Friday, August 12, 2011

RELEVAN LAGI KE KAD RAYA??

Start je puase, company2, bank2, firm2,  pun sibuk la oder kad2 raya
nak bagi pada kastemer la, client la, vendor la & semua yang berkenaan dengan kompeni la


Ni kad raya kompeni aku
Aku ada la dapat sikit
tapi aku tak tau nak bagi kat sapa
aku bukan minat dengan mende2 camni sekarang ni
sekarang kan zaman teknologi... main taruk dalam fb jer..

Semenjak meninggalkan alam persekolahan
memang dah lama dah tak dapat kad raya
SMS  & MMS Raya tu selalu la dapat
Dulu masa zaman2 takde henfon ni, start je pose dah galak pi shopping kad raya
kat kengkawan semua nak bagi kalau boleh
yang besaq, yang kecik, yang ada muzik, yang gambaq katun, yang wangi
Masa kat Taayah dulu, sentiasa ternanti2 kad raya dari member2
walaupun member sebelah meja.... pastu compare la sapa dapat paling banyak..hehehehe

Kalau masuk kelas je, sure tersenyum2 kalau nampak sampul putih atas meja
Bukak2 kad raya dah tulis
PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAP BALAS
[tak ikhlas sungguh kan???]

Aku dulu tak pernah ada boifren
kengkadang tengok member dapat kad yang ade muzik tu dari boifren masing2
jeles jugak seh
tapi aku ni masih ada yang sayang
kakak2 angkat aku yang "ramai" sangat tu memang rajin hantar kad raya jiwang2
kalau dapat kad yang muzik2 tu, aku punya sengih macam dapat kad  raya dari pakwe
kalau time cuti, hari2 tertunggu2 abang posmen datang rumah
suka giler... poyo je masa tu... posmen belum datang, aku dah tercongok kat post box... heheheheh

Tu semua nostalgia kad raya aku
korang pun sure ada nostalgia memasing kan
dulu & sekarang memang banyak beza
tapi aku lagi suka zaman dulu sebab SERONOK giler...
zaman anak2 kita akan datang cemana pulak yer???




7 comments:

kakngah said...

paling klasik, kad2 raya tu gantung kat ranting kayu.... :P

rasp said...

zaman skarang kalo dpt kad raya, pasti makes me smile sepanjang hari...
rasa cam sentimental value gitu...
tapiiiiii i sendirik kena settlekan kad raya big boss sebyk 1ribu...
tu rasa cam nak bakor je hehehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

zaman muda remaja dulu, tak sah kalo tak cari kad raya, mmg kelakar sgt.
tp kalo kat ofis, sampai sekrg masih guna kad raya. busan akak, nak kena cari address kwn2 boss nak hantar kad raya

SYANI said...

Kak Ngah,
Ranting kayu tu memang klasik..

SYANI said...

Rasp..
Kalau camtu, kita Bako...kita Bako...

SYANI said...

MamaSyaza,
Bos pun bukannya ikhlas sangat nak bagi kad raya tu... Deme cuma sain je...Lain semua staf yang uruskan..

wahida said...

dah lama giler tak dpt kad raya...since ada sms dan mms ni kan...

saya pun ada nostalgia dgn kad raya...hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...