membuang masa  aku sebab dengan blogging la aku mengisi masa lapang aku.. Tak gitu???


5 comments:

Nieyxzha Hassan said...

betulll... betul tu ^-~

mamyharraz said...

setuju.
tak apdet sehari terus rindu pd blog sendiri .

Nafira usof said...

setuju!!
banyak ilmu dapat di kongsi kat blog~ boleh tukar2 pendapat kadang2 banyak membantu kita selesaikan masalah..

blogging tak merugikan!

munna said...

betul tu... dah jadi sumber rujukan skrg ni ... terutama blog2 masakan dan review pasal tempat percutian...

Qhaifa Nur said...

sejak terjebak dgn blog nih, hari2 mesti nak berblog...
ramai org anggap blog ni dairi kecil kita juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...