Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 8, 2010

Galakkan Anak2 Bersolat Sedari Kecil

Semenjak hantar Yaya ke tadika PASTI, [dah hampir 6 bulan disitu], alhamdulillah sudah banyak perubahan yang aku nampak pada Yaya & keluarga aku.  Yaya sudah boleh baca surah2 lazim, ayat kursi, ayat seribu dinar & doa2 amalan harian. Sesungguhnya aku amat beryukur sebab Yaya boleh terima segala pembelajaran di sekolah tu. [Walaupun sesetengah orang kata sekolah tu sekolah PAS, tapi aku tak kisah.. pada aku yang penting adalah ilmu yang diajarkan] Walaupun masih tak berapa betul bacaan & tajwid tapi sekurang2nya dia dah ade pendedahan agama.

Sebagai menggalakkan si Yaya terus berminat dengan Islam, aku ade belikan dia sepasang telekung. Memula ingatkan dia interested sehari dua je dengan telekung tu. Tapi alhamdulillah sekali lagi sampai sekarang kalau dia tengok aku atau abahnya sembahyang, dia akan turut serta. Nak cari telekung budak punya la payah sampai la aku terjenguk blog si Siti Sifir... Sape nak beli kat anak2 korang pi terjah blog dia.. [Banyak pahala hang Pija oi...]


Dulu amat jarang aku & suami dapat berjemaah tapi semenjak si Yaya dah ade telekung ni, semakin kerap kami berjemaah terutamanya Maghrib & Isya. Kalau mama atau abah lambat dia yang beria2 mengajak. Bila si Yaya dah ajak, si Adib pun join la sekali. Maka berjemaah la kami 4 beranak. Perasaan ibu mana la yang tak suka situasi2 begitu ye dak??? Semoga keadaan ini akan terus berkekalan & semakin mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga... AMIN!!!!

** Harap-harapnya ilmu yang diterima akan sentiasa diamalkan, bukannya semakin dilupakan... Semoga ALLAH tetapkan iman & kuatkan semangat anak2 ku...

3 comments:

mrs.ecam said...

alahai...sjuk perot tngk ank2 ske sembahyang n bleh hafal doa2 kn....

haN@ HuNnY said...

haha
maksu dier ajak semyg xmo pule
pasnie ak try ajak lagi

~aSHa~ said...

wah bagusnye...ini la anak yg bawak kita ke syurga...