Mementang nak raya, deko rumah pun terus transform
semua nak lawa, yang cun, yang cantik
yang buruk semua nak ganti
yang takde semua nak beli
*tetiba ada irama lak disitu*
Masa cuti Isnin lepas, kenkonon nak pi cari bunga
nak gantikan bunga lily atas meja makan tu
so singgah le ke ROMANTIKA Wangsa Maju
Jenuh nak pilih bunga. Ingat nak beli yang dah siap gubah tu
Tapi satu pun aku tak berkenan
nak gubah sendiri memang la aku tak reti
bab2 menggubah ni aku memang fail kelas E punya.
Masa jenjalan dalam Romantika tu
Aku ternampak satu jam yang sangat unik
bergetar jiwa aku nakkan jam tu
so bunga tak dapat, jam yang aku rembat
hahahahahah
jam tu korang dah tengok kat entry WW Ramadhan #4 kan?
Actually aku takde idea pun nak letak mana jam tu
Beli sebab napsu serakah yang menggoda jiwa
Lagipun sebab lawooooo sangat
Last2 aku gantung kat dining area je
Sini je tempat sesuai untuk letak jam tu..
-aku masih mencari idea cemana nak kaver wire ekon tu-
Sebelum singgah Romantika, aku singgah JJ dulu
nak beli T-Shirt raya tok laki kan...
lepas penat soping baju tok laki, singgah le ke bahagian home deco
Konon nak cari bantal [bantal kat rumah tu dah penyek la]
Tapi takat tengok je la.. Kang aku beli cemana lak nak mengusung balik rumah
dah le soping sorang2.. Lain le kalau hasben ada sekali
Sambil jalan2 tengok langsir, kusyen kecik2 tu, table runner
akhirnya sampai kat satu area jual frame & cermin
Tetiba jumpa la frame hiasan ni
Memang dah lama aku cari menatang ni tau!
Actually benda ni 4 keping
so korang boleh gantung ikut kreativiti masing2 la
Dah jadi rezeki aku agaknya sebab masa aku beli tu memang tinggal satu pek je lagi
dah le tu kalernya memang matching sangat dengan furniture rumah aku
Style ni hasben aku punya cadangan
Kitaorang gantung kat ruang tamu
Ok la untuk mengisi kekosongan ruang dinding tu
Nanti dah bosan pattern ni, boleh adjust cara lain pulak.
No comments:
Post a Comment