Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 24, 2011

DAH TUA PUN NAK TUNJUK SAMSENG KE???

Ini nak citer pasal samseng jalanraya
Kejadian ni berlaku semalam kat Selayang
Patut la hati aku asyik rasa tak sedap je semalam..

PERINGATAN: Entry ni mungkin agak panjang yer...

Al-kisahnya begini,
masa tu kitaorang dalam perjalanan balik keje
hasben aku yang bawak kereta
aku pulak dah terlelap kat sebelah
Tetiba aku rasa hasben aku cam brek mengejut
pastu hasben aku hon kat motor depan kitaorang
terkejut punya pasal terus la aku buka mata kan
aku tanya hasben aku apasal
hasben aku kata orang yang naik motor tu tetiba je masuk lane kitaorang
dengan signal tak bagi, of kos la hasben aku hon
kang tak pasal2 kena sondol je dari belakang

Bila kitaorang potong motor dia, dia cam angkat-angkat tangan cam tak puas hati
[ala2 Karam Singh Walia tu].. marah le tu
Yang hasben aku pun satu hal jugak
dibalasnya isyarat tangan "fuck" kat orang tu
Memula aku ingatkan orang tu India & dia nak masuk simpang ke Taman Jasa tu

Pastu kat traffic light depan tu, lampu merah la pulak
Masa tengah berenti tu tetiba je orang yang naik motor tu ada kat sebelah kitaorang
Dia kejar kitaorang rupanya
Siap bukak helmet tau & ketuk2 cermin kereta aku [kat bahagian aku duduk]
Melayu rupanya... orangnya dah tua & berambut panjang
ala2 muka cam Uncle Gedek tapi Uncle Gedek lagi hensem la...

Maunya tak terkejut aku dibuatnya dengan perlakuan dia tu
Macam nak pecah cermin tingkap kereta aku diketuknya
Siap marah2 lagi kat hasben aku
Masa tu nak je aku bukak tingkap & tanya pakcik tu
"Pakcik ni puasa ke tidak yang nak marah2 orang camtu"
[tapi malangnya aku cam terkaku kat situ]

Sebelum tu dia ada cakap la
"Nasib baik la ko Melayu, kalau Cina ke India dah lama dah kena"
[sambil tangan yang pegang helmet tu cam nak hempuk kat cermin kereta aku]
Hek eleh orang tua ni tak padan dengan tua, nak tunjuk samseng pulak
Dia yang masuk lane melulu, nak marah kita lak
[tapi aku rasa dia bengang kat laki aku sebab laki aku tunjuk "fuck" tu kat dia]
Sebelum dia blah dari situ [sebab lampu dah hijau]
tetiba dia sound kat aku dengan nada marah
"Ko orang rumah dia tolong nasihatkan dia sikit"
aik??? dengan aku-aku sekali kena??? Hampeh tul pakcik ni..

Lepas je kejadian tu kami laki bini terdiam
hasben aku yang konon otai tu tu pun diam [tahu takut jugak dia rupanya..heheheh]
Masa on the way naik jalan Sungai Tua tu
aku sound kat hasben aku
Tu la, lain kali hon lagi kat orang, tunjuk fuck lagi kat orang
Hasben aku boleh pulak jawab
Pakcik tu patutnya kena langgar lari jer [ade ke patut???]
Pastu aku cakap la, 
tak kena apa2 memang la boleh cakap
dibuatnya orang tua tu aim abang @ kereta ni cemana
Esok2 gamaknya dia main simbah asid lak kat kita cemana lak???

Jangan main2 ooooo, zaman sekarang ni ramai orang yang tetiba jadi sewel
ikutkan hati tanpa berfikir

Korang pernah tak mengalami kejadian cam aku???

10 comments:

Skymatrix said...

sabar je la, tak lama lagi mati la orang tua tu...dah tua pun bodoh!!!

makcik rehan KJB said...

pakcik tu dah tua, tu yg termasuk lorong org tu. dah nyanyuk2 sikit kot. tapi husband hang pon mcm nak cari gaduh gak tunjuk jari tengah. bulan2 posa tunjuk jari tengah... hehehe. aku laki bini pon penah kena. pakcik tu bengang laki aku potong dia laju-laju. dia kejar sampai jauh tau. jalan paling selamat, lepas kita hon... kalau depa marah sambil angkat tangan, kita pon angkat gak tangan sambil senyum. samseng jalanraya jgn buat main. takut dia aim keta. lagi naya kalau time tu hang bawak keta sorang. atau hang dgn anak2 jer. Nauzubillah...

halila Ibrahim said...

Sama la.. suami sy pun cepat hangin.. pernah suami sy fuck kat driver bus.. kan driver bus n teksi bawak teruk.. bengang mmg la bengang pasal depa kurang ajar tapi kadang2 lg bengang dekat suami pasl.. nanti kalau jadi apa2 sapa susah.. kita la kan.. orang sekarang ni jahat...

Qhaifa Nur said...

x leh lupe msa tu pregnant ank ke 4..kat traffic light lampu dh hijau x jln, hubby hon..mare rupa kete dpan (dlm kete 1 family) di kejar kami dari klang smpai puchong..siap block2 dpan kete, hubby lencung skit nasib baik lepas...msa tu laju giller (hubby pun jenis beragin)..brnasib baik sbb lepas dek laju hubby bawa..mmg giller (trauma klau ingat kisah 2)....

yana halim said...

uish....skrg nih ramai org jahat. kena lebih berhati2. Risau akak baca cerita nie. huhu..

SYANI said...

Skymatrix,
Ganaz sumgguh komen ko ni.. Aku suke!!!!!!!!!!

SYANI said...

MR,
Memang betul jalan terbaik angkat tangan, senyum & blah... Tak payah nak tunjuk fuck..

SYANI said...

Halila,
Kengkadang laki ni pikirkan perasaan sendiri je.

SYANI said...

Qhaifa,
Kalau kejadian cam ko ni.. memang patut trauma le... Nauzubillah!

SYANI said...

Kak Cho,
Ada hikmahnya juga jadi benda ni. At least hasben saya berfikir dulu sebelum buat camtu kat orang lain. At the same time memang kena lebih berhati2.