Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 5, 2012

BIRTHDAY PRESENT YANG TAK SURPRISE PUN

Aku ngan hubby memang jarang kasi2 hadiah ni
Tapi tahun ni tetiba lak rasa nak bagi present kat hubby
Hari tu dah bagi kotak jam yang gedabak sempena anniversary kitaorang
[Kira2 3 minggu lepas]
Pastu hari ni birthday hubby pulak

Memandangkan bajet dah ciput 
[mana nak beli handbag lagi, hutang lagi,  present lagi.. haish..]
So hadiah birthday ni idak le berapa mahal aku beli
Tapi aku beli present yang aku rasa hubby aku akan suka
Dan yang paling penting ikhlas dari hati aku

Semalam masa menyinggah ke Giant, aku singgah le kedai CD
Sebabnya aku nak beli CD kumpulan yang hasben aku minat
[terdapat idea dari hantaran The Beatles masa wedding Lisa-Yusry hari tu]

Ini la dia...

Hubby aku minat giler kat kumpulan SEARCH ni dari dulu lagi
[Tapi takde la fanatik cam ahkak Ziana Zain 2 yang kena inteviu kat HotFM pagi tadi]

So masa ambik hasben kat tempat kerja semalam, terus aku bagi CD tu
Birthday present in advance la kununnya
[padahal malas dah nak bungkus bagai]


** Ekceli hasben aku nak mintak motor baru.. Nak LC pulak tuh.. Pergh... gile apa aku nak beli 5-6 ribu kan... Gambo motor boleh la... [Padahal nak cakap kat dia, dia sanggup tak nak keluarkan 5-6 ribu beli rantai emas kat aku...hahahahah]





3 comments:

|| NaFiRaa || said...

hehehe.. ok lah tuh.. janji ade hadiah yer dak?? yang paling penting ikhlas..:)

rasp said...

patutnya u kepilkan gambar motor tu kat cd tu....
2 in 1 package hadiah hehehehehe...

:: Mrs.Eady :: said...

nak cari jugak la cd nie..