Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 25, 2010

Hutang, Pinjaman & Simpanan

Tajuk yang sungguh ilmiah hari ni.. Hehehe
Oops... aku bukan nak bagi tip ye kengkawan
Sekadar nak melontarkan pandangan tentang 3 perkara di atas
[Kalau nak citer panjang2 baik korang terjah je blog2 yang berkaitan dengan isu2 di atas ter..]

Biasa la hujung bulan kan... time2 nak gaji kan...
Semua pun dok tertunggu2 bila la gaji nak keluar kan???
Jangan kata korang, aku pun sama gak
Bila dah sampai hujung bulan
saki baki duit yang tinggal pun tinggal serdak2 je
Time ni mula la berjimat & cermat berbelanja


Tapi yang aku pelik tu, lagi 2-3 hari nak gaji 
masih ade lagi insan2 yang ambik advance la
nak pinjam la, hutang la.. (sama la tu kan?)
Eh??? korang ni takde simpanan ke??
Nak2 pulak bila ade emergency cases yang menyebabkan korang kena keluar duit
takkan nak korek duit orang kot???

Yang lagi bengang tu, bila dah pinjam
time nak bayar, time tu la dia buat2 lupa
liat nak bayar
kalau bayar pun separuh dari yang dipinjam
pastu sebelum habis baki yang pinjam dah pinjam lagi
senang benar hidup korang yer...

Lain kali dapat gaji simpan la sikit
kita ni banyak lagi keperluan dalam hidup
tapi kalau boleh elakkan le berhutang atau pinjam duit orang
kalau setakat nak beli TV 2-3 ratus tu hentikan la buat "loan" dengan orang
kalau tiap2 bulan korang simpan RM50 pun 5-6 bulan dah boleh beli TV
Kalau terdesak sangat,  itu maaf le jugak
Ini tahu2 pinjam duit orang untuk beli luxury item yang tak sepatutnya
(aku pun tak beli benda2 tu, orang lain lak syok2 pinjam untuk beli)

Kalau rasa tak perlu & belum mampu lagi 
pospon la dulu hajat tu
aku & hasben aku pun kalau rasa kewangan belum cukup nak dapatkan 
apa yang dikehendaki, sabar la dulu... benda2 tu pun bukannya dah takde jual
kalau ikutkan hati sapa yang tak nak berbelanja mewah
tapi kena la ukur baju di badan sendiri, bukan kat badan orang lain!


***Rimasnya bila hidup dikelilingi hutang!

2 comments:

Unknown said...

syani,
setengah org polisi nya bior pokai asal bergaya.. tu yg tak takut berhutang...

Me said...

kalau samapi mcm tue.. namanya tak tau malu le org tue.. abaikan je... mmg dikalangan melayu biar pokai asal bergaya n dipuji2 sgt berleluasa... nauzubillah.. semoga kita tak terggolongan dlm kategori nie..