Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 16, 2010

Betul Ke Cara Korang Mandi Wajib???

Mandi wajib... Sape yang tak tahu kan??? Kalau lepas2 period ke, lepas beranak ke, lepas 'bunuh setan' ke, sure kita kena mandi wajib kan??? Tapi korang cek tak sama ada betul ke tidak cara korang mandi wajib tu?? Sah ke tak sah ke..  Sebab kalau tak sah kang semua ibadat kita lepas tu pun akan dikira tidak sah jugak..

Di sini aku nak berkongsi sedikit ilmu ... dari JAKIM

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul." tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga dikenali sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Setiap orang yang melakukannya  mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib akan menjadi tidak sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. 
1. NIAT
2. MENGHILANGKAN NAJIS DI BADAN 
3. MERATAKAN AIR KE SELURUH ANGGOTA BADAN YANG ZAHIR.

Niat mandi wajib :
Sahaja aku mengangkat hadas besar  kerana Allah Taala 

ATAU

Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib adalah:
Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.

Bagi perempuan yang habis nifas pula, niatnya adalah:
Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya TIDAK SAH. Oleh itu, dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan niat itu juga dikira tidak sah. Oleh yang demikian mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau yang lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung itu bernajis, maka wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya d bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kukuk itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut seseorang yang diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib itu tidak sah adalah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai kerana inai akan meresap ke rambut tetapi pewarna pula hanya menyalut rambut.

Tetapi dalam hal ini jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud sembahyang menjadi tidak sah. Dalam hal ini sukalah dinyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi mestilah dipandang dari sudut yang berbeza juga. Dalam hal ini juga sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah dinyatakan adalah merupakan perbezaan sah atau tidak sah mandi wajib. Jadi ia perlulah diberi perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Sebab-sebab seseorang itu mandi wajib pula terdiri dariapada 6 sebab. 3 melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakal 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja iaitu kelar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepasa bersetubuh pula, jika dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur. Itu adalah sunat manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.





6 comments:

Queen said...

ye..info yang bagus...tp nampaknya saya sudah pun melaksakan semuanya..alhamdulillah

thanks for sharing!

Ieda Al-Habsyi said...

info yang bagusss :) thanx beb :)

lily lotus said...

sangat berguna :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tq for sharing :)

Me said...

info yang bagus... saling ingat mengingati bukan....

fikaryna said...

tq share..sll pasti2 kan..huhu..