Friday, August 12, 2011

CUCUR JAWA : GELORA ESOFAGUSKU

Time-time bulan pose la kita teringin nak makan kuih yang jarang2 jumpa
dah namanya jarang jumpa, of kos le makannya pun jarang2 kan
hari tu aku jenjalan kat PARAM tetiba ternampak satu kuih tu
tapi sampai kesudah aku tak tahu kuih tu nama apa.

Jenuh la aku gugel nak cari nama kuih tu
last2 jumpa jugak ---> CUCUR JAWA [orang Jawa punya kueh ke ha???]
2 hari lepas masa menyinggah PARAM, aku dah nampak dah kuih ni
tapi kat gerai yang hujung sekali
tetiba tekak aku bergelora teringin nak makan kuih tu
tapi memandangkan pelastik dah melendut kat tangan kanan kiri
so aku pun pospon la hajat aku tu
kununnya aku nak beli keesokan harinya lah

So semalam dengan gambaran Cucur Jawa berlegar2 di otak
menjelajah satu PARAM, sampai kesudah tak umpa kuih tu
nak kata dah habis, awal lagi [baru kul 6ptg]
agaknya orang yang buat kuih tu tak buat kuih tu kot semalam
frustnya...... sebab napsu aku tak dapat dipenuhi
takpe... aku try lak cari hari ni!

Sepagi ni aku duk gugel resepi CUCUR JAWA ni
[idak le susah mana pun buatnya ---> antara malas & rajin je]
Ni nak kopipes resepi kuih ni
bukan apa, nanti senang le nak korek resepi
takyah dah nak gugel beria kat blog orang lain
baik kelebek blog sendiri jer..


Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Air [lebih kurang 2 cawan]

Cara2:
Campurkan gula pasir & gula merah bersama dengan 2 cawan air.  Masak hingga mendidih. Biarkan sejuk/suam. Campur tepung gandum & tepung beras. Kemudian campurkan air gula yang dimasak tadi.Tambahkan garam. Gaul ikut likat dan ditimbuk2 hingga berbuih. Perapkan adunan semalaman. Kemudian gorengkan dengan minyak yang secukupnya.


** Moral of the story, kalau teringin/berkenan sesuatu benda tu, terus je beli. Esok lusa belum tentu ada lagi...

2 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

kuih feveret akak ni, tiap kali balik kpg mesti nenek akak buatkan utk akak

~izan~ said...

sukanya... selalu beli kt psr mlm sini.wajib beli setiap minggu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...