Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2012

CORAT CORET 2012

Ini adalah entry terakhir di tahun 2012
Saja le nak share suka suki kehidupan aku & family di tahun 2012 ni...
[tapi yang penting2 je la]
Macam2 hal...



JANUARI 
  • Yaya dah masuk darjah 1. Alhamdulillah Yaya ok sepanjang di sekolah. Good girl!. Adib pun start masuk tadika PASTI. Hari pertama dah melalak bila tengok mama & abah takde kat luar pagar. Seminggu juga la dia buat drama swasta... 
  • Selain tu kami sekeluarga Ipoh balik ke Melaka. Untuk aku yang dah lama tak menjejak kaki ke kampung halaman abah aku, adalah satu pengalaman yang best. Hasben aku pun first time la balik jenguk kampung aku di Melaka [selalu asyik balik Pantai Remis je]


FEBRUARY
  • Lisa- Yusry kawen la uols... [Tetiba???]


MAC
  • First time accident dengan kereta hasben.. Dah le sengsorang. Pengalaman pertama buat report kat balai polis.
  • Anniversary kami yang ke-8 [Alhamdulillah]
  • Aku ada perang dingin dengan Cik Besah masa ni..

APRIL
  • Kejadian ngeri berlaku pada aku iaitu aku telah terluka kan jari manis aku.. Siap terkoyak kulit & kuku gara2 nak masak beger.. Trauma gak aku beberapa bulan. Sentiasa teringat2 every time aku tengok jari manis aku tu.. Seriau ooo...
MEI
  • Percutian singkat ke Cameron Highland bersama keluarga Ipoh...

JUN
  • Bercuti ke Taiping pulak---> kali ni dengan family Cik Besah pulak

JULAI
  • First time bawak anak2 gi tengok wayang [kat TGV Rawang]--> citer Madagascar
  • Aku disahkan mengandung lagi untuk kali ke-3... Jenuh usaha akhirnya lekat juga.. Alhamdulillah

OGOS
  • Mengidam & raya...

SEPTEMBER
  • Adib ke wad kecemasan sebab siku terseliuh.. Ni gara2 bergayut kat ampai kain. Kul 1pg  dah ke Hospital Kuala Kubu. Alhamdulillah takde patah.
  • Bukak buku pink di KD Batang Kali..

OKTOBER
  • Cornice bilik tidur aku runtuh . Terkojut den dibuatnya..

NOVEMBER
  • Birthday aku.... sudah 33 tahun lor..
  • Ateh kawen...

DISEMBER
  • kena buat MGTT
  • Blog aku masuk TV --> Rancangan Apa Kata Wanita @ TV1
  • Dapat anak sedara baru ---> Adik ipar aku dah bersalinkan baby girl
  • Jenjalan ke Aquaria KLCC


Banyak yang suka dari yang duka 
Yang duka tu takyah la diingat2 sangat kan...
Hidup kena positif... ye dak???

Apa2 pun aku nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2013 pada korang semua...
Semoga tahun baru yang bakal menjelang ni membawa lebih banyak kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan kita semua..





7 comments:

Nieyla Nadia said...

Suka duka di tahun 2012..semoga di tahun 2013 akan lebih byk Suka berbanding Duka...:) selamat tahun baru :)

SYANI said...

Nieyl,
AMIN!!!!

Rasp said...

semoga tahun 2013 membawa nikmat yg lebih utk sis sekeluarga :)

Lynn Huraiza said...

happy new year...x sangka umur dah 33 tahun ek...nampak muda...lynn kena panggil kak syani la macam nie...

kak tie said...

segalanya dlm kenangan

Mun said...

btol tu.... citer yg sedih2,, buat kita berduka je.. ada baiknya kita simpan sahaja.. dan jadikan satu pengalaman dan pengajaran...yg mematangkan kita...

salam kenal dari moon :)

Eliss said...

selamat tahun 2013. semoga tahun ni lebih baik dari tahun yg ditinggalkan semalam. In sya Allah.