Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 17, 2012

KENA KETIT

Sabtu lepas aktiviti aku ialah mencabut rumput rampai yang makin penuh dalam pasu bunga kat laman rumah. Kat pagar rumah aku, bersusun la pokok bunga kertas yang hidup segan mati tak mau. [ehsan Cik Besah la... mana yang dia tak berkenan semua eksport ke rumah aku]

Ada la 2-3 pokok bunga kertas tu dah memang nunggu masa nak mampus kot
Dah tinggal batang je.. so aku cabut la sebab nak buang
Memang dah reput pun di tambah pulak banyak semut api dalam tu
Bersarang dalam pasu bunga tu... telur semut pun bukan main banyak

Masa tengah gigih nak tarik batang pokok tu, masa tu pulak la mencanak2 semut api tu keluar
Tanah yang terpelanting2 [bercampur semut], siap terpelanting kat aku sama
Kat tangan aku memang tak sempat nak diselamatkan dari gigitan semut


Dua2 tangan aku ada kesan kena ketit semut api
Kat  kaki & badan pun ada [siap masuk dalam baju lagi]

Lepas je kena ketit, terus masuk rumah lumur tangan dengan Minyak Afiat 
Tapi esoknya terus naik bengkak2 kena gigit semut tu
Merenyamnya usah citer la... Nak garu takut berkudis lak
Apa petua nak hilangkan gatal & kesan kena gigit semut api ek??

3 comments:

|| NaFiRaa || said...

errrkkk... bahaya jugak yer.. abes merah2..

Yana Halim said...

adoiii.....kena cari ubat farmasi tu. nmpk mcm kulit tu x tahan je. takut melarat pulak nanti.

Anonymous said...

mopiko laila..... akak itu aje ubatnya...