Tuesday, April 10, 2012

LEPAS KUCING, TIKUS LA PULAK

Tension tul aku dengan binatang2 kat rumah aku ni
Walaupun buan aku yang bela tapi peelnya tu memang menyakitkan hati aku
Semuanya nak buat rumah aku cam jamban

Memula cicak la... taik merata2, pastu kalau malam bukan main lagi deme bersukaria kat dinding rumah aku. Sekarang lagi pandai tau, yang kecik2 tu dah pandai pulak merayap atas lantai dapur. Geli tau!

Pastu kucing la pulak buat laman aku tempat pembuangan najis. Baik berak mahupun kencing. Habis laman aku bau taik kucing. Kat dinding rumah lak bau hancing kencing kucing. Haish.. tak larat nak simbah dengan air panas dah dinding rumah aku tu. Yang geram tu semua kuicng2 tu bukannya aku bela. Lagi tensen bila ada yang memancut kat rak kasut aku. Kadang2 kat kasut aku tau. Bila nak pakai untuk gi keje, terus rasa lekit2.. Eauw... busuk okeh!

Yang terbaru, adalah cencorot pulak. Tah kot celah bedah mana la pulak dia masuk. Padahal setiap malam aku sendal lubang pintu dapur aku dengan kain. Kelmarin masa aku nak mandi, tetiba terbau hancing kat dapur. Takkan la kucing kan. aku cium2 rupanya bau tu datang dari bawah sinki. Dah le situ penuh dengan khazanah besi buruk laki aku. Dan2 ambik febreeze sembur kat situ. Kot2 la mau hilang baunya masa aku balik keje petang nati.


Balik keje semalam, bau hancing tu dok ada lagi. Makin kuat lak aku rasa. Nak termuntah pun ada. So aku nak proses la bawah sinki tu. Ada satu kotak tu aku letak kepala mop & dalam tu jugak ada besi buruk part motor & kereta hasben aku. Sekali aku belek2 & cium, terus aku rendam kepala mop tu dalam baldi. Bubuh klorox bagai. Pastu tengok lagi dalam kotak tu ada lagi saki baki kencing tikus tu kat besi2 tu semua. Cane nak buat tu?? Takkan nak basuh kot?? Nak buang laki aku tak bagi la pulak.. Nak letak luar pun hasben aku tak bagi. Aduh... Sanggup la dia bau hancing tu kan. Aku lak terseksa sebab everytime lalu kat sinki tu sure aku tahan napas. Semput ahkak dibuatnya!

Korang ada cara nak menghilangkan bau hancing tu???? Dah nak dekat sebotol Febreeze aku sembur kat situ tau. HELP!

7 comments:

munna said...

mmg tak tahan klu ada binatang ni kat rumah...sejak ada kucing kat rumah ni binatang cencorot ni dah x berani masuk rumah

Me said...

syani.. eden bukan nak bagi tips tapi nak minta tips... macam mana ekau halau cicak dari duduk kat rumah ekau??? sila kongsi ye.. sharing is caring khennn

SYANI said...

Munna,
Tak suka kucing sebab suka berak kat laman rumah!

SYANI said...

Aku pun tengah mencari petua paling mujarab nak halau cicak tu... Sampai sekarang cicak masih bermaharajalela kat rumah aku.

Rinna said...

Mmg tensenkan kalau binatang ini bermaharajalela kat dlm rumah.. Kat rumah akak tuh cicak pun byk pas tuh dok laa melekat tahi merata2 kdg2 geram dibuatnya..

♥ ROS ♥ said...

umah mak ari tu besar2 duk tumpang mkan makanan kucing.. hahaha... kak kna berani buh racun tikus sbb nanti ia membiak lagi susah :)

SpurnaDesign said...

tabur serbuk kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...