Monday, April 23, 2012

KENGERIAN HARI SABTU

Hujung minggu biasa la untuk aku sediakan sarapan untuk keluarga aku. Memandangkan hari Jumaat tu dah plan beria nak masak berger, so pepagi Sabtu tu aku dah sediakan semua bahan2 untuk masak berger.  Memula hiris nipis2 bawang besar. Pastu nak hiris timun... dalam sekelip mata terus zasssssssss dengan kuku & kulit jari manis aku sekali... Dah le baru nak rasmi grater baru memang tajam gila la mata pisau tu kan.

Sekali membuak2 darah keluar.Aku cepat2 basuh luka pastu jirus dengan minyak afiat.. Kebetulan hasben aku tengah mandi. Aku masa tu dah pitam & terduduk depan pintu bilik air. Hasben aku keluar tengok aku dah tersandar ngan tangan berdarah2.  Peh ngeri gile aku membayangkan situasi sebentar tadi.... Hasben bungkus tangan aku & suruh aku baring kat depan. Anak2 tengok aku dah terkelepek kat atas sofa.. Dan seterusnya hasben aku la yang sediakan sarapan.. Thank you ye bang!

Lepas selesai semua baru la hasben aku kisahkan luka aku. Aku masa tu dah tak sanggup dah nak tengok luka aku cemana rupanya.Memula balut dengan plaster dulu tapi sebab darah banyak tak dapat menampung luka tu nak tak nak kena la balut dengan kain. Ini la rupanya tangan aku di hari pertama.

Jangan tanya mana gambar luka tu sebab aku pun tak berani nak tengok cemana rupanya masa tu. Tapi azab aku belum habis disitu sebab malam time nak cuci luka pulak, kain tu dah melekat kat kulit.. Pergh..... nak menanggalkan kain yang melekat tu, aku terpaksa rendam tangan aku dalam air panas selama lebih kurang setengah jam.. Seriau gila masa nak tarik kain tu. Mulut tak habis2 selawat sambil baju aku dah lencun dengan peluh aku.

Dah tukar bandage, malam tu pulak nak tidur berdenyut2 tangan aku. Azab tak habis lagi sebab esoknya pun nak kene tukar bandage jugak kan. Tapi takut punya pasal, aku tak tukar pagi so malamnya baru aku tukar.. Sekali lagi ngeri sebab kain tu dah melekat kuat kat kulit.... Kali ni sejam baru boleh tanggal.... Fobia dah aku nak balut luka tu...
Hasil cabutan bandage malam tadi [hari ke-2]. Ni pun Yaya yang tangkap gambar sebab aku tak berani lagi nak tengok. Luka tengah kembang & tangan aku kecut dibuatnya sebab rendam sejam dalam air panas. Tobat dah aku nak balut pas ni. Malam pulak tidur pun  kena hati2 la takut terkena tempat luka.

Pagi tadi bangun tidur, lepas  mandi cepat2 curah dengan minyak afiat. So ni la rupa luka aku pagi tadi. [Dah berani sikit aku nak tengok].

Muka yang menahan kesakitan pagi tadi..

Hopefully jari aku akan recover secepat mungkin.. Baru tuhan tarik nikmat jari manis aku dah rasa susah. Mungkin kifarah atas dosa2 aku yang aku tak sedari.  Ya-Allah... ampunkan dosa aku! Dan terima kasih suamiku sebab sudi menjaga aku, anak2 & hal ehwal rumahtangga di saat aku dalam kesakitan camni.

6 comments:

|| NaFiRaa || said...

errrkkk.. ngeri jugak tengok luka tuh.. teruk jugak nampak tu~ moga cepat sembuh yer..

lieyalatif said...

aduhhh seriau gile lieya tgk...mmg lieya tgk sambil muke pun bekerut2 ni tau...mcm terase2 jek sakit ngeri tangan luke tu....

tu la kan kite ni masuk dapur hari2 pun tetap akan eksiden ngan pisau kan....get well soon yeak....kene tgk2 tu, kalo mcm ade infection jek cepat2 gi klinik yeak....

Sidratul Muntaha said...

ko simpan la stok minyak gamat lepas ni
mcm aku
kuku kaki mmg kopak2 la tersepak pintu and jari abis luka2 beso sbb ari2 tersepak tool.
ubat gamat la teman aku..
luak2 je aku curah trus..
mmg totally esoknya dah lembap luka tu and tak bape nak berdarah..
askit woo klu kena..
menangis tak ingat dunia kdg2.

atty's said...

ngeri gak kty tgk..
kena rajin sapu minyak gamat

eima said...

ngeri ... hopefully cepat sembuh .... takutnye

Zana Adieyza said...

ngeriiiiii... hope cepat sembuh yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...